Baru-baru ini, beberapa penyelidik mendedahkan virus Covid-19 boleh hidup lama pada permukaan beberapa bahan seperti besi tahan karat dan kaca tetapi m4ti selepas beberapa jam berada di atas permukaan gangsa. Bagi Bill Keevil, satu saja perkara yang menghairankannya: bagaimana virus tersebut dapat bertahan lama di atas gangsa sebelum menemui ajal.

Keevil yang juga penyelidik mikrobiologi dari Universiti Southampton telah mengkaji kesan mikrobial ke atas gangsa sejak dua dekad lepas. Di makmalnya, bukan sekali virus penyakit-penyakit merb4haya diuji ke atas gangsa tetapi semuanya m4ti tidak lama selepas didedahkan dengan bahan tersebut. Ini termasuklah virus MERS dan H1N1 (2009) serta Koronavirus 229E (2015).

Keevil berkata, “Salah satu ironi ialah orang memasang besi tahan karat kerana ia nampak bersih. Tetapi perdebatannya di sini ialah berapa kerap kita membersihkannya? Kita masih lagi tidak kerap melakukannya.”

Tetapi jika ada yang mendakwa perkara ini merupakan perkara baru, maka orang sebegini patut dilastik 100 kali. Ini kerana tamadun-tamadun purba seperti Mesir Purba dan Phoenician sudah mengetahui keberkesanannya sebagai ejen pembvnvh kuman.

Rekod pertama penggunaan gangsa direkodkan dalam Papirus Smith, dokumen perubatan tertua yang pernah direkodkan dalam sejarah. Malah jika ada yang mengamati hieroglif masyarakat Mesir Purba, tamadun tersebut mengelaskan simbol ankh yang bermaksud kehidupan abadi sebagai lambang gangsa.

Sejauh 1600 SM, Tamadun China memanfaatkan syiling gangsa sebagai cara mengubati penyakit hati, sakit perut dan gangguan pada pundi. Kerajaan Phoenician yang dikenali kerana sebagai pelayar yang hebat mengikis sebahagian pedang gangsa mereka untuk dijadikan sebagai ejen pembvnvh kuman pada luka mereka.

Dan menurut Profesor Michael G. Schmidt dari Universiti Perubatan South Carolina, wanita pada era berkenaan tahu ahli keluarga mereka tidak akan mengalami cirit-birit yang kerap sekiranya minum dari gelas gangsa. Dan pengetahuan tersebut disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Paling penting, ia bertahan lama dan terus melakukan kerja membasmi kuman sehingga hari ini.

Jadi, bagaimana gangsa boleh menjadi Terminator yang ditakuti virus dan kuman ini? Rahsianya ialah pada sejenis elektron bebas dalam bahagian luar kawasan orbital elektron dan mudah saja menyertai proses pengurangan pengoksidaan. Ciri ini juga menjadikan gangsa sebagai konduktor elektrik yang baik.

Menurut Keevil, apabila mikrob mendarat pada permukaan gangsa, ion akan men3mbak patogen bertubi-tubi bak p3luru berpandu, menghalangnya dari bernafas dan menghasilkan lubang pada sel membran atau lapisan virus. Proses ini sekaligus mempercepatkan usaha membvnvh kuman.

Tambah Schmidt lagi, ion-ion gangsa akan mencari dan memburu DNA dan RNA virus sekaligus menghalangnya dari mengalami mutasi dan menjadi kuman yang kebal dari sebarang ubat-ubatan. Kajian Keevil dan Schmidt ini sudah dibuktikan menerusi penerbitan beberapa jurnal.

Misalnya, satu kajian yang dibuat Schmidt selama dua tahun membabitkan katil yang mempunyai permukaan plastik dan permukaan gangsa mendapati katil permukaan plastik melebihi standard risiko jangkitan kuman sebanyak 90%. Tetapi bagi katil yang mempunyai permukaan gangsa, ia hanya melebihi standard sebanyak 9%.

Keevil dan Schmidt turut mendapati dengan memasang permukaan gangsa sebanyak 10% di hospital, ia sudah cukup untuk menghentikan penularan jangkitan dan menjimatkan kos rawatan pesakit sebanyak AS$1,176 sehari. Tetapi anehnya, hospital dilihat tidak berminat melakukannya di sebalik pelbagai penemuan menarik membabitkan gangsa dan kuman.

Bagi penyelidik Shannon Hinsa-Leisure, jawapannya mudah saja: kos. Di Amerika Syarikat, lebih murah menggantikan peralatan atau bahagian semasa kerja-kerja pengubahsuaian berjalan berbanding menggantikannya semasa ia masih digunakan.

Tetapi itu tidak menghalang penggunaan gangsa di tempat-tempat awam. Misalnya di Chile dan Peru, ia sudah digunakan di stesen-stesen pengangkutan awam dan hospital-hospital. Manakala Perancis dan Poland pula sudah mula melaksanakan penggunaan permukaan aloi gangsa di hospital-hospital.

Amat menarik sekiranya perkara ini dilaksanakan di Malaysia terutama di hospital-hospital atau kawasan tumpuan awam. Jika ia berkesan mencegah penularan patogen sepanjang lipatan sejarah, ia amat berbaloi untuk dilaksanakan.

RUJUKAN:

Morrison, Jim. (2020). Copper’s Virus-Killing Powers Were Known Even to the Ancients. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/science-nature/copper-virus-kill-180974655/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.