Mutakhir ini, gerakan di barat mengenai hak kulit hitam (Blacklivesmatter) mula hangat diperkatakan, tidak semena-mena terpercik sama ke atas filem Melayu klasik. Entah dimana silapnya, paling teruk dikritik adalah filem Dayang Senandong (1965) yang diarahkan oleh Jamil Sulong. Filem ini dikaitkan dengan diskriminasi terhadap orang ‘Muka Hitam’ seperti berlaku di Amerika Syarikat ketika ini.
Beberapa tahun lepas, sebuah syarikat jenama terkenal telah dikecam kerana menampilkan iklan berasaskan filem ini. Walaupun menurut mereka ini sekadar mengikut kisah dongeng ‘folklore’ Dayang Senandong, namun akhirnya iklan tersebut di tarik balik tayangan di kaca televisyen. Persoalannya kenapa filem Dayang Senandong sahaja menjadi ‘mangsa’ kritikan liar ini sedangkan banyak lagi filem melayu klasik yang turut mengadaptasi kisah yang sama?
Antara filem yang menampilkan karakter berkulit hitam sepanjang era filem Melayu klasik ialah
- SUMPAH ORANG MINYAK (1958) – Pengarah P.Ramlee
- ORANG MINYAK (1958) – Pengarah L.Krishnan
- DANDAN SETIA (1959) – Pengarah Dhiresh Ghosh
- DAYANG SENANDONG (1965) – Pengarah Jamil Sulong.
Kisah ‘Orang Minyak’ memang terkenal dikalangan orang Melayu, merujuk kepada seseorang yang telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.
Kisah Dandan Setia pula bertemakan dewa-dewa, kayangan dan kesaktian yang diadaptasi dari syair Melayu lama. Seorang dewi kayangan yang cantik bernama Kesuma Gemala Dewi telah menjadi rebutan bagi tiap-tiap dewa hingga terjadinya peperangan. Ayahanda dewi itu telah menyumpahnya menjadi buah pauh lalu membuangnya ke dalam dunia demi untuk menghentikan peperangan, Kemudian dilahirkan semula dengan berwajah hitam hingga dipulihkan kembali.
Terakhir sekali kisah Dayang Senandong pula mengisahkan seorang puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan dari seorang rakyat jelata yang bertubuh hitam. Dia telah dihukum bunuh oleh baginda Sultan akibat dihasut oleh fitnah dari seseorang.
Jangan terkejut kesemua filem diatas mencapai kutipan pecah panggung serta filem Sumpah Orang Minyak ini telah memenangi anugerah antarabangsa iaitu ‘Best Photography Black and White’ di Festival Filem Asia ke-5 di Manila pada tahun 1959.
Jelas sekali selera masyarakat Melayu yang disajikan kisah dongeng dan kepercayaan budaya diterima baik sekali. Persoalannya adakah masih relevan untuk dipertontonkan pada hari ini memandangkan ada unsur penghinaan seperti ‘Muka Hitam’? Disamping itu pula ada ura-ura untuk mengharamkan tayangannya di kaca TV.
Bagaimana pendapat anda?
RUJUKAN:
Repair Gambar Lama
Gelanggang Filem
Kaca Permata – Memoir seorang Pengarah – Jamil Sulong
Suria Kencana – Biografi Jins Shamsudin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih