Apabila dengar kata ‘gladiator’, kita pasti menggambarkan p4hl4wan yang bertarung dengan lawannya di medan bert4rvng bernama Colosseum pada zaman Empayar Rom. Pert4rvngan gladiator ini adalah sebuah pertandingan yang penuh berd4r4h untuk hiburan rakyat Rom, terutamanya kerabat-kerabat elit Rom dan maharaja.

Gladiator kemudian menjadi popular walaupun empayar telah runtuh, sehingga banyak wayang Eropah berunsurkan sejarah mengambil unsur gladiator dalam plot ceritanya.

Untuk artikel ini, kita akan mengenali gaya hidup Rom gladiator lebih lanjut dan bagaimana gladiator ini begitu popular sepanjang zaman.

*Asal-Usul Pertandingan Gladiator*

Kita disajikan dengan karakter gladiator yang hidupnya hanya dipenuhi dengan keg4n4san dan pertumpahan d4r4h. Namun benarkan kehidupan gladiator itu? Ini yang pengkaji yang cuba bongkarkan, sama ada ia benar atau fiksyen semata.

Nama gladiator berasal dari kata nama Latin iaitu ‘gladiatores’, merujuk kepada senj4t4 bernama gladius – sejenis p3d4ng pendek. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa tradisi gladiator ini berasal dari kebudayaan orang Etruscan, iaitu penganjuran pert4rvngan sesama p4hl4wan untuk ritual keagamaan.

Namun, ada sebilangan ahli sejarah mendakwah bahawa pertandingan ini dilaksanakan bagi memperingati pengo0rb4nan para aristokrat dan bangsawan dengan memaksa b4ndvan atau hamba untuk bert4rvng sesama sendiri. Gaya bertarung dan keberanian gladiator adalah simbol keberanian dan kebijaksanaan mereka yang terk0rb4n.

*Gladiator Rom Bukan Hamba P3r4ng*

Tradisi pert4rvngan gladiator bertahan selama 650 tahun. Ya, tradisi ini amat popular walaupun ia penuh dengan kek3j4man dan pertumpahan d4r4h. Pertandingan gladiator diperkenalkan kepada Empayar Rom pada 105 SM sehingga 404 Masihi.

Pada awal diperkenalkan, gladiator terdiri dari para hamba dan b4ndvan yang menjalani hvkvman, dipaksa berk0rb4n demi keseronokan para aristokrat dan maharaja.

Kemudian, apabila Colosseum dibuka pada tahun 80 Masihi, menjadi gladiator bukan lagi sebuah hvkvman, malah ia menjadi kerjaya yang menguntungkan. Sekolah gladiator ditubuhkan bagi mengajar rakyat lelaki yang sukarela menjadi gladiator. Erti kata lain, pertarungan gladiator menjadi sukan.

Kerjaya gladiator menarik perhatian rakyat lelaki untuk merubah hidup mereka dengan memenangi hadiah berupa emas dan menjadi glamer. Pada masa itu, gladiator terdiri dari t3nt3ra yang bersara, p4hl4wan p3r4ng, dan rakyat lelaki yang terdesak untuk merubah kehidupannya.

Ada juga dalam kalangan kesatria dan bangsawan yang menjadi gladiator, cuma menunjukkan gaya bertarung mereka kepada penonton.

*Penubuhan Sekolah Gladiator*

Empayar Rom mempunyai tiga buah sekolah gladiator yang berfokus kepada latihan kepada para sukarela untuk menjadi gladiator terlatih. Mereka yang bertanggungjawab mencari rakyat yang berpotensi menjadi gladiator adalah agen sekolah.

Agen ini akan memujuk para calon untuk menjadi gladiator dengan memberitahu ganjaran yang lumayan.

Semasa menjadi pelajar sekolah gladiator, pemakanan dijaga dengan 3 hidangan sehari dan kesihatan pelajar dipantau selain mempelajari gaya bert4rvng. Tidak seperti gladiator awal yang dipaksa bert4rvng tanpa sebarang kemahiran atau mempunyai masalah kesihatan.

Antara diet para gladiator adalah mengandungi protein dan karbohidrat seperti bubur gandum dan bijirin beserta segelas air.

Walau bagaimanapun, disiplin mereka diperketatkan bagi melahirkan gladiator yang perkasa. Salah satu cara disiplin adalah salah satu kaki mereka diikat dengan rantai bersama pemberat (shackles) dan dilarang berbual semasa masa makan.

*Kehidupan Gladiator Rom*

Gladiator adalah golongan yang mampu menjamin penerusan sekolah latihan gladiator, maka kerajaan akan pastikan bahawa gladiator yang bert4rvng tidak akan men1ngg4l dunia di tengah Colosseum.

Mereka harus kuat bertahan untuk bert4rvng dalam beberapa perl4w4nan. Jadi, bertarungan sehingga ny4w4 melayang yang biasa wayang tayangkan adalah tidak benar sama sekali. Para sejarahwan Rom Kuno membuktikan bahawa kadar kem4t1an gladiator dalam bert4rvng hanya 1/5 atau 1/10 bergantung keadaan.

Namun begitu, ny4w4 gladiator bergantung kepada keputusan maharaja Rom sama ada baginda puas atau tidak akan pert4rvngan tersebut. Biasanya keputusan maharaja dipengaruhi oleh desakan penonton yang dahagakan pert4rvngan berd4r4h ini. Jika baginda mengiystiharkan pertarungan sampai menamatkan ny4w4, kedua-dua gladiator harus akur.

Sebenarnya, gladiator wanita juga wujud setaraf dengan gladiator lelaki namun gladiator wanita ini adalah bukan warga wanita yang mahu tunjukkan kekuatannya atau inginkan hadiah. Penglibatan gladiator wanita adalah hasil tindakan Maharaja Domitian yang inginkan kelainan dalam pertarungan gladiator ini.

Hamba wanita dipilih dan dipaksa bertarung dengan ‘orang kerdil’ yang bengis demi hiburan baginda.

Selama 200 tahun tradisi gladiator wanita berterusan sehinggalah pada fasa pemerintahan Maharaja Septimus Severus, baginda mengharamkan sebarang penglibatan wanita dalam pert4rvngan gladiator yang penuh berd4r4h.

*Senjata-Senjata Gladiator*

Selain kekuatan fizikal, gladiator Rom juga perlukan senj4t4. Namun penggunaan senj4t4 bergantung kepada kelas pahlawan dalam kalangan golongan tersebut. Ada 4 buah kelas pahlawan gladiator iaitu: Samnite, Thracian, Myrmillo, dan Retiarius.

Golongan Samnites mempunyai p3d4ng pendek (gladius), p3ris4i bersegi empat (scutum), helmet, dan p3ris4i kaki (ocrea). Golongan Thracian pula mempunyai p3d4ng pendek melengkung (sica) dan p3ris4i bulat (parma).

Manakala golongan Myrmillo seperti golongan Samnites namun helmet mereka mempunyai ukiran ikan dan mempunyai p3ris4i tangan. Golongan terakhir iaitu Retiarius, gladiator unik yang tidak mempunyai p3ris4i selain p3ris4i bahu, bersenj4t4kan jala untuk memer4ngk4p l4w4n dan tongkat trident (tongkat yang hujungnya seperti garfu tiga jari).

*Detik-Detik Terakhir Pert4rvngan Gladiator*

Kerjaya gladiator pada fasa Empayar Rom menguntungkan kedua-dua pihak: keseronokan para elit dan maharaja serta kesenangan pahl4w4n peroleh kehidupan baik. Namun begitu, pada tahun 404 maharaja Honorius membubarkan pert4rvngan ini dengan penutupan sekolah-sekolah gladiator. Maka, tidak ada lagi pert4rvngan gladiator.

Adalah menarik melihat peralihan ini: dari persembahan ritual kepada pert4rvngan sesama hamba, kemudian menjadi sukan hiburan orang Rom. Dari sini kita lihat orang Rom pandai menyesuaikan pert4rvngan berdarah yang cuma menjadi hiburan penonton menjadi sebuah sukan seiring dengan masa.

Sekarang, ramai peminat-peminat sejarah Rom cuba mewujudkan lagi sukan berd4r4h ini namun tidak seg4n4s dahulu. Mereka peroleh senj4t4 seiras dengan senj4t4 dahulu dan melakukan aksi pahl4w4n bert4rvng demi memulihara sejarah mereka dari dimamah usia.

RUJUKAN:

Auguet, Roland (1994). Cruelty and Civilization: The Roman Games. New York, New York: Routledge
Mccoss, F. (22 September 2020). The Real Lives of Roman Gladiators. Ancient Origins. Retrieved from 6 October 2020. https://www.ancient-origins.net/…/gladiators-rome-003512


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.