Di dalam era yang serba canggih ini, amat mustahil bagi kita untuk tidak mengetahui perkembangan teknologi peperangan yang menggunakan sistem alat kawalan jauh ataupun “tanpa-pemandu”. Lihat saja di Amerika Syarikat, dibawah syarikat General Atomics, industri pertahanan mereka telah mencipta satu aset yang digeruni oleh ramai pihak – Predator UAV (unmanned aerial vehicle).

Dengan kemasukan aset perang yang baharu, pelbagai dasar dan polisi baru telah dibuat bagi mengekang serangan yang berlebihan menggunakan sistem tanpa-pemandu ini. Walaupun mendapat tentangan beberapa pihak, para perancang ketenteraan menyukai konsep ini berikutan ianya kos efektif serta mampu mengurangkan risiko bagi anggota tentera yang bertugas di lapangan. Sebenarnya, konsep menggunakan alat-kawalan jauh ini telah diperkenalkan pada kedua-dua Perang Dunia yang berlaku dan ianya dioperasikan buat kali pertama di dalam pertempuran oleh Wehrmacht (Tentera Jerman) pada Perang Dunia Kedua.

MQ-9 Reaper(Predator), hasil industri pertahanan AS yang utuh.

Berdiri setinggi 1 kaki dan kelebaran sepanjang 4 kaki, ia dilengkapi dengan bahan peledak seberat 60 kilogram yang mana letupan tersebut mampu menghancurkan kereta kebal yang lebih besar daripada saiz kerdilnya. Pada awalnya, ia dioperasikan dari jauh menggunakan kotak kawalan ‘joystick’ yang dipasang pada bahagian belakangnya oleh kabel sepanjang 650 meter. Terdapat tiga lapisan kabel dimana dua daripadanya digunakan untuk mempercepat dan menggerakkannya, manakala kabel yang ketiga digunakan untuk mencetuskan letupan itu. Apabila mendapati ia mudah terdedah dengan anggota musuh yang memotong kabel tersebut, ia telah berevolusi dan ubahsuai dibuat keatas sistem Goliath yang mulanya menggunakan kabel dan kemudian bertukar kepada sistem kawalan gelombang radio yang menjadikan Goliath ini tidak lagi terdedah kepada ancaman pemotongan kabel.

Lakaran pengopeasian Goliath oleh Gregory Proch

Pada awal pembuatannya, ia diberi nama SdKfz. 302 (Sonderkraftfahrzeug) ataupun diterjemahkan sebagai ‘kenderaan tujuan khas’. Ia kemudiannya ditukarkan apabila Tentera Jerman mengelarkannya, Goliath – si gergasi, Jalut yang dikalahkan oleh Daud. Carl F. W. Borgward, seorang ahli industri pembuatan automotif Jerman telah mengambil ilham daripada prototaip awal rekaan automotif Perancis, Adolphe Kégresse yang dijumpai di tebing Sungai Seine, Perancis. Berikutan itu, pihak Wehrmacht telah mengarahkan produksi besar-besaran sebanyak 7,564 buah.

Carl F. W. Borgward – syarikat automotifnya, Borgward Groups masih kekal sehingga kini

Dihantar semula ke papan lukisan merupakan suatu penghinaan yang biasanya dilihat untuk senjata eksperimental yang tidak pernah terlibat di dalam medan peperangan akan tetapi Goliath telah berjaya dikerahkan ke semua barisan pertahanan Jerman yang bermula pada musim bunga tahun 1942. Mereka juga digunakan terutamanya oleh unit Panzer (kereta kebal) dan unit kejuruteraan peperangan sepertimana di Anzio, Itali pada April 1944, dan penawanan Poland semasa Pemberontakan Warsaw pada tahun yang sama.

Selain itu, Goliath juga digunakan untuk ‘membersihkan’ kawasan yang disyaki mempunyai periuk api yang mana ia lebih selamat daripada menggunakan anggota tentera yang terdedah kepada risiko letupan awal periuk api. Walaupun terdapat beberapa laporan bahawa ia berjaya meletupkan beberapa buah kereta perisai dan kereta kebal musuh. Tahap serangan efektifnya tidak menunjukkan sistem Goliath sebagai sistem komba yang mapan untuk digunapakai sebagai unit kombat barisan hadapan disebabkan kekangan jarak kabel kawalan yang juga terdedah kepada elemen kombat, dan perisai nipis yang tidak dapat melindungi kenderaan daripada tembakan senjata kecil. Goliath juga terlalu besar dan berat untuk dijadikan sistem mudah alih bagi anggota. Kelemahan ini telah mengecilkan skop keberkesanan kereta kebal kawalan jauh ini.

Sisa-sisa Goliath yang ditawan oleh Tentera Berikat

Selepas Perang Dunia Kedua, pihak perisikan tentera Berikat telah mengambil sisa-sisa aset ini dan dibuat kajian bagi teknologi yang digunakan. Walau bagaimanapun, kejayaan sebenar Goliath adalah bahawa ia sebenarnya telah membuka jalan bagi industri pertahanan untuk senjata yang dikawal oleh radio dan ‘tanpa-pemandu’, yakni pada zaman moden kita telah menjadi modus operandi peperangan baharu sepertimana dron tanpa pemandu yang dilihat sekarang. Justeru, amat penting untuk kita memahami bahawa industri pertahanan yang maju dan berdaya saing mampu melahirkan jurutera-jurutera yang mampu merevolusikan aset pertahanan negara.

Evolusi sistem kombat tanpa pemandu : Goliath yang diguna sewaktu era Perang Dunia Kedua dan UGV yang digunakan masa kini.

Rujukan:

Chamberlain, P. and Doyle, H. (1999). Encyclopedia of German tanks of World War Two. London: Cassell.

Everett, H. (2015). Unmanned systems of World Wars I and II. Cambridge, Mass.: The MIT Press.

Guttman, J. (2011). Goliath Tracked Mine: The Beetle That Started the ROV Craze | HistoryNet. [online] HistoryNet. Available at: http://www.historynet.com/goliath-tracked-mine-the-beetle-that-started-the-rov-craze.htm [Accessed 3 Jun. 2018].


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“Seorang yang retrospektif dan dahagakan pengembaraan, explorasi dan ilmu sejarah. Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Sepanyol di University of Nottingham Malaysia. 'Extremis Malis Extrema Remedia'

Comments are closed.