Masihkah anda ingat dengan seorang gadis remaja dari Sweden yang mempunyai raut wajah serius dan amat jarang mengukir senyuman.

Gadis kecil ini pernah mengejutkan dunia satu ketika dahulu apabila beliau dengan berani memarahi para pemimpin dunia di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB.

Dunia Barat pada waktu itu mengangkat beliau sebagai wira penyelamat bumi dan wajahnya terpampang di muka hadapan majalah antarabangsa manakala kata-katanya dianggap keramat.

Nama gadis itu ialah Greta Thunberg.

Tetapi hari ini naratif media Barat terhadapnya telah berubah seratus lapan puluh darjah. Gadis yang dahulunya disanjung kini dilayan tidak ubah seperti seorang penjenayah besar yang mengancam keselamatan negara.

Baru-baru ini tular laporan bahawa Greta telah ditahan oleh pihak berkuasa di London.

Apa yang mengejutkan ramai pihak adalah beliau dilaporkan ditahan di bawah peruntukan undang-undang yang sangat berat iaitu Akta Keganasan atau Terrorism Act.

Apakah jenayah besar yang telah dilakukan oleh gadis autisme ini sehingga dilayan sebegitu rupa.

Adakah beliau didapati membawa bahan letupan atau cuba merampas pesawat komersial di Lapangan Terbang Heathrow.

Sama sekali tidak!

Jenayah beliau hanyalah memegang sepanduk kertas yang menyatakan sokongan kepada tahanan Pa***tine Action dan menentang pembunuhan beramai-ramai atau ge**sid di G.

Kita perlu faham kenapa kerajaan United Kingdom atau British ini melenting sakan apabila ada orang menyentuh isu P.

Di sinilah kita perlu membuka lembaran sejarah untuk mengenali siapa sebenarnya British.

Merekalah dalang sebenar yang bertanggungjawab mencipta krisis di Timur Tengah melalui Deklarasi Balfour pada tahun 1917.

Semasa menjajah P, pentadbiran British inilah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada pendatang asing untuk merampas tanah penduduk tempatan dan membekalkan senjata kepada gerombolan mi**tan asing untuk melakukan pembunuhan.

Jadi apabila Greta Thunberg berdiri di tengah kota London dan melaungkan sokongan kepada P, beliau sebenarnya sedang mencabar maruah dan dosa silam empayar British itu sendiri.

British tidak boleh menerima hakikat bahawa legasi penjajahan yang mereka tanam hampir seabad yang lalu kini sedang ditelanjangkan oleh seorang budak perempuan yang mempunyai masalah Sindrom Asperger.

Kerajaan United Kingdom pada tahun ini dilihat semakin terdesak apabila mula melabelkan kumpulan aktivis seperti Pa***tine Action sebagai entiti yang berbahaya.

Sesiapa sahaja yang dilihat menyokong, memegang bendera atau memakai baju lambang kumpulan ini boleh disiasat di bawah akta yang sama digunakan untuk menangkap peng**nas mi**tan I**S.

Inilah wajah sebenar demokrasi terpilih tajaan Barat yang selama ini mereka banggakan di seluruh dunia.

Apabila Greta bercakap mengenai isu perubahan iklim dan cuaca, beliau dijemput bentang karpet merah masuk ke istana menghadap Raja.

Tetapi apabila fokus dan kedegilan yang sama digunakan untuk membela nasib rakyat P yang disemb*lih, beliau serta-merta dicop sebagai ancaman keselamatan negara dan diseret masuk ke dalam lokap polis.

Kita perlu faham satu perkara tentang individu istimewa yang mempunyai Sindrom Asperger seperti Greta ini.

Mereka tidak pandai bermuka-muka atau bermain wayang kulit seperti orang politik di Parlimen.

Bagi mereka hitam adalah hitam dan putih adalah putih.

Sifat ini membuatkan mereka sangat lurus dan berani mati dalam mempertahankan apa yang mereka rasakan benar tanpa mengira siapa lawan mereka.

Disebabkan itulah beliau sanggup menyertai Su*ud Fl**illa untuk memecahkan kepungan Isbiol dan berani berdiri tegak di hadapan polis London tanpa rasa gentar sedikit pun.

Dunia hari ini sedang menyaksikan satu jenaka yang sangat tragis dan meloyakan.

Manusia yang menjatuhkan bom ke atas hospital dan sekolah bebas bergerak ke sana sini menerima tepukan gemuruh di kongres.

Sebaliknya manusia yang hanya memegang sekeping kertas untuk menuntut keadilan pula digari dan disumbat ke dalam lokap di bawah akta keganasan.

Topeng kemunafikan British akhirnya telah terlondeh sepenuhnya di hadapan mata kita semua.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.