Umum mengetahui bahawa Mesir Purba merupakan antara tamadun paling purba dalam sejarah. Banyak keagungan yang dicipta oleh tamadun hebat ini. Daripada pelbagai infrastruktur yang mengagumkan sepanjang mata memandang, sehinggalah kepada ilmu-ilmu hebat seperti perubatan, matematik dan juga astronomi. Namun, salah satu keagungan Mesir Purba yang jarang dibicarakan ialah kekayaan yang dimilikinya. Kalau Mesir Purba tidak kaya, tak akanlah makam-makam pemerintah Mesir Purba atau lebih dikenali sebagai Firaun ini menjadi mangsa rompakkan para penjarah.
Bercakap mengenai makam firaun, mungkin dari sini kita boleh bermula bercerita kekayaan firaun dalam sejarah. Perkenalkan kepada anda Firaun Tutankhamen yang terkenal dengan penemuan emas-emas yang tidak terbayang dek akal yang dikebumikan bersama dengan jasadnya. Firaun ini Tutankhamen bukanlah sesiapa pun dalam sejarah berbanding banyak lagi firaun. Tetapi pada penemuan yang dijumpai berkaitan di makam beliau:
- Firaun Tut dikebumikan bersama dengan tiga buah keranda.
- Sebuah keranda kuarsit berwarna kuning yang diseliputi oleh emas.
- Terdapat sebuah keranda yang diperbuat daripada emas yang menempatkan jasad Firaun Tut.
- Pada jasadnya pula, terdapat sebuah topeng emas, manakala bahagian tubuhnya pula dihiasai oleh permata bertakhta belian dan barangan kemas yang lain.
- Pada segala perabot yang ditempatkan dalam makamnya pula, ia dilapik oleh daun emas yang diperbuat daripada sebuah kertas.
Bayangkan kekayaan yang dimiliki oleh Firaun Tut sahaja. Pada hari ini, kekayaan yang ditanam di makam tersebut berjumlah lebih 680 juta dollar USA melebihi angka 1.1 Billion ringgit. Itu belum lagi kita bercakap bagaimana Ramses II, yang merupakan firaun teragung dalam sejarah Mesir Purba. Ramses II pada zaman kemuncaknya dikatakan memiliki lebih 200 isteri dan dayang, memiliki sebuah kota yang dibinanya lalu dinamakan di atas namanya sendiri. Betapa pada zamannya, Mesir Purba tidak pernah melihat sebarang projek mega yang dibangunkan ke serata Mesir. Betapa apabila ketika Ramses II mati pada angka 92 tahun, seluruh Mesir Purba menjadi panic kerana menyangka bahawa dunia akan tamat kerana keagungan yang dimilikinya membuatkan Ramses II dipuja laksana TUHAN.
Kalau Firaun Tut dimakamkan bersama dengan segala perhiasan emas, Ramses II pula dimakamkan bersama dengan dia dimumiakan dengan berbagai rempah menyelubungi tubuhnya. Rongga hidungnya sahaja dipenuhi dengan semata-mata rempah termahal abad silam, iaitu lada hitam. Selebih harta yang wujud, telahpun hilang dirompak oleh penjarah makam meninggalkan seribu tanda Tanya kepada kita. Tentulah berganda-ganda daripada kekayaan yang dimiliki seorang raja tidak terkenal seperti Fiaraun Tutankhamen.
Atau mungkin juga kita boleh bercakap mengenai firaun wanita paling kaya dalam sejarah Mesir Purba iaitu Cleopatra. Cleopatra contohnya ditempatkan oleh majalah Money Magazine’s meletakkan dirinya ke tempat ketujuh dalam sejarah, dengan kekayaannya diletakkan bernilai 95 Billion, di mana kalau digabungkan kekayaan milik Elon Musk dan juga pengasas Facebook hari ini iaitu Mark Zuckerberg, masih lagi tidak mampu menandingi kekayaan miliknya. Ini tak hairan kerana betapa ketika itu, Mesir adalah sebuah negara yang kaya raya yang mendapat manfaat dari kekayaan sumber bumi dan perdagangan komoditi seperti kaca, gandum, emas, minyak, papyrus dan banyak lagi. Sebab itu jugalah yang membawa perhatian Julius Caesar daripada Rom memberi perhatian kepada Mesir di bawah Cleopatra.
Atau dalam bercakap mengenai kekayaan para firaun Mesir Purba, tentu tidak akan terlepas daripada bercakap mengenai Amenhotep III yang sering didabik sebagai firaun terkaya dalam sejarah, sehingga kekayaannya seringkali membuatkan para raja-raja kerajaan dan tamadun berdekatan cemburu. Bahkan diceritakan bahawa betapa kayanya Amenhotep III yang terkenal dengan mentadbir lombong emas di Nubia dalam penemuan sebuah surat Amenhotep III.
Surat Amarna yang isi kandungannya adalah dasar diplomasi Amenhotep III meminang puteri-puteri raja dari kerajaan yang berdekatan. Dalam surat itu juga, betapa dinyatakan raja-raja asing dari kerajaan asing tanpa segan silu merayu untuk memiliki emas yang dimiliki oleh Amenhotep III. Amenhotep III menjawab dengan memberikan sedikit kekayaannya, tetapi sentiasa meninggalkan selebihnya membuatkan raja-raja lain semakin kepingin merasai dan menikmati kekayaannya. Sungguh, kekayaan yang membuatkan orang seperti raja cemburu dan menggemis tanpa segan, adalah bukti sebenar-benarnya sebuah kekayaan.
Rujukan:
History Embalmed. (n.d) Egyptian Gold.
Mauseth, James D. (2013) Plants And People.
Public Broadcasting Services. (n.d) Amenhotep III.
The Infografic Show. (2018) How Rich Was Cleopatra and Other Pharaohs?
Veiga, Paul. (2010) Lifestyle Of The Rich And Famous… Egyptians.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih