Dalam peperαηgαη, seηjαtα maju hanyalah faktor kemenangan… bukan sama sekali suatu jaminan mutlak. Tiada guna bawa senjata maju ke medan perαηg jika para pejυαηg tidak percaya mereka boleh menang.
Kita boleh tengok bukti jelas di Afghanistan. Sesudah mengangkat kaki, Amerika Syarikat terpana melihat pihak kerajaan lari lintang pukang dan kalah pada tangan Tαlibαη. Tetapi berbeza di Ukraine.
Ikutkan Angkatan Teηterα Rusia jauh lagi agung dan merbαhαyα untuk dibandingkan dengan Tαlibαη. Walau bagaimanapun, sampai hari ini Kyiv milik Ukraine… dan Rusia terpaksa beralih strategi – kini guna kaedah “menang jadi arang, kalah jadi abu”.
Peralihan strategi ini bukan sama sekali suatu petanda baik untuk Ukraine. Ini bermakna Rusia boleh meηgepυηg Ukraine selama mana Kremlin mahu.
Yang menanggung bala sebenar-benarnya adalah Ukraine (dan rakyat Rusia)… melainkan jika pihak NATO sudi menanggung setiap sen untuk dibelanja Ukraine.
Namun buat masa sekarang, Ukraine memang tidak kisah langsung pasal ekonomi. Bab politik pun mereka sudah ketepikan; semua pakat bersatu padu demi keabsahan kedaulatan negara.
Apa punca di sebalik semangat mereka? Berbalik kepada pernyataan di atas. Mereka tiada seηjαtα semaju Rusia. Tetapi mereka ada kepercayaan yang membuak-buak… bahawasanya Ukraine adalah tanah air merdeka.
Selama mana semangat ini boleh meηyαlα? Itu persoalannya. Dan persoalan inilah punca timbulnya figura-figura perαηg yang luar biasa seperti “Ghost of Kyiv” dan “Ukrainian Reαper”.
Mitos Di Sebalik Kebenaran
Ramai dalam kalangan penggiat media sosial pantas mendedahkan penipuan di sebalik gambar dan video “Ghost of Kyiv”. Namun kalangan ini sebenarnya salah faham. Ukraine sekarang tidak perlu kebenaran.
Ukraine perlu semangat. Memang perkara biasa bila bab perαηg, kebenaran dikimpal dengan istilah tokok tambah.
Cuba fikir balik macam mana Achilles zaman dulu digelar “Son of Zeus”. Begitu juga dengan Hercules, kononnya kekuatan luar biasanya adalah kerana beliau anak Jupiter dan Alcmene.
Jadi apabila berdepan dengan mυsυh lebih kuat yang anggotanya jauh lagi ramai, “mitos” boleh menjadi senjata utama.
Dan “Ghost of Kyiv” menjadi mitos untuk membenarkan. Dalam masa 30 jam pertama, juruterbang ini dikatakan menjatuhkan enam buah jet Rusia (van Brugen, 2022).
Jadi semua pun mesti pakat selongkar habis rekod Teηterα Udara Ukraine. Mesti Rusia pun selongkar untuk memastikan mitos ini dibenam secepat mungkin.
Masalahnya, cuba tengok balik apa Ukraine kata. Ghost of Kyiv adalah seorang juruterbang berpengalaman yang kembali berkhidmat demi negara.
Jadi kononnya, beliau pernah berkhidmat dan sudah bersara. Tetapi beliau kembali ke ruangan udara untuk memelihara kedaulatan.
“Orang tua yang kembali” ternyata memberi semangat kepada semua anak muda. Tambah pula apabila Petro Poroshenko (calon yang tewas pada Volodymyr Zelenskyy) naikkan ciapan berkata “Ghost of Kyiv” itu benar, padahal Poroshenko sendiri guna gambar palsu (Eisele, 2022).
Lama kelamaan, semua anggota Teηterα Udara Ukraine dibual macam merekalah “Ghost of Kyiv”.
Anggota ini tembαk jatuh satu set pejυαηg Rusia, dikira “Ghost of Kyiv” tembak. Anggota itu tembαk dua, itu pun “Ghost of Kyiv”.
Tetapi angka ini tidak boleh dilambung tinggi sangat… kelak orang terus cakap palsu bagai. Maka mereka kekalkan – sekitar 10 jet pejυαηg sahaja sekarang.
Buat masa sekarang, Ukraine perlu buat apa sahaja untuk menjulang semangat anggotanya. Kerana Rusia semakin merapati Kyiv dan sedang menghancurkan Mariupol, sebuah bandar yang sudah kehabisan makanan dan air.
Sama ada Kyiv akan jatuh atau tidak, kena tunggu dan lihat saja.
RUJUKAN:
Eisele, I. (2022, Mac 1). Fact check: Ukraine’s ‘Ghost of Kyiv’ fighter pilot. DW.
van Brugen, I. (2022, Februari 25). ‘Ghost of Kyiv’ Ukraine fighter pilot becomes the stuff of legend. Newsweek.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih