Kalau pasal cinta, orang sanggup buat apa sahaja. Kononnya rela merentas lautan api dan pergunungan duri bagai.
Keluar segala ayat poyo yang habis hilang apabila disuruh basuh pinggan. Pengalaman cinta sebegini tiada masalah pun.
Biasalah – orang sanggup buat apa sahaja asalkan hati kekasih terpikat. Tetapi bagaimana jika kekasih sudah terpikat… cuma keluarga enggan memberi restu? Itulah nasib sepasang kekasih yang terikat dengan pemikiran kasta.
Cakap pasal kasta, mesti semua tahu negara mana. Sesungguhnya India masih membawa sistem kasta, meskipun sudah 74 tahun mencapai kemerdekaan.
Kejadian berlaku pada sebuah keluarga Islam di negeri Uttar Pradesh, yang bersempadan dengan Nepal.
Meskipun bersyahadah, dorongan budaya (sistem kasta) masih mempengaruhi fikiran keluarga ini.
Dan pada jam 2 pagi, kampung Bawan Kheri bergegar dengan lolongan seorang wanita.
Cerita yang panjang dipendekkan: seorang gadis bernama Shabnam telah membunuh semua ahli keluarganya.
Kepala mereka hampir terpµtµs, manakala seorang bayi 10 bulan telah dicek.ik sampai ma.ti. Shabnam ditemui dalam keadaan pengsan bersebelahan dengan bapanya, Shaukat Ali.
Kejadian ini berlaku kerana Shaukat enggan merestui hubungan Shabnam dengan kekasihnya, Saleem. Bukan kerana Saleem seorang yang jahat.
Sebaliknya, Shaukat (dan Shabnam) berasal daripada komuniti Saifi… manakala Saleem pula berbangsa Pashtun.
Dan Shabnam dikehendaki berkahwin hanya dalam kalangan Saifi sahaja.
Bencana Kasta Yang Ketinggalan Zaman
Perkahwinan berkasta semakin luntur dalam kalangan rakyat India. Sejak kebelakangan ini, orang ramai selamba berkahwin tanpa menghiraukan batasan kasta.
Tambah pula kerajaan Narendra Modi amat menggalakkan perkahwinan bercampur untuk mencapai penyatuan dalam negara (Financial Express, 2017).
Kerajaan Modi sanggup membayar AS$3,350 lagi kepada sesiapa yang rela berkahwin dengan kasta Dalit. Terlalu gigih kerana dari segi sains, perkahwinan berkasta akan menggalakkan penularan penya.kit kerana “kolam genetik” terhad (Naik, 2020).
Mungkin keluarga Shabnam tidak peduli tentang isu-isu berbangkit. Mereka masih mengekalkan pemikiran yang seseorang harus berkahwin sedarjat.
Sesiapa yang enggan akan dipµkµl. Rantau tersebut (Afghanistan, India dan Pakistan) memang banyak kes yang keluarga sanggup membunuh anak, untuk menutup aib (Judge, 2012). Dalam kes Shaukat Ali, lain pula jadinya.
Pembunuhan beramai-ramai ini dimulakan ketika keluarga Shabnam duduk minum petang bersama.
Tetapi teh petang itu tidak sama dengan minuman dinikmati selama ini. Shabnam didakwa telah mencampurkan bahan pelali dalam bancuhan tersebut. Seorang demi seorang tµmbang – dan akhirnya, Saleem datang dengan sebil.ah kap.ak.
Habis semua kepala dite.basnya. Pihak polis menyelesaikan kes ini dengan mudah. Saleem menyerahkan sen.jata pembunuhan… manakala Shabnam masih menyimpan bungkusan pil yang digunakan.
Merpati Sejoli Bercakaran
Asalnya Shabnam berkata keluarganya dibunuh orang lain. Tetapi polis agak hairan. Pintu dikunci dari dalam. Satu-satunya bukti pembunuhan hanya melibatkan Shabnam.
Jadi pihak pendakwaan berpendapat yang Shabnam cuba membunuh keluarganya demi harta dan cinta. Semasa dibicarakan, merpati sejoli ini saling menuduh antara satu sama lain.
Shabnam berlepas tangan, mendakwa Saleem yang bertanggungjawab. Saleem pun membalas dengan tuduhan rambang: Shabnam hubunginya pada malam kejadian dalam keadaan mab.uk.
Kedua-duanya dijatuhi hµkµman gantµng sampai mati. Shabnam dan Saleem cuba memohon rayuan pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung.
Tetapi keputusan ini dikekalkan. Ramai sudah tahu tentang cinta Shabnam dan Saleem.Tetapi ada satu benda mereka tidak tahu (pada masa itu): Shabnam hamil anak Saleem..
Ini mungkin punca utama mereka membunuh semua orang. Kalau ikut hujah pihak pendakwaan, Shabnam mahu mewarisi semua harta keluarganya demi Saleem dan anaknya. Tetapi pihak pembelaan mempertahankan yang Shabnam hanya tahu semasa menjalani pemeriksaan kesihatan selepas diber.kas polis.
Kejadian ini berlaku pada tahun 2008. Sehingga hari ini, Shabnam dan Saleem masih cuba membuat rayuan. Anak mereka pun tidak berdiam diri, siap memanjangkan permohonan mereka kepada Presiden India lagi.
Sekalipun tidak diampun, mereka hanya mahu hµkµman selain gantµng sampai mati. Sama ada berjaya atau tidak, hanya masa saja dapat menentukan. Perbuatan mereka sangat berat di sisi undang-undang India.
RUJUKAN:
Financial Express. (2017, Disember 6). Modi government push for inter-caste marriages; offers Rs2.5 lakh for marrying Dalit.
Naik, S. (2020, Februari 8). The scientific argument for marrying outside your caste. The Print.
Paramjit, S.J. (2012). Love as (ditapiskan) and Shame: Honor (ditapiskan) in the Punjabi Literary Imagination. Economic and Political Weekly. 47 (44): 44-50.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih