Sejak Semenanjung Korea dihuni oleh manusia pada sekitar 700,000 tahun lalu, mereka mulakan kehidupan bertani dan mencipta alatan gangsa dan besi sehingga masuk tahun 1000 SM.
Perubahan budaya orang Korea terjadi apabila masuk tahun 1000 SM, di mana mereka membina struktur megalitik atau batuan gergasi bernama ‘goindol’ atau batu nisan gergasi.
Goindol banyak bertaburan di Kota Hwasun, Kampung Gochang, dan Pulau Ganghwa. Goindol juga bertaburan di Tanah besar China dan Jepun namun sebanyak 40% peratus jumlah goindol berada di Korea Utara dan Selatan, kira-kira sebanyak 15,000 buah di Korea Utara dan 30,000 buah di Korea Selatan.
Biasanya goindol dibina sebagai tanda kuburan untuk mereka yang meninggal dunia, terutamanya mereka yang berpengaruh, ketua puak, atau pahlawan. Kampung Gochang adalah satu-satunya lokasi yang banyak goindol dengan sebanyak 440 buah yang dibina sekitar 500 – 400 SM. Setiap goindol ada alatan gangsa, menunjukkan goindol ini milik para ketua puak.
Tinggi goindol sekitar 2.5 hingga 7 meter dan beratnya mampu mencegah 280 tan. Contoh goindol yang popular ialah goindol ‘Pingmae Bawi’ dari kota Hwasun kerana mendapat rekod batu nisan terbesar dunia.
Pada tahun 2000, ketiga-tiga lokasi yang penuh dengan goindol diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Bagi kerajaan, goindol dianggap sebagai objek kuno yang masih bertahan sejak Zaman Gangsa Korea. Korang boleh lawat goindol di ketiga-tiga tempat ni kalau nak nampak sendiri ‘stonehenge’ Semenanjung Korea.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih