Jamaica Avenue ialah sebuah laluan komersial yang menghubungkan Fulton Street dan NY 25 (Jericho Turnpike). Di sini sebuah peruncit permainan video GameStop membuka sebuah cawangan di antara dua kedai pakaian lelaki iaitu Portabella dan XIOS.

Tidak jauh dari situ ialah Margherita Pizza yang sangat popular dengan kaedah pemasaran “take out”. Pada waktu malam, kedai GameStop akan tutup dengan pintu besinya disembur grafiti.

Kedai ini sangat sesuai dijadikan contoh keadaan GameStop seluruh negara: semakin melingkup, oleh kerana kuasa Internet seperti Steam misalnya (Calvin, 2017).

Bagi tahun 2016 sahaja, GameStop melaporkan jualan yang menurun sebanyak 16.4 peratus (Kezar, 2017). Ramai orang sudah tidak perlu cakera padat untuk permainan video. Itulah gelombang digitalisasi yang membµnµh pasaran fizikal.

Untuk empat tahun seterusnya, GameStop hanya menahan pilu kerana perniagaan yang semakin menguncup. 150 kedai telah tutup (Armental, 2017). Ada kebarangkalian syarikat ini akan dijual juga.

Kemudian Paul Raines terpaksa melepaskan jawatannya sebagai CEO GameStop disebabkan tµm-or otak. Raines meninggal dunia pada 4 Mac 2018, tidak mampu mengembalikan GameSpot ke zaman kegemilangan semula.

GameStop melaksanakan pelan pemulihan yang digelar Reboot. GameStop Reboot ialah kerjasama dengan sebuah syarikat rekaan R/GA, yang memberikan pengguna kesempatan untuk menguji sesuatu permainan video.

Tetapi GameStop terpaksa membuang pekerja pada tahun 2019… sebelum COVID-19 melanda.

Kejutan Dalam Diam

COVID-19 dibendung dengan penutupan ekonomi di seluruh dunia yang menyebabkan pembuangan kerja dan pengurangan gaji. Secara teori, jualan GameStop tentu sekali menguncup lagi.

Banyak berita mesti melaporkan tentang kejatuhan GameStop, penutupan kedai dan juga operasi yang tamat. Walaupun sebahagiannya berlaku, GameStop masih menongkah masuk ke Januari 2021… iaitu bulan seluruh Wall Street tanpa henti berbicara tentangnya.

Bercakap pasal Wall Street, topik ini mesti tentang pasaran saham. Sepanjang tahun 2020, nilai saham GameStop berada dalam lingkungan AS$4.13 hingga AS$18.84 bagi setiap unit. Kadar ini naik turun secara semulajadi.

GameStop mengimbangi nilai sebegini selama 12 hari, sebelum melambung luar biasa. Bermula 13 Januari 2021, nilai setiap unit mencecah AS$31.40. Seminggu kemudian, GameStop menghampiri paras AS$40 seunit… tetapi pada 27 Januari 2021, nilai saham GameStop melonjak tinggi ke paras AS$347.51 seunit.

Sebuah saham hanya boleh melambung 10 kali ganda tinggi atas dua sebab sahaja: 1) faktor semulajadi atau 2) penjualan singkat (short selling).

Mana Satu Buat GameStop?

Lonjakan besar GameStop berlaku kerana Reddit, dimana sekumpulan pengguna berbincang tentang ramalan Citron Research. Menurut Citron, nilai saham GameStop akan menurun (Lyons, 2021).

Pengguna-pengguna Reddit kemudian meminjam saham untuk menjual… kemudian mereka membeli balik (buy back) kemudian untuk memulangkan saham tersebut. Untuk penjelasan yang lebih marhaen, begini ceritanya:

Bayangkan Call of Duty membuat keluaran baru – anggap saja nama “ABC”. Katakanlah mereka menyediakan sejuta unit dengan nilai AS$50 setiap satu. Jadi pengeluarnya (katakan Treyarch juga) menjangkakan  1,000,000 x 50 = AS$50 juta. Semua unit dimiliki Treyarch, dan ada seorang perantara (orang tengah) bernama Helmi.

Dalam dunia saham, Helmi ialah broker saham.

Helmi mencari pembeli untuk Treyarch tetapi menjual setiap unit dengan harga AS$51 (untung AS$1 untuk dirinya). Aiman, Amir dan Asyraf terdengar pasal Helmi. Lalu mereka pun membeli.

Masa itu orang lain juga sibuk membeli. Lama-lama, mereka bosan – tetapi semua tidak boleh menjual. Apabila orang kurang beli, harga Call of Duty ABC turun menjadi AS$30

Kemudian datang pula Azam yang membawa pemikiran cari untung. Azam kaya raya. Dia tahu nilai akan turun… tetapi dia enggan membeli Call of Duty ABC kerana tidak mahu membuang duit.

Jadi dia menghubungi kawan lamanya, Helmi. “Woi, kau kenal tak sapa-sapa yang dah beli game kau?”

“Ada,” kata Helmi. “Tiga unit. Satu AS$30.”

“Cun! Aku bayar kau AS$3 satu unit tapi aku nak pinjam jer. Tiga bulan boleh?”

Helmi tahu yang Aiman, Amir dan Asyraf tidak kisah. Jadi dia pun bagi saja.

Azam pula pandai. Dia jual ketiga-tiganya pada harga pasaran AS$30 satu unit. Buta-buta dia dapat AS$90, padahal tiga unitnya dimiliki orang lain.

Tiga bulan kemudian, harga Call of Duty ABC sudah turun. Sekarang AS$10 pula! Azam perlu kembalikan tiga unitnya kepada Helmi. Jadi dia membeli tiga unit di kedai untuk memulangkan. Pinjam AS$1 satu unit. Jual AS$30 satu unit. Beli AS$10 satu unit. Untung buta AS$19.

Dalam saham, perbuatan ini dipanggil short-selling. Dan bayangkan yang tiba-tiba pengguna Reddit menyedari akan perbuatan ini, telah bersatu untuk membeli saham-saham Gamestop tidak turun, sekaligus menaikkan harganya beratus kali ganda lebih tinggi daripada asal.

Jadi sekarang ni yang buat short-selling sedang mengalami kerugian berbilion ringgit apabila terpaksa membeli semula saham yang dijual pada awalnya pada harga yang sangat-sangat tinggi. Tiada untung yang dicari, tetapi rugi mencanak naik.

Berbalik Kepada GameStop

Dalam isu GameStop, Azam ialah Melvin Capital yang walau bagaimanapun menyusut 30 peratus daripada nilainya.

Tetapi lonjakan besar GameStop mendapat perhatian Joe Biden yang baru memulakan kariernya sebagai Presiden Amerika Syarikat (Sweney & Rushe, 2021).

Kerana perbuatan short selling boleh menyebabkan pasaran saham tidak lagi stabil. GameStop sebenarnya telah menjadi pertembungan antara kumpulan pelabur kecil dengan konsortium gergasi Wall Street (Helmore, 2021).

Masalahnya, kerana GameStop juga, dua blok politik Amerika Syarikat sedang bercak-aran. Disebabkan saham GameStop melonjak tinggi, platform dagangan Robinhood membuat tindakan untuk halang pembelian supaya short-selling dapat dihentikan (Thorbecke, 2021).

Halangan ini dikritik Alexandria Ocasio-Cortez yang lama mewarnai politik Amerika Syarikat bersama Ilhan Omar dan Rashida Tlaib.

Ocasio-Cortez berpakaian hitam.

Ocasio-Cortez berhujah bahawa pihak kewangan perlu membuat perbicaraan terlebih dahulu, kerana selama ini gergasi Wall Street membuat perkara sama (Jacobo, 2021). Kiranya, Wall Street buat boleh; orang bawahan buat jadi kecoh pula.

Menurut Senator Ohio daripada Parti Democratic iaitu Sherrod Brown, “pihak Wall Street hanya kisah pasal peraturan kewangan ketika diba-ntai saja.”

Siapa sangka bahawa peruncit permainan video yang empat tahun dalam kejatuhan boleh mencetuskan kekecohan sebegini.

RUJUKAN:

Armental, M. (2017, Mac 23). GameStop closing at least 150 stores amid sales decline. The Wall Street Journal.

Calvin, A. (2017, Januari 5). ERA: 2016 physical games revenue down 16.4% year-on-year, but digital up 12.1%. McV Develop.

Helmore, E. (2021, Januari 27). How GameStop found itself at the center of a groundbreaking (ditapiskan) between Wall Street and small investors. The Guardian.

Jacobo, J. (2021, Januari 29). Alexandria Ocasio-Cortez reacts to Ted Cruz’s tweet on GameStop: ‘You almost had me (ditapiskan’. ABC News.

Kezar, K. (2017, Januari 13). No reindeer games: GameStop posts 16 percent holiday sales drop. Dallas Business Journal.

Lyons, K. (2021, Januari 22). GameStop stock halts trading after Reddit drama. The Verge.

Sweney, M., & Rushe, D. (2021, Januari 28). White House ‘monitoring’ GameStop share surge as US hedge fund pulls out. The Guardian.

Thorbecke, C. (2021, Januari 29). Robinhood abruptly restricts transactions for GameStop stock. ABC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.