Di bawah ialah sebuah kumai (scroll) abad ke-15, sijil yang dianugerahkan kepada “Hajjah Maimunah” usai ibadat haji, rukun Islam kelima.
Digambarkan bersama sijil ini ialah Kaabah dan lokasi penting serta butiran geografi yang ditemukan jemaah Haji.
Padanya dinyatakan bahawa “Hajjah Maimunah” adalah anak kepada Muhammad ibn Abdullah al-Zardali, mengerjakan Haji di Mekah dan ziarah Rasulullah di Madinah pada 836H/1433M.
Ianya adalah 50 tahun sebelum Hang Tuah bersama rombongan diplomatiknya mengerjakan Haji.
Kumai ini memuatkan tempat-tempat suci umat Islam, malah dilabelkan juga makam dan tempat penting lain yang menjadi tumpuan semasa musim Haji, dilukis dan ditulis dalam kaligrafi Arab dan kerawang emas dengan petikan ayat-ayat Al-Quran.
Ini pula gambaran Kaabah, sebahagian panduan perjalanan dan ibadah untuk jemaah Haji, berjudul Risalah Majmu‘ah fi Manasik al-Hajj oleh Muhammad Azahari bin Abdullah, diterbitkan di Singapura pada 1900.
Semua dokumen ini diambil dan dirujuk dari British Library.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih