Aku baru saja selesai menonton filem anime hasil kerjasama Arab Saudi dan Jepun yang berjudul ‘The Journey: The Story of Miracles and Battles on the Ancient Arabian Penninsula’ (Jani Taiko Arabia Hantо de no Kiseki to Tatakae no Monogatari).
Pada awalnya aku sangkakan ia akan dilancarkan dalam bentuk anime bersiri, tapi ia adalah sebuah filem memandangkan jalan ceritanya adalah berdasarkan dari sejarah atau cerita rakyat Arab Saudi.
Tetapi, walaupun sepanjang perjalanan anime ini tidak menyebut walau sekali pun perkataan “Islam”, namun amat jelas yang kisahnya adalah berdasarkan dari surah al-Quran dan merupakan sebahagian dari sejarah Islam yang penting sebelum kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Filem ini dihasilkan atas usaha kerjasama bersama yang bermula pada November 2017 antara dua studio animasi iaitu Manga Productions di Arab Saudi dan Toei Animation di Jepun. Filem ini adalah karya anime kedua yang dibuat secara bersama oleh Manga dengan Toei selepas siri anime pertama iaitu Future’s Folktales.
Filem ini tertumpu di sekitar karakter protagonis utama yang memiliki sejarah silam yang hitam, beliau merupakan seorang tukang bernama Aws ibn Jubayr yang nekad mahu menyertai pe.rang untuk mempertahankan kota Mekah tanah air kelahirannya dari se.rangan tentera Abrahah.
Amat jelas anime ini diinspirasikan dari kisah sejarah yang dianggarkan berlaku kira-kira 1,500 tahun yang lalu, ia memaparkan peradaban kuno di Semenanjung Arab dan Timur Tengah lalu memfokuskan kepada kisah hidup Aws dan penduduk Mekah yang terpaksa mengangkat se.njata untuk mempertahankan diri dan kota Mekah dari dija.jah dan dijadikan hamba oleh seorang panglima dan raja yang za.lim.
Abrahah merupakan karakter antagonis utama yang telah bersumpah untuk menghan.curkan Kaabah dan kepercayaan agama yang dipegang penduduk Mekah. Berbekalkan kepercayaan yang kuat bahawa Tuhan akan membantu mereka, Aws dan tentera kecil Mekah memilih untuk menentang kuasa unggul Abrahah.
Anime ini turut menyelitkan sentuhan selingan dengan memasukkan penceritaan tentang beberapa lagi kisah para nabi yang terkenal dalam tradisi Islam dan Yahudi iaitu Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., dan Nabi Hud a.s. yang digambarkan dalam filem itu sebagai kisah yang perlu dijadikan tauladan dan pedoman sama ada ketika sedang susah mahu pun senang.
Apa yang hendak disampaikan melalui filem ini bagi aku amatlah ringkas. Walaupun tidak menyebut langsung kaitan filem ini dengan sejarah Islam (mungkin atas dasar sensitiviti tertentu, tapi ia masih menyebutnya sebagai sejarah Arab) tapi sangat terang lagi bersuluh, ia mahu memberitahu kita bahawa selogik mana pun dunia ini pada pemikiran kita, kita harus percaya bahawa Tuhan itu wujud dan Tuhan mampu munculkan keajaiban kepada hamba-Nya pada bila-bila masa yang kehendaki-Nya.
Walau bagaimanapun di pihak Arab Saudi, objektif utama mereka adalah untuk menyebarkan sejarah bangsa Arab ke seluruh dunia. Bagi aku inisiatif sebegini sebenarnya bagus juga, kerana di zaman serba canggih ini, sekurang-kurangnya dunia boleh disajikan dengan sejarah yang secara tidak langsung sebenarnya adalah sejarah Islam.
