Baru-baru ini, sebuah filem bertajuk ‘The Sacrifice’ dari China telah menimbulkan kemarahan di Korea Selatan apabila terdapat percubaan untuk mengimport dan menayangkan filem tersebut di Korea Selatan.

Filem tersebut merupakan sebuah filem pe.rang yang berkisarkan penglibatan Tentera Merah China dalam Pe.ra.ng Korea dan memaparkan aksi peper.angan dalam pertempuran Kumsong, yakni pertempuran terakhir antara Tentera Merah China dengan Tentera Korea Selatan yang disokong oleh Tentera dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rata-rata veteran Tentera Korea Selatan teramat marah dan telah menuduh Korea Media Rating Board (lebih kurang FINAS Malaysia) sebagai cabang propaganda Tentera Pembebasan Rakyat China.

Apakah tuduhan tersebut berasas? Dan kenapa tuduhan sedemikian?

Secara amnya, penggunaan medium filem sebagai propaganda bukanlah perkara baru. Walaupun sesebuah filem itu bernilai secara komersial, hakikat bahawa sesebuah filem itu adalah propaganda tetap perlu diambil kira.

Mengangkat filem bersifat propaganda sebagai medium hiburan semata-mata adalah kurang sihat, khususnya kalau filem yang diangkat itu memaparkan negara kita sebagai musuh. Keadaan ini boleh berlaku kerana dalam sejarah negara kita, kita pernah terlibat dalam konflik bersenjata dengan jiran kita, Indonesia. Boleh jadi situasi di mana filem mereka memaparkan kita sebagai musuh, khususnya jika filem itu memaparkan era Konfrontasi.

Malah, situasi ini dihadapi Singapura dalam satu situasi yang berbeza sedikit tetapi dengan implikasi sama. Selepas TNI – AL menerima bekas kapal kelas Nakhoda Ragam daripada Brunei dan telah menamakan salah sebuah kapal tersebut sebagai KRI Usman Harun, gabungan nama Usman Janatin dan Harun Said. Mereka berdua dianggap sebagai perwira di Indonesia.

Tetapi dipandang sebagai pengganas di Singapura atas penglibatan mereka dalam mengebom Bangunan MacDonald di Jalan Orchard, Singapura pada 10 Mac 1965 yang mengorbankan 3 orang. Mereka berdua kemudiannya telah dihukum gantung sampai mati.

Filem bersifat propaganda tidak semestinya bersifat cerita pe.ran.g. Mengambil contoh filem animasi Abomination, filem tersebut secara halus mencucuk dunia bahawa Laut China Selatan adalah milik China di mana peta yang dipaparkan dikatakan dipaparkan dalam filem itu memaparkan versi peta dengan sempadan maritim China dalam bentuk 9-garis, atau 9-dash-line.

Tetapi, apakah filem dari China sahaja yang kita labelkan sebagai filem propaganda? Sebenarnya, hampir semua jenis filem pe.ra.ng adalah propaganda, walaupun ditakrifkan sebagai filem sejarah atau filem aksi. Filem-filem seperti Saving Private Ryan, Black Hawk Down, dan banyak lagi sering memaparkan pandangan daripada satu pihak sahaja.

Dan dalam melabelkan filem-filem ini sebagai propaganda, saya teringat apabila saya membuka televisyen dan menonton rancangan dalam tv Unifi, di mana filem Operation Red Sea boleh ditonton secara percuma. Amat jelas sekali, filem itu disokong oleh Tentera Pembebasan Rakyat China dan salah satu penaung kepada filem tersebut adalah unit propaganda PLA. Dan kita juga bebas menyiarkan filem itu di negara kita.

Jika kita melabelkan filem-filem pe.ran.g asing sebagai propaganda, apakah filem kita juga propaganda? Bukit Kepong, Lt Adnan, dan Paskal adalah antara filem tempatan berintonasikan pepe.ran.gan. Filem Bukit Kepong difilemkan dengan bantuan PDRM, filem Lt Adnan serta Paskal dibantu oleh ATM. Malah, filem Darah Satria serta Pbt Badul juga difilemkan dengan bantuan daripada ATM. Apatah lagi ini memaparkan perwira yang telah berkorban demi negara kita.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa filem-filem ini bersifat propaganda, tetapi kalau bukan kita yang mengangkat mereka sebagai wira kita, siapa lagi? Takkan nak mengangkat mereka-mereka yang membunuh dan mencacatkan askar kita sebagai wira?

Dalam hal ini, sememangnya pernah berlaku percubaan untuk mengangkat golongan komunis sebagai hero dalam sebuah filem tempatan dipanggil New Village, di mana golongan tersebut telah dipaparkan sebagai wira bagi penduduk tempatan yang dipaksa berpindah ke dalam kampung baru yang digambarkan sebagai satu langkah penyeksaan.

Filem tersebut akhirnya dibatalkan lesen penayangannya setelah trailer filem tersebut telah dikeluarkan dan telah dilihat sebagai satu percubaan untuk menormalkan perjuangan komunis.

Jadi, apakah filem itu propaganda? Atau hiburan semata-mata? Anda fikirkan sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.