Ketepikan habis pembetulan politik semua.

Memang jelas dan nyata China merupakan punca penularan koronavirus. Sikap rakyat yang ingin makan apa-apa saja tanpa menghiraukan batasan keselamatan pemakanan telah menyusahkan dunia bukan sekali.

Tetapi langit dilihat semakin cerah di China, yang dalam masa 11 hari hanya menyaksikan penambahan kes sebanyak +0.28% sahaja.

Kira dalam masa 11 hari itu, 199 orang sahaja digegaskan ke hospital. Semasa kemuncak, China menyaksikan pertambahan dua digit dengan 64% paling banyak pada 27/01/2020.

Sekarang ini kerajaan China telah mengalihkan perhatian sepenuhnya. Pep3r4ngan yang dimenangi dalam negara perlu dimenangi di luar pula.

Xi Jinping nekad untuk menghantarkan pakar-pakar perubatan ke Itali (Xinhua, 2020).

Filipina menerima beribu-ribu alat ujian diagnostik pantas daripada China, suatu bantuan yang amat diperlukan atas kehabisan stok.

Dalam sebuah perutusan khas, Presiden Aleksandar Vucic menempelak solidariti Eropah yang dikatakan dongengan atas kertas. Vucic lebih percayakan sahabatnya Xi Jinping (Doshi, 2020).

Solidariti China ini amatlah diperlukan dunia, sebagai negara yang berpengalaman praktikal dalam pep3r4ngan terhadap koronavirus.

Bulan lalu, realiti sangat berbeza kerana China yang menerima derma daripada luar.

Hampir 80 negara membantu China, termasuk Malaysia yang menghantar 3.73 juta sarung tangan getah dan 20,000 unit alat keselamatan perubatan hasil daripada derma orang ramai (Mazwin, 2020).

Giliran China Pula Untuk Membalas Budi

Wuhan telah digelumangi dengan kehanyiran daripada kancah penghinaan. Bukan saja populasinya suka makan apa saja – tetapi bandaraya tersebut juga menjadi pengeluar kepada virus yang membvnvh ribuan orang di serata dunia.

Jadi untuk meyakinkan orang ramai, satu benda saja China perlu buat – atau bukan China sebenarnya, tetapi seorang individu: Xi Jinping perlu ke Wuhan.

Berdepan dengan kritikan daripada dunia (dan parti sendiri), Jinping tidak boleh lari daripada tanggungjawab tersebut. Buat julung kalinya sejak penularan 2019-nCoV, Jinping telah turun ke Wuhan sambil berlambaian dengan semua yang melihat (Myers, 2020).

Koronavirus telah menunjukkan keculasan dalam kepimpinan China. Tetapi itu tidak menjadi penghalang – kerana Jinping sekarang menunjukkan keterampilannya sebagai pemimpin dunia.

Sebelum ini hanya Presiden Amerika Syarikat sahaja berbuat sedemikian. Semasa SARS-CoV menular pun, Jiang Zemin dan Hu Jintao hanya menyelubungi dalam negara sahaja.

Kelompongan kerana ketiadaan figura seperti Barack Obama telah menyesuaikan Jinping sebagai wajah penting. Donald Trump pula sedang berdepan dengan masalah dalam negaranya, dengan nilai konservatisme tinggi.

Memberikan bekalan perubatan menunjukkan bahawa China bukan sahaja bertanggungjawab – tetapi juga berkemampuan dari segi kewangan.

Ia membawa keterampilan bahawa kepimpinan kuku besi lebih terjamin berbanding demokrasi Barat.

Bukan Jinping sahaja yang sedang berkebajikan. Jack Ma (Alibaba) pula telah menderma 500,000 alat ujian dan sejuta topeng muka ke Amerika Syarikat yang stok telah berkurangan teruk di hospital-hospital mereka walaupun dengan berminggu-minggu melihat penularan di China.

Bersatu teguh, bercerai roboh. Itulah slogan yang Amerika sering sebut, sekarang berkumandang daripada China.

RUJUKAN:

Doshi, R. Serbian President: “The only country that can help us is China.”  (Twitter) Retrieved from https://twitter.com/RushDoshi/status/1239645067066978311

Mazwin, N.A. (2020, February 8). Malaysia to send more medical gloves to China. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/08/malaysia-to-send-more-medical-gloves-to-china

Myers, S.L. (2020, March 10). Xi Goes to Wuhan, Coronavirus Epicenter, in Show of Confidence. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/10/world/asia/coronavirus-china-xi-jinping.html

Xinhua. (2020, March 17). Xi: China to send more medical experts to Italy. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/17/xi-china-to-send-more-medical-experts-to-italy

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.