Antara legasi terpenting Shinzo Abe selain Abenomics dan Olimpik 2020, tentulah gagasan “Asia’s Security Diamond”. Gagasan ini dikemukakan oleh Abe pada 2012, beberapa hari selepas beliau memimpin LDP menang landslide dalam PRU 2012 dan kembali menjadi PM Jepun buat kali ke-2.

Gagasan ini membayangkan Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan India akan membentuk satu pakatan yang menjamin keselamatan Asia Pasifik. Disebabkan kedudukan empat negara ini membentuk satu bentuk berlian, maka dipanggil Security “Diamond”.
Semasa Abe pertama kali jadi PM (2006-2007), beliau pun pernah melawat India dan memberi ucapan terkenal yang bertajuk Futatsu no Umi no Majiwari (2つの海の交わり) atau “The Confluence of the Two Seas”, di mana Abe ajak India untuk membentuk pakatan dengan Jepun.
Shinzo Abe bersama Manmohan Singh, pendahulu Narendra Modi.

“Two Seas” merujuk kepada Lautan Pasifik (Pacific Ocean) dan Lautan Hindi (Indian Ocean). Hari ini orang duk sembang “Indo-Pacific” ini “Indo-Pacific” itu, dan arkitek utama gagasan Indo-Pacific itu adalah mendiang Abe. Abe dan sifunya Junichiro Koizumi tergolong dalam Sekolah Pemikiran Nobusuke Kishi (yang merupakan atuk sebelah ibu Abe) dalam LDP yang mahu Jepun kembali menjadi negara “normal” yang ada tentera sendiri.

Sebabnya Jepun selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945) dilarang dan melarang diri daripada memiliki pasukan tentera sendiri, sebagai hukuman ke atas jenayahnya dalam perang. Perkara 9 Perlembagaan Jepun 1947 menyatakan Jepun akan melepaskan haknya untuk memulakan peperangan. Jadi pasukan keselamatan Jepun hanya boleh “defend”, tak boleh “offend”. Sebab itu dipanggil Japan Self-DEFENSE Forces (JSDF).

Abe nak ubah keadaan sedia ada, dan beliau memerlukan justifikasi. Dan justifikasi itu ialah Jepun perlu memainkan peranan lebih besar dalam keselamatan serantau gara-gara kebangkitan China. Sebab itu Abe cukup tak popular di kalangan orang China dan juga Korea (Selatan dan Utara). Sebab Jepun yang kembali memiliki tentera mengingatkan diorang pasal kekejaman Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Abe dilihat sebagai saki-baki militaris Jepun yang masih tak insaf-insat dengan perlakuan diorang. Lebih-lebih lagi atuk Abe iaitu Kishi memang seorang penjenayah perang yang disabitkan kesalahan tapi diampunkan kemudian.

Nobusuke Kishi (kiri).

Malah di kalangan orang Jepun sendiri pun ramai yang kurang selesa dengan dasar Abe. Pengalaman perang yang terlampau traumatik membuat kebanyakan orang Jepun memilih jalan pasifisme melebihi keselamatan mahupun prestij antarabangsa.

Dan gagasan Abe ini “mati” antara tahun 2009-2012 sebab kerajaan DPJ yang menggantikan LDP lebih mesra China. Selepas Abe buat comeback, baru gagasan ini dilaksanakan dengan betul-betul dalam bentuk “Quadrilateral Security Dialogue” (Dialog Keselamatan Empat Hala) atau Quad.

Tak kira Obama, Trump atau Biden, semua kerajaan Amerika menjadikan Quad ini sebagai tonggak dalam “grand strategy” untuk mengimbangi kuasa China. Dan selepas Abe letak jawatan pada 2020, gagasan ini masih diteruskan oleh Yoshihide Suga dan Fumio Kishida.

Abe walaupun tidak lagi jadi PM, beliau masih “genro” (elder) dalam parti yang menentukan halatuju dasar. Dan ada desas-desus beliau nak buat comeback lagi next PRU. Namun hajatnya tidak lagi dapat dicapai.

Samada pemergian abadi Abe akan mengakibatkan perubahan halatuju Jepun, masih terlalu awal untuk buat kesimpulan. Samada Abe seorang ultranasionalis militaris seperti yang didakwa oleh negara-negara jiran, juga masih terlalu awal untuk buat kesimpulan. Kadang-kala, foresight dan vision seseorang pemimpin hanya akan dihargai selepas berpuluh-puluh tahun selepas pemergian mereka.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply