Pada tahun 1880-an, seorang pewaris kekayaan sebuah jenama a-rak terkemuka dunia iaitu Jameson Whis-key, dipercayai telah membeli seorang gadis yang dijual sebagai hamba berusia 10 tahun agar dia dapat menyaksikan gadis itu menjadi hidangan santapan puak k4nibal.

Jameson Whiskey

Pada tahun 1885, negeri Congo menjadi hak milik peribadi Raja Leopold II dari Belgium. Selama 23 tahun penguasaan kolonial ini, raja tidak pernah menjejakkan kaki di negara ini, namun dia mengeksploitasi sumbernya dan memperhambakan rakyatnya hingga menyebabkan jumlah antara 8 ke 30 juta kem4tian berlaku, yang bererti dia secara harfiah telah mengurangkan separuh penduduk tempatan.

The Force Publique, sebuah pasukan tent3ra yang ditubuhkan oleh raja untuk menyebarkan keg4nasan, dilatih untuk me-nyeksa dan mencacat-kan lelaki, wanita, dan anak-anak, sekaligus mencatatkan salah satu halaman kolonialisme Eropah yang paling memalukan dan berd4rah.

Salah satu konteks tidak berperikemanusiaan di sebalik kolonial ini adalah latar belakang skandal James ‘Sligo’ Jameson, seorang pewaris kekayaan sebuah perusahaan penyulingan wiski Ireland yang masih beroperasi hingga kini. Sebagai seorang naturalis, pemburu dan penjelajah, Jameson menyertai Ekspedisi Bantuan Emin Pasha yang diketuai oleh Sir Henry Morton Stanley pada tahun 1886.

Henry Morton Stanley (tengah; duduk) bersama para petugas Advance Column dari Ekspedisi Bantuan Emin Pasha

Walaupun objektif ekspedisi ini dinyatakan adalah untuk menghantar bekalan bantuan kepada Emin Pasha, seorang pemimpin Empayar Uthmaniyah berketurunan Yahudi tetapi memeluk Kristian yang sedang dikepung oleh pember0ntak, namun matlamat sebenarnya adalah untuk mengembangkan penempatan Negara Bebas Belgium di wilayah Congo.

Pada 25 Februari, tent3ra meninggalkan Zanzibar, menuju ke pusat yang kemudian disebut “Afrika Hitam”.  Skandal itu berlaku ketika mereka tiba di Ribakiba (sebuah bandar yang dikenali hari ini sebagai Lokandu).

Seperti kebanyakan para pewaris kaya berbagai jenis perniagaan besar pada zaman itu, James menganggap dirinya sebagai seorang pengembara, dan dia gemar mengikuti ekspedisi untuk mengikut jejak langkah beberapa para penjelajah yang lebih berjaya, seperti Christopher Columbus misalnya.

Menurut Assad Farran, jurubahasa Jameson, semasa pertemuan dengan pemimpin suku tempatan, para bangsawan Ireland menunjukkan rasa ingin tahu terhadap amalan k4nibalisme. “Di England kami banyak mendengar tentang k4nibal yang memakan orang, tetapi bagi diri saya sendiri, saya ingin melihatnya secara peribadi”, katanya.


Tippu Tip, pedagang hamba yang menjual gadis malang itu kepada Jameson

Para pemimpin suku mengesahkan bahawa antropofagi adalah sangat biasa di kawasan itu, dan mereka menyarankan Jameson untuk memberikan seorang hamba sebagai hadiah kepada salah satu kampung kejiranan. Jadi, dengan harga enam sapu tangan yang tidak masuk akal, Jameson membeli seorang hamba gadis yang baru saja berusia 10 tahun.

Pelbagai sumber juga mengatakan bahawa Jameson berurusan secara langsung dengan Tippu Tip, seorang pedagang hamba dan tukang tempatan. Manakala, menurut Assad Farran, seorang penterjemah Sudan yang dilantik khas dalam perjalanan itu, James menyatakan minatnya untuk meyaksikan amalan budaya k4nibalisme dengan mata kepalanya sendiri.

Ketika sampai di pondok suku asli, gadis itu sambil dipimpin oleh lelaki asli yang membawanya, dibawa ke hadapan puak k4nibal. Lelaki itu memberitahu mereka: “Ini hadiah dari orang kulit putih. Dia mahu melihat bagaimana kita memakannya”. Gadis itu dibawa dan diikat tangannya pada sebatang pokok.

Kira-kira lima orang penduduk asli mengasah pisau. Kemudian seorang lelaki datang dan meni-k4mnya dengan pisau sebanyak dua kali di bahagian perut. Gadis itu tidak menjerit, tetapi dia tahu apa yang sedang berlaku. Dia melihat ke kanan dan kiri, seolah-olah mencari pertolongan.

Selepas di-tik4m, dia m4ti perlahan-lahan. Orang-orang asli kemudian datang dan mula memo-tongnya. Mereka memo-tong kaki, lengan, kepala dan payudara, dan yang lain hanya menyi-ang dan mengeluarkan organ dalaman seperti perutnya.

Setelah daging dibahagi-bahagikan, ada yang membawanya ke sungai untuk mencucinya, dan yang lain terus pulang ke rumah mereka. Sepanjang waktu kejadian itu, Jameson sentiasa memegang buku nota dan pensil di tangannya, membuat lakaran secara kasar di tempat kejadian.

James melukis lakaran secara kasar berdasarkan dari apa yang diingatinya melalui adegan mengerikan itu, kata Farrad dalam keterangannya yang kemudian. “James kemudian pergi ke khemahnya, di mana dia menyiapkan lakarannya dengan cat air.”

Lakaran semula berdasarkan lakaran asli Jameson

Farran Assad menandatangani kenyataan bersumpah mengenai kejadian ini pada tahun 1890, empat tahun selepas peristiwa itu, namun ketika itu Jameson sudah meninggal dunia. Oleh kerana keterangannya mengenai peristiwa itu disahkan oleh saksi lain, skandal itu terbongkar, dan berita itu tersebar dengan pantas dari Eropah ke Amerika Syarikat, di mana kisah itu telah diterbitkan di New York Times.

Janda Jameson kemudian berusaha membersihkan nama suaminya dengan menerbitkan surat yang sepatutnya ditulis sebelum kem4tiannya. Penulisan ini memberikan versi peristiwa yang berbeza: kononnya ia berlaku dengan begitu pantas sehingga Jameson tidak berdaya untuk menghentikan pembvnuhan yang berlaku di depan matanya.

Namun dalam surat itu (yang dipercayai palsu menurut rakan-rakan Jameson) terdapat beberapa maklumat seperti enam sapu tangan yang digunakan untuk membeli gadis kecil itu yang selaras dengan laporan jurubahasa, ini bermakna, jika tujuan surat itu adalah untuk membersihkan nama Jameson selepas kem4tiannya, strategi ini terbukti agak lemah.

Isterinya cuba berdalih seolah-olah James hanya meneruskan proses itu kerana dia percaya bahawa kisah k4nibal itu hanyalah jenaka, dan dia tidak pernah menyangka atau membayangkan bahawa penduduk kampung itu akan benar-benar membvnuh dan memakan  seorang kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, catatan ini gagal menjelaskan mengapa James sanggup membayar dengan nilai enam sapu tangan, satu jumlah yang dibayar untuk sesuatu yang dia tidak percaya akan berlaku. Ia juga gagal menjelaskan mengapa dia bahkan berusaha membuat lakaran peristiwa mengerikan setelah pembvnuhan itu.

Keadaan menjadi semakin keliru apabila Assad menarik balik tuduhannya, menyatakan bahawa kenyataannya telah disalah erti. Namun, semua orang akhirnya mengetahui bahawa, kemungkinan besar, dia terpaksa menarik balik tuduhannya kerana didesak oleh pegawai Belgium.

Walaupun peristiwa ini masih tidak jelas, tetapi peristiwa yang kej4m itu tetap benar-benar berlaku. Seorang saksi lain mengimbau kembali bagaimana ketika itu Jameson tidak mempunyai masalah untuk menceritakan kisah ini, dan bahkan dia tidak menyedari betapa seriusnya tindakannya sehingga skandal ini terbongkar tidak lama kemudian.

“Nyawa sangat murah di Afrika Tengah; Encik Jameson lupa betapa berbezanya perkara mengerikan ini jika berlaku di rumahnya sendiri.”

Lukisan menggambarkan ekspedisi Misi Bantuan Emin Pasha yang dalam perjalanan

Dalam buku diarinya sendiri, James tidak pernah menafikan sepenuhnya bahawa dia yang menulis catatan dan melukis lakaran tersebut, bahkan terdapat pengakuan berbunyi “Apabila saya pulang ke rumah, saya cuba membuat beberapa lakaran kecil pemandangan yang masih segar dalam ingatan saya itu.”

Mungkin, kisah jenayahnya itu benar, tetapi James Jameson tidak pernah sempat didakwa di mahkamah. Dia meninggal dunia tidak lama setelah tuduhan salah laku mereka semasa mengikuti rombongan Stanley. Dia meninggal dunia pada tahun 1888/1889 kerana demam yang berjangkit.

Sepanjang tahun-tahun mengerikan di Congo, melakukan pembvnuhan beramai-ramai adalah perkara biasa di sana, orang Eropah memperlakukan orang asli seperti lembu.

Oleh itu, pada pandangan seorang penjajah, enam helai sapu tangan hanyalah sekadar satu nilai untuk sebuah pertunjukan yang keji lagi memalukan semata-mata demi kepuasan hati seorang bangsa kulit putih yang b4ngsat.

RUJUKAN:

The story of the rear column of the Emin Pasha relief expedition, by James S. Jameson; National Pub. Co; NY, NY, USA; 1892.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.