Bagi yang pernah menonton filem Pandora, pastinya anda terkesan dengan babak terakhir filem ini. Seorang lelaki bernama Kang Jae Hyuk (dilakonkan oleh Kang Nam Gil) terpaksa berkorban untuk mengelakkan benc4na lebih besar berlaku.
Filem ini berkisar tentang penduduk sebuah kampung yang berada berdekatan stesen janakuasa nuklear. Penduduk kampung itu rata-ratanya bekerja di stesen janakuasa itu. Walaupun stesen janakuasa itu memberikan pulangan pendapatan kepada penduduk, ada juga sebilangan penduduk yang tidak senang. Mereka menganggap stesen janakuasa itu membawa bahaya dan risiko.
Secara peribadinya saya tidak gemar sikap sebegini. Dalam filem ni dipaparkan mereka menahan bas pekerja yang membawa pekerja dari pusat transit pekerja ke kawasan stesen janakuasa. Dalam babak ni, ada satu perbualan antara kumpulan penunjuk perasaan dan seorang pekerja.
“Kamu semua tak mahu elektrik ke?”
Mereka semua tahu bahawasanya reaktor nuklear berbahaya tapi kemudahan yang didapati daripada janakuasa tu yang mereka guna saban hari. Menahan bas pekerja masuk ke kawasan stesen tu bukanlah satu benda yang baik.
Disebabkan pembinaan stesen janakuasa ni, penduduk kat situ dah tak boleh tangkap ikan. Tapi dari situ, terdapat kemudahan untuk kegunaan penduduk seperti tenaga elektrik dan peluang kerja. Untuk dapat sesuatu, ada sesuatu yang lain perlu dikorbankan.
Banyak lagi isu yang boleh bantah. Sebagai contoh dalam filem ni memaparkan pengurusan janakuasa ni merahsiakan risiko yang mungkin berlaku. Penduduk sekitar juga tiada pengetahuan tentang langkah yang perlu diambil ketika kecemasan. Benda begini yang perlu dibantah.
Pihak pengurusan stesen janakuasa dalam filem ni memaparkan sikap sambil lewa dan mementingkan keuntungan. Ini boleh dilihat daripada bomba yang mahu memadam api pada reaktor dilarang untuk menggunakan air laut walaupun itu sumber air paling dekat.
Puncanya pengurusan tak mahu reaktor tu rosak dan ia melibatkan kerugian. Kenderaan bomba terpaksa berulang alik untuk mengambil air dan ini menyebabkan tahap radiasi tidak menurun.
Dalam satu babak masa awal cerita ni juga menunjukkan stesen janakuasa ni tak diselenggara dengan baik. Ada beribu injap, paip dan peralatan dalam stesen janakuasa yang memerlukan masa bertahun untuk proses pemeriksaan, tapi pengurusan bagi masa dua bulan untuk selesaikan dan kembali beroperasi.
Bersebelahan dengan reaktor nuklear, terdapat satu tangki simpanan untuk menyejukkan bahan api nuklear. Disebabkan mahu menjimatkan kos, tiada sistem untuk melupuskan bahan ini. Walaupun bahan ini berb4haya, ianya hanya disimpan dalam satu bilik berdinding konkrit.
Pekerja dalam stesen janakuasa tidak mempunyai latihan menghadapi situasi kecemas4n. Semasa berlaku gempa bumi, semua pekerja berlari menuju ke loker masing-masing dan menghubungi keluarga. Kalau pekerja disediakan satu pelan tindakan kecemas4n untuk mereka dan penduduk berdekatan, saya tak rasa mereka akan risau. Dan tindakan ini berbahaya, cuba bayangkan kalau pekerja tu tengah jalankan aktiviti kerja kritikal, lari tinggalkan mesin dan peralatan untuk hubungi keluarga.
Satu lagi perkara yang saya tidak gemar ditonjolkan oleh pekerja dalam filem ini ialah dalam satu babak pembaikan paip. Sekumpulan pekerja sedang melakukan kerja kimpalan satu paip yang bocor. Disebabkan dia ikut cara sendiri, dia kimpal bahagian lain dan kata cara tu lebih cepat. Ini menunjukkan pekerja tak ada motivasi yang betul untuk ikut arahan dan melanggar prosedur. Disebabkan dia kimpal tempat yang tidak sepatutnya, tekanan dalam paip semakin meningkat dalam menyebabkan paip lain pula yang bocor.
Babak akhir filem ni memang menjentik hati saya. Seorang lelaki yang pada awal cerita takut akan risiko bekerja kat situ akhirnya terkorban nyawa disitu. Disarankan untuk menonton filem ini.
Setiap kemalangan dan bencana tempat kerja yang berlaku akan membawa peringatan untuk berjaga-jaga. Undang-undang dan peraturan baru akan digubal supaya kejadian serupa tak berulang. Semua pihak ada tanggungjawab sendiri untuk pastikan kemalangan dan bencana tak terjadi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih