Apabila COVID-19 mula merebak demikian hari, ramai pakat bersolidariti acah-acah “we’re on the same boat”.

Dua tahun kemudian, semua terngadah sedar solidariti tersebut tidak wujud sekalipun berniat murni. Sebetulnya, kita semua dibadai ribut sama.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Tetapi ada yang duduk dalam kapal mewah. Ada yang bertahan dengan rakit dan sampan.

Gambaran paling sesuai.

Kalau ikut logik same boat, patutnya Amerika Syarikat dan Jepun sudah kena teruk kerana 1) populasi ramai, 2) demokrasi terbuka (maksudnya kerajaan tiada hak mutlak untuk halang rakyat dan 3) ekonomi bebas (rakyat bebas bergerak).

Tengok-tengok Peru yang kena paling teruk dengan 6,092 kematian bagi setiap juta yang positif (Beaubien, 2021). Amerika Syarikat mencatatkan 2,550 kematian bagi setiap juta.

Benda biasa rakyat Peru bertanya “ini denggi ka COVID”.

Maksudnya dalam sejuta yang positif, hanya 2,550 meninggal dunia (Peru pula 6,092 meninggal dunia). Dalam perbandingan ini, angka Malaysia adalah 969… tetapi Jepun pula hanya 146.

Apa yang Jepun buat sebenarnya?

Bangsa Terpilih Dalam Pandemik

Saintis mula sedar realiti ini selepas membuat perbandingan. Semasa doktor berhempas-pulas, inilah masanya untuk baiki apa yang kurang.

Mungkin Jepun ada fasiliti kesihatan yang cukup. Mungkin amalan pemakanan Jepun yang mengurangkan risiko kematian.

Kira banyak kemungkinan – kerja mereka: cari kepastian, bukannya merepek konspirasi bagai macam sesetengah orang dalam negara pasir berdengung.

Pada mulanya, saintis berpendapat rakyat Jepun (dan Finland) menumpang imuniti daripada vaksin BCG yang diberikan untuk mencegah tuberculosis.

Tetapi pendapat ini tidak dapat dipastikan secara sah. Negara-negara lain pun ada buat BCG. Tetapi teruk juga angka mereka (Tsukimori, 2021). Jadi ini mesti ada kena mengena dengan genetik rakyat Jepun, yang membuatkan mereka jadi bangsa terpilih dalam peperangan besar ini.

Evolusi Imuniti Badan

Istilah bangsa terpilih ini sebenarnya sangat relatif. Maksudnya, jika orang lain amalkan gaya hidup sama, mereka pun akan terpilih jua.

Ia tidak terikat pada warna kulit atau rupa paras. Sebaliknya, ada sesuatu yang rakyat Jepun selalu amalkan sampai imuniti terhadap SARS-CoV-2 menjadi kuat.

Dan baru-baru ini, saintis berjaya menyingkap rahsia Jepun. Rupa-rupanya selama ini mereka minum teh hijau yang mempunyai sebatian catechin.

A green tea a day keeps COVID-19 away?

Sebatian ini telah mengurangkan kadar kebolehjangkitan SARS-CoV-2 (Chourasia, et al., 2021).

Dapatan ini bukanlah andaian semata-mata. Saintis daripada Universiti Nagoya mengumpulkan data penjujukan (sequencing data) daripada 10 negara.

Mereka ingin mengkaji mikroorganisme dalam usus (untuk tahu apa yang diamalkan).

Dengan teknologi AI, saintis ini berjaya mengenal pasti 30 bakteria usus yang sangat penting dan berkaitan dengan COVID-19. Dan mereka mendapati sesiapa yang tiada bakteria collinsella memang mudah meninggal dunia kerana SARS-CoV-2.

Rakyat Jepun dan Finland memang banyak bakteria collinsella. Rakyat Eropah dan Amerika Syarikat pula sangat kurang bakteria collinsella. Dan angka kematian dalam Eropah dan Amerika Syarikat didapati lebih tinggi berbanding Jepun dan Finland.

Tahu saja pasal benda ini, saintis kemudian cuba cari jawapan kenapa SARS-CoV-2 lari lintang pukang kalau jumpa collinsella.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Dan mereka mendapati collinsella menukarkan asid perut yang mampu merosakkan taring (crown) virus SARS-CoV-2. Apabila rosak, SARS-CoV-2 tidak boleh “ikat” diri pada sel paru-paru untuk turunkan nukleus (jangkit).

Pendapat umum bahawa teh hijau bantu menguatkan sistem imunisasi nampaknya benar. Cuma petuanya jangan minum dengan susu pekat manis. Teh hijau merajuk nanti sebab mak dia tak hijau dah.

RUJUKAN:

Beaubien, J. (2021, November 27). Peru has the world’s highest COVID death rate. Here’s why. NPR.

Chourasia, M., et al. (2021). EGCG, a Green Tea Catechin, as a Potential Therapeutic Agent for Symptomatic and Asymptomatic SARS-CoV-2 Infection. Molecules. 26 (5): 1200.

Tsukimori, O (2021, Disember 11). Japan’s low COVID-19 death rate may be due to genetics, top research institute says. Japan Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply