Mesti pelik dengan tajuk ni kan?

Saja nak share. Kita mesti tahu tentang kewujudan siri-siri filem “Ant Man” terbitan Marvel Studio di pawagam. Jika kita tonton siri Ant Man and the Wasp, dalam cerita tu, ada satu scene dimana manusia hidup bersama semut-semut yang bersaiz besar.

Apabila melihat Semut Besar ini, teringat pula tentang kisah Semut Raya@Semut Besar. Semut Raya menurut YM Profesor Syed Naquib al-Attas merupakan asal usul bagi nama Sumatera. Beliau yang merupakan seorang pemikir tersohor dunia Melayu Islam menukil hal ini dalam karyanya yang berjudul “Historical Fact & Fiction”.

Kenyataan beliau telah mengubah pola pensejarahan Alam Melayu. Selama ini, kita familiar dengan teori dari pihak Sarjana Barat yang berhipotesis bahawa nama Sumatera berasal dari perkataan Sanskrit, “Samudera” yang membawa maksud Lautan.

Syed Naquib menolak teori ini berdasarkan sebuah kisah yang tercatat dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. Diriwayatkan bahawa ketika Merah Silu hendak menaiki takhta kerajaan, baginda terlihat seekor semut besar yang bersaiz seekor kucing melintas di hadapan baginda.

Takjub akan peristiwa tersebut, maka didirikan istana kerajaan di situ lalu tempat tersebut dinamakan sebagai Samatra. Ramai sarjana berpandangan bahawa kisah ini hanyalah berbentuk sastera klasik.

Walau bagaimanapun, Syed Naquib membuktikan kewujudan hal ini melalui sebuah kitab Arab lama berjudul “Ajaibul Hindi” karya Buzurg ibn Syahriyar. Kitab tentang pengembaraan di negeri-negeri berdekatan Hindi itu mencatatkan bahawa seorang yang bernama Muhammad bin Babishad menceritakan di utara Sumatera, “Terdapat semut yang sungguh besar terutamanya di Pulau Lamri yang mana mereka itu membesar”.

Mungkin pelik bagi kita… Namun, jika kita perhatikan dengan lebih teliti, Ibn Katsir iaitu seorang muarrikh (sejarawan) dan mufasir (ahli tafsir) Islam turut mencatatkan kisah yang mirip dengan hal ini. Dalam Kitab Tafsir al-Azhim, Ibn Katsir ada menghurai Surah an-Naml (Semut) ayat 18 berkenaan kisah Nabi Sulaiman dan Semut.

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang kalian, agar kalian tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar.” (An-Naml: 18)

Ibn Katsir menghurai :-
Ibnu Asakir telah meriwayatkan melalui jalur Ishaq Ibnu Bisyr, dari Sa’id, dari Qatadah, dari Al-Hasan, bahwa nama semut yang berbicara itu adalah Haras. Ia berasal dari kelompok semut yang dikenal dengan nama Bani Syisan.

Disebutkan bahwa besar semut itu sama dengan seekor serigala, sedangkan semut yang berbicara itu pincang kakinya. Ia merasa risau kaumnya akan binasa dipijak oleh gerombolan pasukan Nabi Sulaiman. Maka ia menyeru kepada kaumnya agar memasuki sarang-sarang mereka.

Perbahasan lengkap mengenai saiz semut ini boleh dirujuk dalam Tafsir al-Azhim dan Qasasul Anbiya yang kedua-duanya merupakan karya Ibn Katsir.

Dari rujukan saya, kisah nabi Sulaiman dan Semut juga boleh ditelusuri dalam Bible, Kitab Amsal 6:6-8. Kitab “Amsal” atau nama penuhnya dalam Hebrew iaitu Misyle Syelomoh (Permisalan Sulaiman) merupakan himpunan misalan atau perumpamaan yang dibuat oleh Nabi Sulaiman dengan penuh hikmah sebagai nasihat kepada umatnya.

Sifat Semut yang digariskan oleh Nabi Sulaiman dalam kitab Amsal ini adalah sama dengan gambaran yang diceritakan dalam al-Quran. Dalam Amsal 6:6-8, Nabi Sulaiman atau King Solomon menyatakan sifat terpuji semut ada tiga perkara iaitu :-

1) Semut merupakan haiwan yang bijak merancang.
2) Semut sering bekerjasama.
3)Semut fokus pada kerja mereka walau apa jua halangan besar yang mereka hadapi.

Dalam kita seronok menonton filem fiksyen Ant Man di pawagam, sengaja saya mengajak agar kita ingat juga kepada kisah para nabi dan mempromosikan sejarah Nusantara.

Persoalannya, adakah Movie Ant Man ni diilhamkan melalui kisah dalam kitab Amsal? Benarkah wujud Semut bersaiz besar? Mengapa kisah Semut Besar turut ada dalam Lagenda Arab, Hindi dan Alam Melayu? Adakah spesis Semut Besar dalam kisah Kerajaan Nabi Sulaiman ini ada kaitan dengan Semut Raya di Alam Melayu? BERSAMBUNG…

*Jemput follow penulis : https://instagram.com/khairiasyraf_17


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.