Geran merupakan filem aksi Melayu yang mengutamakan elemen silat dan isu kemasyarakatan. Berlatarbelakangkan isu geran tanah dan latar tempat di utara tanah air, filem ini membawa penontonnya mengembara ke kawasan jelapang padi dan pinggir sungai yang indah dan mengasyikkan.

Pengarah Areel Abu Bakar mempertaruhkan seni silat Gayong Pusaka sebagai silat utama dalam filem aksi ini. Watak utama dan watak antagonis menggunakan aksi silat yang sama kerana kedua-duanya berasal dari seperguruan Silat Gayong di Patani.

Walaupun dalam kekangan bajet yang rendah, Geran memaparkan teknik visual dan sinematik yang boleh memukau penonton, melalui penceritaan perasaan Ali (Koharullah atau Leqiu Kohar) dalam mengimbau semula dan permainan perasaan Pak Nayan (Namron).

Aksi dimulakan dengan kehebatan Fatimah (Feiyna Tajuddin) mempertahankan diri daripada diserang oleh orang-orang Haji Daud di rumahnya apabila orang-orang suruhan Haji Daud bertindak samseng dengan menendang pintu rumah dan masuk ke dalam rumah memakai kasut. Tindakan biadap mereka menerima buah pukulan gayung yang mantap daripada Fatimah.

Sememangnya Seni Silat Gayong yang berasaskan seni silat tempur mempamerkan pergerakan yang menarik dan mampu diangkat ke tirai layar perak dan dapat di perkembangan lagi. Silat yang menggunakan pergerakan lincah kaki dan tangan ini, serta kebijaksanaan buah pukul silat mencari ruang untuk menyerang dalam Tempur Tanpa Senjata (TTS) membolehkan silat menjadi satu elemen filem yang sangat menarik, setara dengan Filem Ong Bak (Thailand) atau pelbagai cerita kungfu.

Perkembangan filem ini bermula dengan geran tanah Pak Nayan yang hilang. Rupa-rupanya, geran tanah itu di cagarkan oleh adik Ali dan Fatimah yang bongsu iaitu Mat Arip (Fad Anuar) kerana berhutang dengan Haji Daud. Mat Arip seorang anak muda yang mudah terpengaruh dengan kehidupan berlandaskan hiburan iaitu gemar bertaruh dalam pertandingan MMA (Mix Martial Art) haram dan lumba haram.

Plot cerita yang biasa dalam filem aksi dengan pertarungan silat dan aksi kejar mengejar yang menarik, disamping pengajaran dan petikan ayat Al-Quran dalam cerita ini menjadikan semua elemen-elemen kemelayuan dan konservatif dapat diterapkan.

Filem ini juga mengangkat martabat silat sebagai elemen utama seni pertarungan dan dapat menarik minat anak muda untuk menceburi bidang persilatan ini sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang sesuai diterapkan, bukan lagi seni luar seperti Taekwondo, Kungfu ataupun Karate.

Plot – 6/10 (klise)
Aksi – 9/10
Kesan khas – 9/10
Lakonan – 7/10 (watak utama kaku sedikit)
Keseluruhan: 8/10


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.