Sekitar tahun 1935, seorang ahli paleontologi bernama G. HR von Koenigswald telah ke sebuah kedai ubat di China. Tanpa disangka beliau telah menjumpai fosil seakan-akan gigi manusia di antara deretan “tulang naga” yang dijual di kedai tersebut.
Pada awalnya, Koenigswald yang menamakan haiwan yang tidak diketahui itu sebagai Gigantopithecus merupakan mawas besar dan mempunyai hubungan dengan keluarga mawas yang diketahui ketika itu. Pengkaji-pengkaji lain turut mempunyai teori-teori lain bahawa haiwan itu hidup lebih lama daripada yang dijangka oleh Koenigswald, mungkin juga moyang kepada “Jawa man” dan “Peking man” justeru berkait dengan spesies manusia hari ini (Homo sapiens).
Fosil gigi yang dibeli oleh Koenigswald berwarna kekuningan dan merupakan gigi geraham kanan bawah ketiga yang beliau yakin merupakan gigi primat. Gigi itu juga lebih besar daripada gigi gorilla yang terbesar sekali pernah direkodkan.
Justeru, pada tahun yang sama beliau meletakkan haiwan it ke dalam genus primat baru. Berserta nama asalnya Gigantopithecus, beliau menambah nama spesies blacki di belakang sempena nama Davidson Black, seorang ahli anatomi di Kole Perubatan Bersekutu Peking yang memain peranan terhadap penemuan “Peking man.”
Koegnigswald meneruskan lagi pengembaraannya menjelajah China dalam pencarian “tulang naga”. Menjelang tahun 1939, beliau berjaya menemui sejumlah empat gigi geraham Gigantopithecus blacki. Seterusnya, saintis-saintis turut menemui fosil-fosil G. blacki yang lain.
G. blacki dianggap hidup sekitar awal era Pleistocene sebelum pupus di akhir era tersebut. Berdasarkan kajian, saiz G. blacki berukuran dari 1.8 sehingga 3 meter dan beratnya dianggarkan di antara 200 dan 500 kilogram. Kawasan tebaran bagi mawas ini pada suatu masa dahulu meliputi Asia Tenggara.
Di selatan China, Gigantopithecus hidup di persekitaran hutan sementara di Thailand, ia menghuni sebahagian kawasan hutan berlandskap mozek termasuk sebahagian besar kawasan savannah (padang rumput). Para saintis mempunyai pendapat berbeza mengenai tabiat permakanan spesies mawas ini. Ada yang mengemukakan teori bahawa ia haiwan herbivor, manakala ada juga yang mengatakan bahawa ia karnivor dan terdapat segelintir percaya, seperti Panda Gergasi dietnya terhad kepada buluh.
Menurut Profesor Dr. Hervé Bocherens dan rakan-rakan sejawatnya, komposisi karbon isotop fosil gigi yang ditemui di China dan Thailand menunjukkan bahawa diet G. blacki sangat serupa dengan diet orang utan yang hidup di hutan meskipun ia boleh hidup di kawasan padang rumput. Tambah mereka, habitat G. blacki juga terhad di kawasan yang mempunyai hutan sahaja. Mawas ini dikatakan terlalu berat untuk memanjat pokok seperti saudara terdekatnya orang utan.
Maklumat lain yang diperoleh melalui kajian tersebut juga akhirnya memberi kesimpulan bahawa saiz badannya yang besar dan dietnya akhirnya menjadi penyumbang kepada kepupusan spesies ini sekitar 100, 000 tahun yang lalu setelah habitat hutannya mengecil akibat perubahan iklim. Kesannya, mawas sebesar itu tidak mampu memperoleh makanan yang banyak mengikut saiz badannya yang besar untuk meneruskan hidup di samping untuk membiak justeru pupus pada akhir zaman ais Pleistocene.
RUJUKAN
Bocherens, H., Schrenk, F., Caimanee, Y., Kullmer, O., Mörike, D., Pushkina, D., & Jaeger, J. (2017). Flexibility of diet and habitat in Pleistocene South Asian mammals: Implications for the fate of the giant fossil ape Gigantopithecus. Quaternary International, 434(A), 148 – 155.
Ghose, T. (2016). Why Earth’s largest ape went extinct. Retrieved from https://www.livescience.com/53313-biggest-ape-forest-dweller.html
Simons, E. L. & Ettel, P. C. (1970). Gigantopithecus. Scientific American, 222(1), 76 – 87.
Senckenberg Research Institute and Natural History Museum (2016). Giant ape Gigantopithecus went extinct 100, 000 years ago due to its inability to adapt. Retrieved from https://phys.org/news/2016-01-giant-ape-gigantopithecus-extinct-years.html
Strauss, M. (2016). The largest ape that ever lived was doomed by its size. Retrieved from https://news.nationalgeographic.com/2016/01/160106-science-evolution-apes-giant/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih