Sampai sekarang aku pernah terfikir, alangkah eloknya juga apabila berlaku Perang Dunia supaya jumlah populasi manusia dapat dikurangkan.

Mereka yang terselamat dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik daripada sebarang kesempitan seperti peluang kerja, tempat tinggal, peluang pendidikan dan pelbagai lagi.

Tetapi ‘The Thinning’ menyajikan idea yang mungkin lebih baik. Bumi semakin panas, paras air semakin meningkat, manusia semakin ramai. Jadi, tak banyak tempat untuk manusia.

Filem ini berlatarbelakangkan dunia pada masa hadapan yang berkonsep distopia.

Pelbagai rancangan di seluruh dunia untuk mengurangkan populasi manusia. Antaranya adalah satu keluarga, hanya satu anak. Pernah jadi isu pasal ini dulu di media sosial.

Di Amerika pula, mereka menubuhkan sebuah sistem hanya mereka yang berinformasi dan cerdik saja yang boleh tinggal di Amerika. Selebihnya, mereka akan ‘dilupuskan’.

Mereka akan melalui beberapa peringkat ujian sejak dari kecil sehinggalah remaja. Mungkin dalam 18 tahun. Kalau lepas semua ujian, mereka akan dapat terus tinggal di Amerika.

1. Mesej pertama yang dipaparkan dalam filem ini adalah kepentingan menjadi orang yang berinformasi dan berpengetahuan.

Betapa pentingnya orang yang berpengetahuan sehingga pada waktu terdesak, Amerika terpaksa singkirkan mereka yang tidak suka membaca, tidak suka belajar, pemalas dan tidak berpengetahuan.

2. Selepas itu, filem ini memberitahu kecelaruan sistem pendidikan yang tak dapat menjadikan manusia menggunakan ilmu yang dibawa.

Watak dalam filem ini, Laina Michael (Peyton List) mengkritik sistem pendidikan mereka dengan menyatakan apa yang mereka belajar tidak dapat digunakan dalam dunia sebenar.

Sebenarnya, ia peranan kedua-dua belah pihak. Pelajar patut mencari inisiatif bagaimana untuk gunakan ilmu mereka. Sekolah pula patut memberikan panduan kepada pelajar bagaimana untuk menjadikan pengetahuan mereka berguna.

Filem ini mengkritik pengetahuan yang diperoleh hanya melalui ingatan, bukan sebuah kefahaman.

3. Dean Redding (Matthew Glave) tentu disayangi oleh Machiavelli kerana menggerakkan pemerintahan yang membuatkan dia terus berkuasa dan pada masa yang sama disayangi oleh rakyatnya.

Dean melakukan korupsi demi kepentingan peribadi. Kepentingan itu adalah anaknya sendiri. Dia sayangkan anaknya.

Pada klimaks filem, Dean mengambil keputusan yang berani untuk memastikan dia kelihatan ‘bersih’ daripada sebarang korupsi dan pada masa yang sama dia terus disayangi oleh rakyatnya.

Malah, anaknya ‘terkorban’ dan orang yang mempercayainya menghadapi tuduhan berat.

4. Filem ini tidak menunjukkan mereka yang melepasi ujian sebagai orang yang berpengetahuan. Konfliknya lebih menjurus pada untuk mendedahkan konspirasi politik.

Dalam pendedahan itu, tidak menunjukkan sebarang bentuk pentingnya pengetahuan untuk menyelesaikan konflik. Banyak bermain aktiviti fizikal semata-mata.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply