Goemon ini legenda ‘Robin Hood’ dalam masyarakat Jepun sehinggakan kebanyakan plot pembunuhan, rompakan atau penentangan kepada bangsawan di era Sengoku dikaitkan dengan kegiatannya.

Kisah hidup Goemon ada disentuh dalam biografi Toyotomi Hideyoshi, salah seorang tokoh penyatuan Jepun selain Oda Nobunaga. Dilahirkan pada tahun 1558 Masehi dengan nama Sanada Kuranoshin, dia dibesarkan dalam keluarga samurai. Pada suatu ketika, ibubapanya telah dibunuh oleh orang-orang shogun dan dari sini dia mula memasang dendam.

Selain merompak para pedagang, para bangsawan atau orang kaya, Goemon juga telah menubuhkan kumpulan ninjanya sendiri yang terdiri dari para perompak jalanan, petualang dan pahlawan tidak bertuan (nukenin atau ronin) untuk menyokong kegiatannya. Kononnya hasil dari rompakan itu dikongsikan kepada orang-orang miskin dan petani yang daif.

Walaupun Ishikawa Goemon dicop sebagai penjenayah, penjahat dan menentang ‘kerajaan’ yakni para bangsawan feudal Jepun, dia dikatakan bertindak mengagih-agihkan hasil rompakannya kepada para petani yang miskin. Ia umpama ‘Robin Hood’ era Sengoku.

Walaupun ada legenda yang mengatakan Goemon pernah cuba membunuh Oda Nobunaga namun ia masih kabur dan tiada rekod tentangnya. Namun ada rekod bahawa dia cuba untuk membunuh Toyotomi Hideyoshi, daimyo yang berpengaruh ketika itu dengan memecah masuk istana kediaman tokoh itu, namun akhirnya tertangkap.

Kisah ketika dia dihukum adalah begitu menyayatkan hati. Diceritakan dalam satu versi bahawa dia dihukum bersama anak lelakinya (isterinya dikatakan telah dibunuh oleh orang-orang bangsawan) dengan direbus sehingga mati (membunuh satu keluarga adalah hukuman biasa yang dijalankan pada masa dahulu).

Namun, demi menyelamatkan anaknya yang masih kecil, dia telah berusaha untuk menjunjung anaknya itu di atas kepalanya dalam keadaan dia berendam di dalam tempayan besar berisi air yang sedang panas menggelegak. Sudah pasti Goemon tidak mampu bertahan lama dengan penderitaan itu dan akhirnya dia tewas. Dalam versi itu, dikatakan anaknya dibebaskan dari hukuman dan diampunkan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply