Tahun lepas, lagu Pink Venom karya Blackpink jadi sebutan bila Jisoo memainkan Geomungo dalam muzik video mereka.

 

Apa Geomungo ni? Macam gitar ke?

 

Geomungo ialah alat muzik bertali tradisional Korea sama keluarga instrumen sitar dan gitar.

 

Geomungo berukuran 150 cm panjang, mempunyai tiga bridge boleh alih dan 16 fret cembung yang mengikat enam tali sutera.

 

Geomungo ni ada adik beradik yang lebih kurang sama iaitu gayageum (가야금). Bezaannya ialah Gayageum ada 12 tali dan geomungo hanya ada 6 tali.

 

Geomungo terbahagi kepada dua jenis iaitu sanjo geomungo dan jeongak geomungo.

 

Sebenarnya alat musik Korea banyak diadaptasi daripada alat musik China, sehingga memang terlihat mirip. Geomungo ni dipercayai dah ada sejak Kerajaan Goguryeo.

 

Dulu masa Dinasti Goguryeo menguasai wilayah utara Semenanjung Korea dan Manchuria, rakyat di wilayah tersebut sangat terkenal dalam bernyanyi dan menari.

 

Dalam Samguk Sagi (Sejarah Tiga Kerajaan) disebutkan bahawa pencipta alat musik Geomungo ni bernama Wan San-Ak.

 

Geomungo juga dikenal sebagai sitar Goguryeo atau kalau melihat warnanya dikenal juga dengan nama Sitar Bangau Hitam. Geomungo dieja Komungo atau Kum.

 

Geomungo menjadi salah satu instrumen penting sebagai nobat atau instrumen muzik istana sejak Dinasti Goryeo (918-1392).

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah dan budaya Korea hingga kini. Boleh beli di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply