Apa beza antara “buat” dengan “buat buat”?

Buat: membuat/mengerjakan sesuatu
Buat buat: berpura pura mengerjakan sesuatu walhal tidak mengerjakannya. Maknanya boleh menjadi berlawanan dengan maksud perkataan “buat”.

Apa beza antara “pandai” dengan “pandai pandai”?

Pandai: bijak, cerdik, pintar, terpelajar.

Pandai pandai: seperti memandai mandai, berlagak pandai walhal tidaklah pandai, palatao.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Rasanya lelaki yang bijak dan pandai, tak akan suka kepada perempuan yang bodoh, atau nampak bodoh, atau memperbodohkan dirinya, tidak juga suka kepada perempuan yang memandai mandai, atau yang berlagak pandai.

Pernah menonton filem Musang Berjanggut tahun 1959 arahan, tulisan dan lakonan P. Ramlee yang berganding dengan Saadiah? Di dalam filem tersebut, P. Ramlee memegang watak Tun Nila Utama, seorang putera raja negeri Pura Cendana, pergi berkelana mencari jodoh untuk dijadikan isteri setelah dia menolak kesemua anak anak perempuan para menteri yang ingin dijodohkan dengannya oleh Sultan Alam Shah Bana yang merupakan bapa angkatnya.

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, adapun anak datuk datuk menteri sekelian, memang tidak layak menjadi isteri patik, tuanku. Sebab mereka semuanya bukanlah perempuan, tetapi betina semata mata”.
Sultan yang murka dengan perkataan Tun Nila Utama menitahkan beliau diberi 3000 dinar dan tempoh setahun untuk mencari seorang “perempuan” bagi diperisterikan olehnya. Maka Tun Nila pun berkelanalah ke serata negeri.

Setelah sekian lamanya dan setelah gagal menemui perempuan yang dicari, beliau tiba di sebuah negeri, dan bertemu dengan seorang perempuan bernama Puspawangi. Puspawangi ternyata mempunyai pendirian dan kebijaksanaan yang tersendiri, yang berbeza dengan kebanyakan orang sehinggakan Tun Nila pelik melihat perlakuannya sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah Puspawangi.

Setelah bertemu dengan ibu dan ayah Puspawangi, dan setelah Puspawangi berjaya memasak bekalan yang dibawa oleh Tun Nila, yang gagal dibuat oleh kesemua gadis yang ditemui sepanjang perjalanannya sebelum itu, maka Tun Nila pun meminang Puspawangi dan mereka pun berkahwinlah. Setelah berkahwin, Puspawangi terus menunjukkan kepandaian dan “muslihatnya” dalam menjaga maruah dirinya.

Apa yang menarik berkenaan Puspawangi ialah dalam kebijaksanaannya itu, dia tetap menunjukkan sikap yang santun, menghormati orang lain, berdikari dan yang paling menarik ialah sifatnya yang “cerdik” atau dalam Bahasa Inggeris “witty”. Dengan kecerdikannya, dia “mengenakan” para menteri bahkan Sultan Pura Cendana, yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Sifat begini bukanlah asing dalam budaya Melayu, bahkan banyak kisah yang menunjukkan wanita wanita yang memiliki sifat sebegini dan dijadikan tauladan untuk diikuti. Bahkan selain Musang Berjanggut, banyak filem filem Melayu zaman hitam putih memaparkan wanita dengan watak seperti ini contohnya filem “Siti Muslihat” (1962), “Tun Fatimah” (1962) dan banyak lagi.

Di dalam filem “Ahmad Albab” (1968) pula, watak Mastura Binti Masyhur Al Buaya adalah contoh bagaimana seorang suami yang “bodoh bodoh” akhirnya berjaya kerana isterinya, seorang yang santun dalam ketegasannya, bijak dalam percaturan hidupnya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (3)

Kebijaksanaan, kesantunan, dan pandai menjaga penampilan diri (rupa paras) adalah antara sifat yang sentiasa disebut dalam hikayat hikayat Melayu sebagai sifat wanita yang sempurna. Jika wanita itu diibaratkan dengan sekuntum bunga, rupa paras itu ialah kelopaknya, kesantunan dan budi pekerti itu ialah bau harumnya, manakala kebijaksanaan itu ialah madunya. Hilang salah satu sifat itu, maka hilanglah seri kewanitaannya.

Gambar: Filem Musang Berjanggut 1959.

Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan penulis asal, Faiq Khalifa. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.