Aelius Galenus atau Claudius Galenus adalah antara tokoh perubatan dan falsafah Yunani yang terkenal semasa era Rom. Beliau lebih dikenali sebagai Galen of Pergamon sempena nama tempat beliau lahir. Pergamon ialah bandar purba yang hari ini dikenali sebagai Turki. Galen mempengaruhi perkembangan pelbagai disiplin saintifik, termasuk anatomi, fisiologi, patologi, farmakologi, dan neurologi, serta falsafah.
Galen dilahirkan pada tahun 129 masihi. Lahir sebagai anak kepada seorang artikek berjaya membuatkan dia terdedah dengan ilmu semenjak kecil. Bapanya, Nicon, adalah seorang arkitek dan ahli matematik yang sangat terkenal. Beliau bercita-cita tinggi, untuk melihat anaknya menjadi salah seorang tokoh terkenal di Pergamon. Dia juga mengajar anaknya untuk tidak mengikuti mana-mana ideologi atau pemikiran tetapi menilai setiap isu mengikut cara sendiri.
12 Tahun Belajar
Dia dihantar belajar di Greece, di Alexandria dan beberapa wilayah lain di Asia Minor (Anatolia – Sempadan antara Asia dan Eropah). Galen mengambil masa 12 tahun belajar tentang perubatan daripada pelbagai ahli perubatan sebelum kembali ke Pergamon.
Galen menjadi doktor pelatih di sebuah hospital / hospital kesihatan kelas atas tempatan, belajar tentang kaedah perubatan selama hampir empat tahun, terutamanya dari Satyrus, seorang ahli perubatan terkenal.
Dia pulang ke rumah dan menjadi ketua doktor ke sekolah gladiator di Pergamum. Pengalamannya ketika merawat para gladiator membuatkan dia banyak pengalaman merawat luka. Dia belajar cara terbaik merawat luka dan trauma, dan juga mengetahui betapa pentingnya amalan kebersihan yang baik. Dia mengurangkan kadar kematian di kalangan gladiators secara mendadak.
Pengalamannya menjelajah negara-negara Mediterranean mendedahkan dirinya kepada pelbagai teori dan penemuan perubatan sebelum menetap di Rom, di mana beliau berkhidmat sebagai ahli masyarakat Rom yang terkemuka dan akhirnya diberi kedudukan doktor peribadi untuk beberapa maharaja.
Semasa tahun 168-169 masihi, dia dipanggil oleh maharaja bersama Lucius Verus dan Marcus Aurelius untuk menemani mereka dalam kempen ketenteraan di utara Itali. Selepas kematian secara tiba-tiba Verus pada 169 masihi, Galen kembali ke Rom. Galen berkhidmat kepada Marcus Aurelius dan kemudian berkhidmat kepada Commodus dan Septimius Severus sebagai ahli perubatan peribadi.
Sumbangan Galen
Galen memperkenalkan kaedah eksperimen dalam penyelidikan perubatan.Dia menganggap anatomi adalah asas kepada ilmu perubatan. Dia banyak melakukan pembedahan pada sampel haiwan dalam usaha untuk memahami fungsi organ tubuh. Sesetengah pemerhatian anatomi dan fisiologinya adalah tepat – sebagai contoh, dia membuktikan bahawa air kencing terbentuk di dalam buah pinggang. Penemuannya yang paling penting adalah bahawa arteri membawa darah. (BBC, 2014)
Selama 400 tahun sebelum itu, ahli perubatan berpendapat salur arteri berfungsi hanya untuk mengangkut udara dalam tubuh. (britannica, 2019) Beliau menyatakan tentang tujuh pasang saraf kranial, memberi gambaran injap jantung manusia, dan menyatakan perbezaan struktur antara arteri dan urat.
Galen melihat tubuh badan manusia terdiri daripada tiga sistem yang saling berkaitan:
- otak dan saraf, yang bertanggungjawab untuk sensasi dan pemikiran
- jantung dan arteri, yang bertanggungjawab untuk memberi tenaga kepada kehidupan
- hati dan urat, bertanggungjawab terhadap pemakanan dan pertumbuhan.
Galen menyebutkan nama tokoh perubatan terdahulu dalam buku-bukunya, memelihara nama mereka dalam sejarah. Dia menyifatkan segala penemuannya ialah hasil usaha pakar perubatan Yunani yang lebih awal, seperti Hippocrates, Herophilos, Celsus, Alcmaeon, Praxagoras, Herophilos, Erasistratus dan Asclepiades. Melalui Galen kita belajar tentang penemuan beberapa saintis dan pakar yang telah dibuat sebelumnya.
Aelius Galenus meninggal dunia pada tahun 216 masihi, pada usia 86 tahun. Selama lebih dari seribu tahun selepas kematiannya, nama Galen masih dikenang dengan pencapaiannya yang luar biasa dalam ilmu perubatan.
RUJUKAN:
- Historic Figure (2014) BBC History. http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/galen.shtml
- Vivian Nutton (2019) Galen, Greek Physician, Britannica. https://www.britannica.com/biography/Galen
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih