Korang yang pernah ‘disudu’ angsa, saya ada soalan. Mesti waktu kena tu korang rasa tajam-tajam kan?
Ada sebab korang rasa tajam tu. Kalau perhati gambar-gambar ni, korang boleh nampak yang angsa sebenarnya bergigi. Tapi gigi mereka tak macam kita. Malah lidah mereka juga tak macam kita. Inilah keistimewaan dikurniakan pada angsa melalui aliran evolusi.
Pertama sekali, kita kena bayang sekejap. Apa jadi kalau kita cuba gigit rumput dari tanah? Takkan putus. Apa jadi kalau kita cuba gigit ikan yang hidup? Ikan pasti terlepas. Kerana tu bukan tujuan gigi kita.
Tapi angsa selamba saja kerat rumput terus dari tanah. Angsa juga boleh tangkap ikan dengan cekap. Puncanya sebab gerigi-gerigi yang korang nampak dalam gambar-gambar ni. Gerigi ni dipanggil tomia – berbentuk kon dengan tujuan untuk mencengkam sesuatu.
Malah tomia juga berfungsi seperti penapis ketika angsa makan dalam air. Jadi korang kalau tertanya-tanya kenapa sakit apabila diserang angsa, inilah puncanya. Persoalan sekarang: apa beza gigi kita dengan gigi angsa?
Senang saja. Gigi kita berstruktur – enamel yang melitupi dentin, sebelum salur darah dan saraf. Gigi angsa pula bertulang rawan.
Kalau korang suka fakta ni, saya rasa korang mesti suka fakta-fakta yang ditulis dalam BIOLOGIA. Buku pengajian makhluk dan kehidupan ni kami bagi DISKAUN 20 PERATUS sekarang: https://bit.ly/biologiashopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply