Pada setiap Rabu terakhir bulan Ogos (kecuali 2020), Festival La Tomatina diadakan di Bunol, Valencia, Sepanyol. Festival ini menyaksikan penduduk tempatan dan pelancong saling membaling tomato antara satu sama lain untuk tujuan hiburan. Tetapi di Gumatapura, sebagai menandakan berakhirnya perayaan Deepavali/Diwali, penduduk mengumpul tahi lembu dalam kampung sebelum saling membaling antara satu sama lain.

Festival Gorehabba menyaksikan penduduk mengumpul tahi lembu dari rumah-rumah penduduk yang menternak lembu di Gumatapura. Gumatapura merupakan sebuah perkampungan yang bersempadan di antara dua negeri di selatan India, Tamil Nadu dan Karnataka. Tahi yang dikumpul kemudiannya dibawa ke kuil di mana pendeta-pendeta Hindu memberi restu kepada tahi yang dibawa.

Setelah itu, ia akan dibawa ke kawasan terbuka dan lelaki tanpa mengira usia akan saling membaling tahi. Bagi sesetengah orang, ia amat menjijikkan. Tetapi menurut Mahesh, seorang petani tempatan, ia mempunyai manfaat dari segi kesihatan.

Mana-mana individu yang tidak sihat dan masuk bermain dikatakan boleh pulih selepas itu. Atas sebab itu, tidak hairanlah ada yang sanggup berguling di atas tanah penuh dengan tahi semasa pesta Gorehabba berlangsung. Ini bagi memastikan peserta mendapat manfaat perubatan tahi lembu – walaupun dianggap karut oleh komuniti saintifik.

Di India, ini bukan sesuatu yang aneh. Ini kerana sesetengah penganut Hindu percaya lembu dan apa saja hasil buangan mereka bersifat suci dan ada manfaat kepada mereka. Malah, ada yang percaya ia merupakan penawar ajaib Covid-19.

Walaupun dibantah sekeras-kerasnya oleh komuniti saintifik India, sesetengah ahli parti Bharatiya Jannata (BJP) tetap menjaja idea ini. Malah, ada mencadangkan tahi dan air kencing lembu diproses sebagai produk kecantikan dan kesihatan seperti sabun dan penghalau nyamuk.

RUJUKAN

AFP. (2021, 7 November). India’s ‘Cattle Royale’ dung fight marks end of Diwali. The Straits Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply