Pada 2 Mei 2016, Youtube channel milik syarikat Call of Duty telah memuat naikkan trailer permainan video mereka yang terbaru yang berjudul Call of Duty: Infinite Warfare. Dalam satu minggu sahaja, video tersebut telah ditonton oleh 14.1 juta orang dan menerima sebanyak 1.2 juta ‘dislike’ serta mempunyai 261 ribu ‘likes’.
Pada bulan Jun ini, jumlah dislike telah mencecah 2.8 juta. Kebencian terhadap Call of Duty: Infinite Warfare menjadi viral di semua komuniti gamer di pelbagai platform. Bagi menunjukkan kebencian mereka lagi, Meme, Vines, artikel lucu dan komedi bertemakan kebencian komuniti gamer terhadap permainan video ini muncul dengan banyak di sosial media, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Akibatnya, kebencian komuniti terhadap Call of Duty: Infitnite Warfare menjadi lebih viral.
Oleh itu pada hari ini, admin ingin megupas sebab-sebab komuniti gamers begitu benci Call of Duty: Infinite Warfare.
1. Call of Duty: Infinite Warfare tidak menepati permintaan atau hajat komuniti Call Of Duty (COD).
Sejak keluarnya Call of Duty: Ghost, ramai peminat Call of Duty inginkan satu lagi keluaran permainan Call of Duty, tetapi kali ini mereka menginginkan tema Perang Dunia Ke-2.
Hal ini demikian kerana, komuniti Call of Duty sudah bosan dengan tema futuristik dan sci-fi sejak 2011 lagi. Malah, terdapat banyak permainan video ‘First Person Shooter’ lain yang bertemakan sci-fi dan futuristik seperti francais Halo, Deadspace dan lain-lain.
Jadi mereka pun berkata, “Apa uniknya Call of Duty berbanding dengan permainan FPS yang lain?”.
Selain itu, Syarikat Infinity Ward telah mengeluarkan 5 permainan Call of Duty yang bertemakan sci-fi dan futiristik. Apa lagi? Bosanlah kalau mereka main permainan video yang mempunyai tema yang sama sahaja.
Oleh hal yang demikian, mereka meminta para pemaju dan Studio Call of Duty (COD) untuk mengeluarkan satu lagi permainan COD tetapi kali ini, mempunyai tema yang berbeza. Tambahan itu, komuniti COD telah memberitahu hajat dan permintaan mereka di dalam pelbagai forum dan media sosial untuk mendapat perhatian para pemaju COD.
Saya tiada hak untuk bercakap buruk tentang para pemaju COD, tetapi menurut beberapa video dan ‘post’ yang telah dimuat naik oleh para peminat COD di Youtube dan Reddit; para pemaju COD mengendahkan permintaan komuniti dan telah mengeluarkan Call of Duty:Infinite Warfare. Tindakan ini, dikatakan kurang ajar dan menunjukkan bahawa para pemaju COD tidak peduli akan komuniti mereka.
Untuk mengukuhkan bukti ini, terdapat banyak rungutan oleh para peminat COD di bahagian komen trailer tersebut dan di Reddit.
2. Tindakan monopoli dan permainan eksklusif Call of Duty 4: Modern Warfare ‘remastered’.
Sebelum keluarnya trailer Call of Duty: Infinite Warfare, para peminat COD boleh dikatakan bergembira setelah mendapat berita bahawa Infinity Ward akan mengeluarkan Call of Duty 4: Modern Warfare ‘remastered’ (COD 4). Berita gembira ini tersebar dengan luas di media sosial seperti Twitter, Reddit, Facebook dan Steam. Terdapat banyak, artikel, ‘review’ positif , dan komen positif tentang tindakan Infinity Ward ini.
Namun begitu, kegembiraan mereka tidak hidup lama. Setelah keluarnya Call of Duty: Infinite Warfare, semua peminat COD terkejut dengan berita yang mereka terima. Hal ini sedemikian kerana, satu-satunya cara untuk mendapatkan Call of Duty 4: Modern Warfare ‘remastered’ ialah dengan membeli Call of Duty: Infinite Warfare.
Tindakan ini dikatakan amat kedekut dan satu cara untuk memonopoli para gamer. Ramai ‘gamer’ marah kerana mereka perlu mengeluarkan duit yang banyak hanya untuk mendapatkan dua permainan video, sedangkan mereka inginkan satu permainan video sahaja.
Lebih teruk lagi, mereka tidak boleh membeli Call of Duty 4 secara berasingan. Mereka perlu membeli Call of Duty: Infinite Warfare untuk mendapatkan COD 4.
Sepatutnya, Infinity Ward mengasingkan kedua-dua permainan tersebut dan memberikan diskaun untuk COD 4. Permainan video amatlah mahal, apatah lagi duit bukannya dengan senang tumbuh di atas pokok.
3. Kekurangan inovasi ‘gameplay’
Faktor ini berkait rapat dengan faktor 1 di atas. Francais Call of Duty mempunyai ‘gameplay’ yang sama dalam setiap permainan mereka. ‘Gameplay’ ini sering berulang, dari Call of Duty: Black Ops 2 dan Black Ops 3, sehinggalah Call of Duty: Infinite Warfare. Kekurangan inovasi ini amat mengecewakan. Sepatutnya para pemaju haruslah menginovasikan ‘gameplay’ permainan mereka.
Call of Duty: Infinite Warfare mengecewakan lagi para ‘gamer’ kerana ia mempunyai ‘gameplay’ yang sama sahaja dengan permainan COD yang sebelum ini. Dalam kata-kata lain, gameplay Call of Duty sering berulang.
Perbezaannya hanya merangkumi ‘maps’, nama- nama ‘perks’ (perks sama sahaja dengan permainan sebelum ini, nama saja yang ditukarkan), ‘kill streaks’ dan senjata.
“Studio-studio francais COD seakan-akan terlalu takut untuk mengambil risko dan mencuba benda baharu, ketakutan inilah yang akan mencemarkan dan mencederakan prestij francais COD….”
-jackfrags, Youtuber.
4. Persaingan sengit dengan Battlefield 1
Francais permainan video Battlefield merupakan salah satu francais permainan video yang paling terkenal di kalangan ‘gamer’.
Battlefield dan Call of Duty boleh dikatakan musuh sejak azali lagi. Kedua-dua permainan video tersebut bergenre ‘First Person Shooter’ dan akan selalu cuba mengatasi satu sama lain. Jika anda lihat, Battlefield dan COD, sering mengeluarkan satu permainan baru untuk mengatasi satu sama lain dan memperkenalkan pelbagai promosi untuk menarik minat para ‘gamer’. Mereka akan melakukan diskaun, DLC, senjata premium, ‘weapons skins’ , ‘vehicle skins’ dan lain-lain.
Malah, kedua-dua telah menaja beberapa orang Twitch Streamers dan Youtubers untuk bermain Call of Duty atau Battlefield 1, hanya untuk mempromosikan permainan video mereka secara online.
Pada 6 May 2016, 4 hari selepas keluarnya video Call of Duty: Infinite Warfare, munculah video paling “bad ass” dan hebat di Youtube. Video tersebut ialah Battlefield 1: Reveal trailer.
Tidak seperti francais Call of Duty, Battlefield tidak mengambil jalan yang sama iaitu tema futiristik dan sci-fi. Tetapi, mereka memilih tema Perang Dunia Pertama atau lebih dikenali di dalam sejarah sebagai “The Great War”.
Oleh kerana betapa hebatnya dan ‘bad ass’ trailer Battlefield 1, para peminat Battlefield atau komuniti Battlefield telah menggunakan peluang ini untuk mengkritik dan menghentam francais Call of Duty. Malah,salah seorang pemaju Battlefield 1 telah menulis satu tweet yang berbaur provokasi terhadap francais Call of Duty dan mendapat populariti dalam masa beberapa jam sahaja. Namun begitu, tweet tersebut telah dipadam keesokan harinya. Mengapa tiba-tiba dipadam? Ada yang membuat spekulasi bahawa dia disuruh untuk berbuat begitu kerana takut disaman oleh para pemaju Call of Duty dan ada yang berkata bahawa tindakan tersebut hanyalah sementara untuk meningkatkan populariti Battlefield dan menularkan lagi kebencian terhadap Call of Duty di kalangan para ‘gamer’.
Untuk mendapatkan lagi perhatian, trailer video Battlfield 1 telah menunjukkan pelbagai senjata, kenderaan, dan gamemode baru yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana permainan video ‘FPS’ lagi. Lantaran itu, permainan video ini telah menarik minat para peminat sejarah Perang Dunia Pertama. Contohnya, terdapat satu video yang dibuat oleh seorang Youtuber yang telah mengupas setiap senjata, kenderaan dan watak bersejarah yang mungkin akan ditunjukkan di dalam Battlefield 1.
Antara watak-watak bersejarah yang mungkin keluar ialah:
1)The Red Baron
2)The Harlem Hellfighters
3)Dominic ‘Fats’ McCarthy
Selain itu, terdapat gamemode dan peta yang berdasarkan peristiwa benar yang mungkin akan dikeluarkan, contohnya:
1)The Battle of Verdun
2)The Battle of Jutland
3)The Battle of Vimy Ridge
4) Gallipoli
Francais Battlefield mempunyai satu prinsipal yang penting iaitu mereka akan cuba mencipta permainan video yang paling realistik. Video Battlefield 1, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai permainan video perang dan ‘FPS’ yang paling realistik di kalangan para ‘gamer’.
Maka betulah apa yang dikatakan di dalam motto francais Battlefield:
“Only in Battlefield”
Jika dibandingkan dengan francais Call of Duty, Call of Duty bukanlah begitu realistik. Jika anda lihat, 5 permainan mereka sebelum ini hanya bertemakan sci-fi dan sekadar fiskyen sahaja.
Keunikan watak, pertempuran bersejarah, senjata, kenderaan, gameplay, gamemode dan maps Battlefield 1 menarik lagi perhatian para ‘gamer’ daripada pelbagai platform dan telah mencuri hati para peminat COD.
——————
-OF-
*Gamber menunjukkan Call of Duty (kiri) vs Battlefield 1 (kanan).
**Artikel ini merupakan satu repost.
Sumber:
1 ) DBottinsFTW. ‘Why Do People Hate Infinite Warfare? Why the Call of Duty Infinite Warfare Reveal Trailer got REKT’, Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=b72qpGpCpEk
2) Jackfrags. Youtube: https://www.youtube.com/user/jackfrags/videos
3) Reddit, Why is Call of Duty: Infinite Warfare so hated after just one trailer?
https://www.reddit.com/…/why_is_call_of_duty_infinite_warf…/
4. Why fans already hate Call of Duty Infinite Warfare http://www.looper.com/…/fans-already-hate-call-duty-infini…/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih