Gokuraku Joudo (極楽浄土), atau Kayangan Penglipurlara ialah lagu pop-rock yang dihasilkan oleh duo GARNiDELiA, iaitu Mizuhashi Mai (水橋 舞) atau MARiA dan Abe Yoshinori (阿部 尚徳) atau toku. Lagu ini dimuat naik di laman sesawang perkongsian video berbahasa Jepun, Nico Nico Douga pada 25 April 2016 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam tempoh yang singkat di laman sesawang video Jepun, Nico Nico Douga, dimana ianya telah ditonton sebanyak 230,740 kali. Klip video ini juga telah dinaikkan di YouTube dan mendapat lebih 20 juta tontonan pada 25 April 2016.
Video tersebut telah disiarkan sebagai versi ‘single’ dalam format digital pada 27 Julai 2016, dan dimasukkan ke dalam bentuk album Violet Cry bersama lagu-lagu ‘singles’ mereka yang dibuat pada tahun yang sama iaitu Burning Soul dan Yakusoku -Promise Code- (約束 -Promise code-) beserta 10 lagu lain, dalam bentuk album atau cakera padat dikeluarkan pada 14 Disember 2016.
Tarian dari video ini telah diadaptasi oleh para peminat di perisian Miku Miku Dance, dan lebih 100 video telah dimuat naik di pelbagai laman perkongsian video seperti YouTube dan Nico Nico Douga.
PENERANGAN RINGKAS MAKSUD ‘GOKURAKU JOUDO’
Istilah ‘Gokuraku Joudo (極楽浄土)’ berasal dari perkataan dari bahasa Sanskrit, iaitu Sukhavati (Sukhāvatī), yang bermaksud ‘Syurga’ atau ‘Kayangan Penglipurlara. Ciri-ciri Sukhavati ialah sebuah alam yang penuh dengan kebahagian, keseronokan dengan persekitaran yang cantik, cahaya bergemerlapan, nyaman, dan dihiasi bunyi kicauan burung yang indah.
Bagi agama Buddha aliran Mahayana, ia merupakan sebuah alam dimana seseorang yang mati dalam kejayaan mencapai Amitabha, rohnya akan masuk di alam itu dan tidak akan merasa penderitaan, dan akan menikmati kebahagian dan kegembiraan buat selama-lamanya.
Mestilah diingatkan bahawa bangsa Melayu merupakan sebuah kaum yang menganut agama Buddha demi tujuan usaha mencari kebenaran dan Tuhan, dan pencarian yang seolah-olah tiada kesudahan tersebut tamat ketika agama Islam sampai ke bumi Melayu.
ULASAN RINGKAS
Saya bukanlah peminat lagu bergenre techno, pop, dan seumpamanya. Namun saya harus akui lagu ini berjaya mendapat tempat di senarai muzik kegemaran saya.
Daru apa yang saya amati, lagu ini sangat menarik, dimana lagu ini bukan saja menggunakan genre pop rock dan techno pop sebagai teknik persembahan semata-mata, ia juga dimasukkan irama hasil dari alat muzik tradisional Jepun, dengan gabungan lirik lagu yang menyeronokkan, serta tarian sang penari yang dihiasi dengan gaya tarian tradisi geisha yang diolah seiring dengan rentak lagu yang begitu unik dan mengasyikkan.
Cuma harus saya katakan bahawa jika ada sebuah lagu bergenre pop rock berbahasa Jepun yang mempunyai bunyi persis jet kapal terbang berciut, besar kemungkinan lagu tersebut dinukilkan oleh kumpulan GARNiDELiA. (lol)
Di situ saya mengambil keputusan untuk berkongsi pandangan saya yang tidak seberapa ini dengan pembaca page ini.
PENUTUP
Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana membaca penulisan pacal yang hina ini. Penghargaan tinggi saya ucapkan kepada page ‘The Patriots’ kerana sudi menyiarkan artikel pendek saya ini.
Dengan ini, saya akhiri penulisan pendek ini dengan pautan lagu beserta lirik kumpulan ini.
GARNiDELiA – Gokuraku Joudo (極楽浄土)
youtube.com/watch?v=BEULybZnLO8
Lirik: MARiA
Muzik: toku
Transliterasi Bahasa Jepun | Terjemahan Bahasa Melayu* |
Tsuki-akari noboru koro,
Tomoru aka chouchin, Fuwari chou ga sasoidasu,
(Choito nozoite mite goran),
Utae ya utae kokoro no mama ni,
Utsukushiku saku hana mo, Itsuka chiriyuku mono, Motto atsuku ai shitai.
(Choito “ii koto” itashimashou),
Utae ya utae kokoro no mama ni,
(Choito “ii koto” itashimashou),
Utae ya utae kokoro no mama ni,
|
Ketika sinar rembulan mencecah langit,
Sekalung lentera menerangi, Akan Perayaan Pesta Lagu, Bertebarannya rama-rama mempelawai.
(Perhatikannya dan lihatlah), Takkan terlepas saatnya mu melangkah, (Seandainya kamu mencari keseronokan), Mari ke Kayangan Penglipurlara.
Nyanyilah nyanyi dengan sepuas hatimu, Biar suaramu ku kedengaran, Menarilah menari lupakan berjalannya waktu, Bersama kita akan semekar semalaman.
Seindah bunga manapun berkembang mekar, Akan tiba masanya berguguran, Jikalau begitu malam ini Ku dambakan kuatnya rasa percintaan.
(Jom kita cuba perkara menyeronokkan), Ini mimpikah ataupun khayalan, (Dunia tanpa penipuan serta kebenaran), Mari ke Kayangan Penglipurlara.
Nyanyilah nyanyi dengan sepuas hatimu, Lantaklah rambutmu bebas mengurai, Menarilah menari lupakan berjalannya waktu, Bersama kita akan semekar semalaman.
(Jom kita cuba perkara menyeronokkan), (Dunia tanpa penipuan serta kebenaran) Mari ke Kayangan Penglipurlara.
Nyanyilah nyanyi dengan sepuas hatimu, Biar suaramu ku kedengaran, Menarilah menari lupakan berjalannya waktu, Bersama kita akan semekar semalaman, Akan ku berkembang mekar semalam denganmu. |
*Terjemahan bahasa Melayu dikreditkan kepada hiden fly, pengguna laman sesawang perkongsian video YouTube, youtube.com/channel/UCz3qLK4H3BpqKG0LKoRYJlA.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih