Kejadian yang berlaku di Turkiye telah meningkatkan minat orang untuk ambil peduli tentang hukum alam. Ternyata, kita yang berasa selesa tidak semestinya selamat buat selamanya.

Tiba satu masa, bumi bergegar menelan segala yang penat dibina… termasuk nyawa orang-orang tercinta. Tapi sebenarnya, macam mana bumi Turkiye boleh digegarkan sedemikian rupa? Apa yang mencetuskan gegaran tersebut?

Pertama sekali, kita kena kenali definisi “sesar bumi” (fault) yang terjadi akibat aktiviti kerak bumi yang menggerakkan lapisan batu. Jika ada dalam kalangan pembaca yang berpengetahuan tentang perkara ini, mohon bersabar ketika baca definisi terlalu marhaen kerana pembaca yang tidak arif pasal bidang ini perlu tahu satu demi satu bermula dengan “daya tektonik”.

Pergerakan sebegini melepaskan tenaga yang akhirnya menjadi punca gempa bumi. Sesaran yang besar mengeluarkan tenaga yang kuat. Begitu juga sebaliknya.

Jadi di sini, semua boleh faham asbab gempa bumi. Sekarang kita kena faham satu lagi benda: “garisan sesaran”: kawasan sesuatu sesaran boleh dipetakan (mapping).

Ulang balik:

  1. Fault (sesaran): rekahan yang berlaku akibat pergerakan lapisan batu.
  2. Fault trace (garisan sesaran): peta permukaan rekahan.

Jenis-Jenis Gempa Bumi

Sudah faham dua definisi di atas, baru boleh rungkaikan jenis-jenis gempa bumi. Kejadian di Turkiye berpunca akibat gempa bumi berjenis “strike-slip”, yang terjadi akibat pergerakan batu secara selari antara satu sama lain pada garisan rekahan.

Sesaran sebegini jika cukup kuat mampu menghasilkan gempa bumi dahsyat (macam kes Turkiye) dan juga ombak tsunami tinggi. Sekadar pengetahuan, tsunami di Acheh tidak berlaku kerana strike-slip. Tragedi tsunami ngeri Acheh dan Tohoku (Fukushima) berlaku akibat megathrust earthquake yang kita akan ulas sebentar lagi.

Selain strike-slip, ada jenis oblique-slip, listrik, ring, sintentik dan dip-slip. Nak faham oblique-slip, tengok gambar dibawah:

Aishik Rehman (CC BY-SA 4.0.)

Rekahan dan sesaran terjadi secara oblik, lebih senget untuk dibandingkan dengan strike-slip. Manakala listrik pula terjadi akibat sesaran yang melengkung:

Mike Norton (CC BY-SA 3.0.)

Ring adalah sesaran yang terjadi di kawasan keruntuhan gunung berapi atau kawah batu angkasa. Salah satu contoh adalah Kawah Impak Teluk Chesapeake. Manakala sintetik adalah definisi digunakan untuk bercerita tentang sesaran kecil berkaitan dengan sesaran besar.

Gempa Bumi Megathrust

Kalau kalian perasan, saya belum bercerita tentang dip-slip. Sesaran ini terbahagi kepada dua: biasa (normal fault) dan songsang (reverse fault). Kejadian di Acheh dan Tohoku adalah jenis reverse dip-slip. Sebentar saya terangkan. Cuba tengok gambaran dibawah:

Cferrero (CC BY-SA 3.0.)

Jenis garisan itu jelas berbeza. Sesaran biasa nampak berlanggaran runtuh-timbul. Sesaran songsang nampak selapis plat tektonik disumbat masuk bawah satu lagi lapisan plat. Nampak sangat sesaran songsang memang dahsyat. Itulah terjadi pada Acheh dan Tohoku.

Macam mana plat tektonik boleh tersumbat masuk bawah lapisan kedua? Senang jer. Ibaratkan orang tua menindas anak muda: batu-batu lama ‘naik atas’ batu-batu baru.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sesaran songsang dip-slip selalu dibawah 45 darjah (lower angle).  Lagi rendah tak bermakna tidak merbahaya. Pergerakan blok batu sebenarnya lagi luas bagi dip-slip 15 darjah.

Benda ni dipanggil overthrust fault. Jadi sekarang kalian boleh faham kenapa tsunami yang terjadi. Jika magnitud gempa berskala 9.0, maknanya gempa tersebut adalah megathrust earthquake.

Senarai Gempa Bumi Ikut Jenis

Berikut adalah senarai gempa paling dahsyat dalam sejarah serta magnitud dan jenis:

  1. Gempa Valdivia 1960 – 9.5 (dip-slip)
  2. Gempa Great Alaska 1964 – 9.2 (dip-slip)
  3. Gempa Sumatra 2004 – 9.1 (dip-slip)
  4. Gempa Tohoku 2011 – 9.1 (dip-slip)
  5. Gempa Kamchatka (1952) – 9.0 * (tidak diketahui)
  6. Gempa Maule (2010) – 8.8 (dip-slip)
  7. Gempa Ecuador-Colombia 1906 – 8.8 (dip-slip)
  8. Gempa Rat Islands 1965 – 8.7 (dip-slip)
  9. Gempa Assam Tibet 1950 – 8.6 (strike-slip) ßgempa di darat paling kuat dalam rekod.
  10. Gempa Bumi Sumatra 2012 – 8.6 (strike-slip)

Kalau korang berminat dengan topik-topik misteri dan sains seperti ini, kami nak cadangkan korang beli buku kami, SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS DALAM KEHIDUPAN. Jom beli sekarang:: https://bit.ly/3Nws0Ja

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply