Bukan sesuatu yang asing bila mendengar berita sotong gergasi terperangkap dalam jala nelayan lautan dalam atau terdampar di pantai. Kebiasaannya, sotong sebegini berukuran panjang antara 10 hingga 13 meter dan berat mencecah lebih 300 kg. Tetapi dengan mengamati dua fosil rahang bawah sotong yang ditemui di Empangan Haboro-futamata, Hokkaido pada 2015, sebenarnya nenek moyang mereka jauh lebih besar daripada apa yang kita sangka.
Teori ini dikemukakan oleh sepasukan penyelidik diketuai Kazushige Tanabe menerusi laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Acta Palaeontologica Polonica. Pentarikhan karbon menunjukkan fosil ini berusia sekurang-kurangnya 80 juta tahun sekaligus menempatkannya dalam tempoh akhir Zaman Cretaceous.
Disebabkan kedua-dua rahang masih terpelihara dengan baik, ini membolehkan Tanabe dan rakan-rakan penyelidiknya membandingkan fosil yang ditemui dengan fosil dan spesimen sefalopod hari ini. Perbandingan ini membantu mereka mengenalpasti spesies mana yang paling hampir dengan fosil mereka.
Hasilnya, salah satu daripada rahang fosil yang dikenali dengan nama Nanaimoteuthis hikidai ada kaitan dengan sejenis sotong kurita iaitu sotong pontianak. Dengan mengambil kira saiz muncung dengan saiz badan sotong moden itu, Tanabe percaya panjang badan tanpa semua lengan Nanaimoteuthis hikidai ialah melebihi dua kaki. Ia mungkin kecil di mata manusia tetapi ia masih sesuatu yang besar dalam dunia sotong kurita.
Sementara satu lagi fosil rahang sotong yang diberi nama Haboroteuthis poseidon milik sefalopod yang jauh lebih besar. Ukuran kresta yang dibuat pasukan pengkaji mendapati ia mempunyai panjang 6 cm, jauh lebih besar berbanding sotong gergasi (4.5 cm) atau sotong Humboldt (4.8 cm). Ini menunjukkan spesies haiwan laut purba itu mempunyai saiz sama atau lebih besar daripada spesies sotong gergasi moden.
Penemuan ini turut membuktikan sotong bersaiz seperti Kraken sebenarnya wujud sekurang-kurangnya pada era pra-sejarah. Komuniti saintifik mungkin menganggap kisah Kraken sebagai kisah dongeng tetapi penemuan fosil sebegini menunjukkan tiada yang mustahil dalam dunia haiwan marin purba.
RUJUKAN:
Black, Riley. (2015). Newfound Fossil Octopus and Squid Were Giants. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih