Ketika era Perang Klang dahulu, Tengku Kudin ada menghantar sepucuk surat kepada Bendahara Wan Ahmad yang berkuasa di Pahang. Tujuannya adalah untuk memohon bantuan daripada Pahang bagi menghadapi Raja Mahadi di Selangor.
Bendahara Wan Ahmad bersetuju kerana Raja Mahadi dan sekutunya pernah membantu musuh bendahara. Ditambah lagi sekutu Raja Mahadi iaitu Sayid Mashhor pernah menangkap dan menyiksa anak saudaranya iaitu Wan Aman.
Untuk itu Bendahara Wan Ahmad telah menghantar 1000 orang tentera ke Selangor melalui jalan Genting Bidai. Apabila sampai sahaja di Selangor, tentera daripada Pahang akan bergabung dengan pasukan Tengku Kudin. Apa yang menariknya dekat sini adalah mengenai jalan Genting Bidai yang menjadi laluan tentera Pahang untuk ke Selangor.
Sebab seperti mana yang kita tahu hari ini, ada beberapa jalan boleh diakses jika mahu ke Selangor dari Pahang iaitu Jalan Kuala Kubu, Jalan Gombak Lama dan Terowong Genting Sempah. Nama Genting Bidai sebagai laluan untuk ke Selangor memang kita tak pernah dengar. Kalau ada pun, Genting Bidai ini hanyalah laluan trail yang korang semua boleh akses melalui Kemensah Selangor. Tapi bukan naik kereta lah, kena berjalan pakai kaki.
Dekat mana terletaknya laluan Genting Bidai ni?
Katanya laluan ini bermula di sekitar Empangan Klang Gate sehingga menuju ke Genting Bidai yang terletak berdekatan sempadan Selangor-Pahang. Dari Genting Bidai ini, korang boleh terus akses laluan ke Janda Baik. Laluan Genting Bidor ini sebenarnya dah wujud sejak abad ke-16 masihi. Laluan ini sering digunakan untuk penduduk Selangor dan Pahang berulang-alik antara kedua-dua negeri.
Selain itu laluan ni pernah dijadikan tempat penyimpanan stok makanan oleh Dato Bahaman. Walau bagaimanapun menjelang tahun 1895, laluan Genting Bidai telah ditutup oleh British. Sebagai alternatif, British menyediakan jalan baru di Bentong untuk menuju ke Selangor.
Masalahnya laluan di Bentong agak jauh sedikit untuk penduduk Pahang memasuki Selangor terutamanya ke Ulu Klang. Jadi British membuka semula laluan Genting Bidai untuk memudahkan pergerakan penduduk. Dalam masa yang singkat sahaja, Genting Bidai terus menjadi laluan utama peniaga dari Selangor dan Pahang.
Di tambah lagi laluan Genting Bidai semakin lebar hingga boleh memuatkan kuda dan kereta lembu. Akhirnya kegemilangan laluan Genting Bidai semenjak abad ke-16 lesap setelah pembukaan jalan baru di Karak. Laluan yang dulu pernah menjadi tumpuan secara perlahan-lahan ditumbuhi semak dan hilang daripada ingat penduduk Selangor dan Pahang.
Adakah laluan Genting Bidai ni terus hilang?
Korang masih lagi boleh menjejak laluan ini menerusi Kemensah dan Janda Baik. Tapi korang hanya akan jumpa baki laluan Genting Bidai yang sekecil denai sahaja. Laluan yang dikatakan boleh memuatkan kereta lembu itu masih lagi ada tapi sudah ditumbuhi oleh semak-samun dan belukar. Memang agak sukar untuk melaluinya hari ini.
Apa-apapun, laluan ini sepatutnya dibaik pulih sebagai warisan yang tak ternilai untuk kita semua. Sebab sebelum adanya jalan raya, kita anggap dari Selangor hendak ke Pahang pastinya akan melalui jalan laut ataupun jalan sungai. Kehadiran Genting Bidai ini membuktikan, orang Selangor dan Orang Pahang sudah lama berhubung. Bahkan laluan ini adalah pemula kepada laluan lain yang menghubungkan Selangor dan Pahang.
Rujukan
Buyung Adil. (1984). Sejarah Pahang. Dewan Bahasa dan Pustaka
Utusan TV. (2021, September 28). Lenyapnya Genting Bidai, laluan denai hubungkan Pahang–Selangor. Benarkah laluan rahsia penjajah menjarah hasil bumi tempatan secara haram? Dipetik daripada https://utusantv.com/2021/09/28/lenyapnya-genting-bidai-laluan-denai-hubungkan-pahang-selangor-benarkah-laluan-rahsia-penjajah-menjarah-hasil-bumi-tempatan-secara-haram/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih