Baru-baru ini, sekumpulan saintis China dari Institut Paleotologi Vertebra dan Paleoantropologi, Akademi Sains China menemui tiga fosil ikan tu.la.ng yang dikatakan berusia 244 juta tahun. Fosil ikan Peltoperleidus ini dijumpai di satu kawasan di Luoping, Yunnan. Fosil ini merupakan fosil ikan tertua yang pernah dijumpai dan merupakan fosil pertama ikan yang dijejak di luar Eropah.

Rajah 1: Ikan Peltoperleidus. Sumber: PeerJ

Sebelum ini, komuniti saintifik hanya mengetahui ikan ini hidup di kawasan yang hari ini membentuk selatan Switzerland dan utara Itali. Ia mempunyai gigi yang kecil tetapi tajam, sisik yang unik dan muncung tumpul. Dengan penemuan fosil ini, ikan Peltoperleidus hidup dua juta lebih awal daripada yang disangka oleh komuniti saintifik.

Ahli paleontologi yang menemui fosil tersebut, Yu Min menganggap penemuan tersebut sebagai signifikan. Ini kerana penemuan ini sudah pasti mendorong para pengkaji untuk melihat dengan lebih teliti kawasan-kawasan paleogeografi di China dan mengkaji pengagihan genus ikan berkenaan.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Ikan ini merupakan ikan pemangsa yang hidup pada peringkat awal Ladinian semasa era Trias Tengah. Ia mempunyai rahang bawah yang terletak betul-betul di bawah ten.gko.raknya sekaligus membolehkannya menangkap mangsa yang bersaiz besar.

Analisis para saintis mendapati Peltoperleidus dan ikan yang sejenis dengannya mempunyai sirip anal dan dorsal yang fleksibel. Perubahan dari segi evolusi ini menjadikan ikan ini cukup tangkas dalam air.

Rajah 2: Perubahan evolusi pada sirip anal dan sirip dorsal membolehkan Peltoperleidus lebih tangkas dalam air. Sumber: PeerJ.

Ikan yang berukuran satu inci panjang ini turut diliputi dengan sisik romboid. Sisik Peltoperleidus amat licin dan disusun mengikut 34 atau 35 susunan menegak antara sirip kaudal dengan girdel pektoral. Pada setiap sisi ikan, terdapat 14 atau 15 sisik pada 22 susunan melintang, enam atau tujuh di atas garisan lateral.

Ini bukan satu-satunya fosil ikan yang dijumpai oleh saintis China. Pada 2009, mereka menemui fosil ikan bertulang berbeza di ia dianggap yang tertua dan masih dalam keadaan baik. Fosil yang diberi nama Guiyu oneiros ini dilihat menjadi petunjuk kepada sejarah evolusi hidupan vertebra berahang. Ikan tersebut dikatakan berusia 418 juta tahun dan berukuran satu kaki panjang.

RUJUKAN

Liberatore, S. (2021, 27 Oktober). Fossils of extinct 244 million-year-old bony fish are discovered in sediment in China: Oldest specimens of Peltoperleidus are found outside of Europe for the first time.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.