Sesiapa yang menonton beliau dalam Hell’s Kitchen atau MasterChef pasti tahu cara dan perangai cef tersohor nan satu ini. Tapi, adakah semua tindakannya itu kerana beliau seorang genius dalam dunia masakan?

Siapa sebenarnya Gordon Ramsay ini?

Beliau bukanlah dari latar belakang keluarga yang baik. Bapanya kaki botol yang suka mendera keluarga mereka. Apabila ibunya terlantar di hospital akibat didera, bapanya dipenjarakan.

Dan, Gordon dihantar ke rumah anak yatim bersama adiknya pada usia 16 tahun. Ketika itu, selain bola sepak, Gordon juga sangat berminat dalam memasak. Dia memulakan latihannya di sebuah hotel pada usia 19 tahun.

Namun, di hotel kecil ini, Gordon melakukan hal yang tak sepatutnya beliau lakukan, iaitu bercinta secara rahsia dengan isteri pemilik hotel. Tak lama kemudian, beliau meninggalkan hotel dan bandar itu, dan menuju ke London.

Di London, kerjaya sebenarnya bermula. Beliau berpeluang bekerja dengan cef Michelin British yang pertama, Marco Pierre White, dan Gordon memutuskan untuk mengkaji masakan Perancis dengan lebih dekat.

Beliau memilih jalan dan caranya sendiri. Tempat belajar pilihannya bukanlah sebarang tempat yang biasa. Gordon telah berhijrah pula ke Paris untuk bertemu Joël Robuchon.

Joël Robuchon ialah legenda dunia kulinari ketika itu, yang dipanggil “Chef of the Century” oleh Gault Milleau, sebagai tanda penghormatannya. Tetapi bukan itu sahaja. Ramsay juga tertarik dengan masakan Itali, yang beliau terokai di Sicily dan Sardinia.

Tahun 1993, beliau menjadi ketua cef Aubergine di London, dan dalam masa tiga tahun Aubergine telah dianugerahkan dua bintang Michelin. Pada usia 35 tahun, Ramsay bercita-cita untuk menubuhkan restoran pertama miliknya dan dengan namanya, iaitu Restoran Gordon Ramsay.

Restoran Gordon Ramsay dibuka pada tahun 1998, dan dengan cepat menerima anugerah paling berprestij dalam dunia masakan – tiga bintang Michelin. Hari ini, Restoran Gordon Ramsay ialah restoran yang paling lama beroperasi di London untuk memegang anugerah ini, dan Ramsay ialah salah satu daripada empat tukang masak di UK yang mengekalkan tiga bintang. Gordon juga memegang bintang Michelin di restoran Londonnya yang lain, Pétrus di Knightsbridge.

Menjelang awal tahun 2000-an, beliau membuat penampilan pertama di TV British sebagai hos yang mudah naik angin dalam Ramsay’s Kitchen Nightmares dan Hell’s Kitchen, rancangan yang berjaya membuat peralihan kepada penonton Amerika.

Cef yang memenangi anugerah itu telah mengembangkan jenama selebritinya melalui program seperti MasterChef dan Next Level Chef dan membuka lebih banyak restoran di seluruh dunia.

Jadi, adakah ini menjadikan beliau seorang yang genius dalam dunia kulinari? Jawapannya ya, tapi itu semua turut bergantung kepada usahanya untuk menempatkan diri dalam bidang masakan dan menjadi yang terbaik dalam kalangan cef yang lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.