Dah jadi lumrah bagi kita, untuk mudah viral benda-benda yang pelik. Benda negatif, jahat, bodoh, biadap, gila, aib, fitnah dan sebagainya memang suka kita hebah-hebahkan.

Aku mencipta satu perumpamaan bagi menggambarkan fenomena ini iaitu, “Dalam sekawanan biri-biri putih, pasti kita akan lebih tertarik jika ada seekor biri-biri hitam”.

Manakala dalam pepatah Arab, “Bul ‘ala ZamZam, Fatu’raf” yang bermaksud, “Kencinglah di Telaga ZamZam, maka kamu akan menjadi terkenal”.

Kita sibuk memviralkan kisah graduan biadap sehingga namanya yang sebelum ini tidak kita kenal, kini disebut-sebut ramai. Bahkan, ada pihak yang mengangkat-angkat, memuja-muja dia bak seorang hero, ikon dan tokoh pejuang.

Dalam masa sama, janganlah kita lupa untuk mengangkat role model sebenar buat anak bangsa kita. Para pelajar yang telah bersusah payah mencipta kejayaan. Dua pelajar yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja iaitu Nur Athirah binti Rushami Zien dan Siti Madihah binti Situah Mokhtar.

Nur Athirah merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan dari UUM. Dengan CGPA 3.99, 7 semester berturut-turut memperoleh 4 flat sepatutnya menjadi kisah inspirasi yang lebih difokuskan berbanding kisah graduan biadap. Mana mungkin sama kisah kejayaan Athirah istiqamah dalam mempertahankan pointer sepanjang pengajian dengan kisah one shot moment yang hanya mengangkat placard buruk.

Siti Madihah merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dari UMK. Dengan CGPA 3.8, anak kepada penebar roti canai ini berjaya membanggakan kedua ibu bapanya.

Ibunya yang merupakan suri rumah terpaksa menumpang kereta bapa saudara untuk ke majlis graduasi di universiti bagi melihat kejayaan anaknya ini. Bahkan, sepanjang pengajian, Madihah bertungkus lumus berniaga di samping belajar bagi meringankan beban kedua orang tuanya.

Dua kisah ini membuktikan bangsa Melayu boleh berjaya. Bangsa Melayu bukan orang yang bodoh, bukan orang yang malas, bukan orang yang tidak berdaya saing. Orang Melayu adalah bangsa yang hebat, tetapi kisah-kisah kehebatan mereka tidak diketengahkan. Yang sering ditumpukan adalah kisah anak Melayu yang merempit, dadah, tiktok dan sebagainya.

Sengaja aku memilih gambar Athirah dan Madihah yang lengkap berpakaian graduasi tidak seperti yang di tengah itu. Dan biarlah yang di tengah itu “menikmati kejayaan” palsunya itu sebagai seorang “hero” bersama golongan yang seangkatan dengannya.

Kelak dia akan tahu, “kejayaan” seperti itu tidak kekal lama bahkan akan memalukan dirinya semula. Bukankah dulu Adam Adli pun diangkat sebagai seorang pejuang? Tapi dimanakah dia sekarang tatkala dewa politiknya telah menang, adakah perjuangannya memansuhkan PTPTN turut menang?

* Ini kisah kejayaan dua orang pelajar yang sangat berinspirasi. Ayuh sebarkan seperti fitnah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.