Aku tak pasti dari sosok tokoh manakah yang memberi ilham kepada penciptaan watak protagonis utama bernama Aws ibn Jubayr itu, mungkin ianya sekadar watak fiksyen, memandangkan sebahagian dari jalan cerita anime ini tidaklah dibuat dengan meniru bulat-bulat sejarah Islam, contohnya kema.tian Abrahah semasa dia menye.rang Mekah.
Apa yang berlaku sebenarnya tak ada sesiapa pun yang tahu namun berdasarkan tradisi Islam, Abrahah dinyatakan telah ma.ti selepas pertem.puran itu.
Baiklah, untuk membandingkan jalan cerita anime ini dengan sumber sejarah yang asli, aku akan lampirkan sedikit fakta-fakta tentang Tahun Gajah dan latar belakang Abrahah yang sebenar.
ʿAm ul-Fīl atau Tahun Gajah adalah nama era dalam sejarah Islam yang dianggarkan kira-kira bersamaan dengan tahun 570–571 Masehi. Bagi orang Islam, pada tahun inilah Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan.
Tahun tersebut mendapat namanya dari satu peristiwa penting yang berlaku di kota Mekah di mana Abrahah al-Ashram atau Abrahah, seorang raja dan panglima Habsyah yang beragama Kristian dari Yaman telah melancarkan ekspedisi ke kota Mekah untuk memus.nahkan Kaabah dengan membawa sejumlah angkatan tentera yang besar merangkumi gajah pe.rang.
Abrahah sebelum itu telah membina sebuah gereja yang besar di Sana’a yang dikenali sebagai Al-Qulais, ianya bertujuan untuk menghapuskan kepercayaan orang-orang Arab era jahiliah yang menganggap Kaabah sebagai ‘rumah Tuhan’.
Gereja Al-Qulais menjadi terkenal dan Abrahah cuba menarik para penziarah Kaabah untuk berpaling dari Kaabah dan mengunjungi gerejanya. Dikatakan, salah seorang pemuda dari suku Quraisy sangat marah dengan perkara ini bertindak pergi ke Sana’a lalu menuju ke gereja tersebut pada malam hari dan mencemarkannya.
Abrahah kemudian mengeluarkan perintah ekspedisi se.rangan dilancarkan terhadap kota Mekah, dengan dikepalai oleh seekor gajah (ada kemungkinan beberapa lagi gajah-gajah lain) dengan matlamat untuk meruntuhkan Kaabah. Beberapa lagi suku-suku gabungan Arab cuba menghalang kemaraan Abrahah, tetapi mereka dikalahkan.
Apabila tentera bergajah Abrahah semakin hampir dengan Mekah, Abrahah mengirim utusan untuk membawa ugutan kepada penduduk Mekah bahawa Abrahah tidak akan melakukan kekerasan sekiranya penduduk Mekah tak menghalang Abrahah dari memus.nahkan Kaabah.
Abdul Muthalib, datuk kepada baginda Rasulullah S.A.W. ketika itu sedang memimpin suku Quraisy, berkeras mahu mempertahankan Kaabah dengan mengatakan “aku akan pertahankan hak-hak milikku, dan Tuhan akan mempertahankan rumah-Nya iaitu Kaabah”, lalu Muthalib berundur ke luar kota bersama dengan penduduk Mekah yang lain.
Hari berikutnya, ketika Abrahah bersedia untuk menggempur kota Mekah, tiba-tiba muncul segerombolan besar burung-burung (burung Ababil menurut al-Quran) yang membawa batu-batu kecil yang panas berapi (diriwayatkan batu-batu itu dikenali sebagai ‘sijjil’ berasal dari nera.ka jahan.am) dan dijatuhkan ke atas seluruh pasukan tentera Abrahahh.
Kesemua tentera Abrahah yang terkena batu itu dengan segera terbu.nuh, yang lain lari dengan penuh rasa ketakutan dan diriwayatkan yang Abrahah sendiri pun turut mengalami ced.era para.h dan akhirnya ma.ti selepas peristiwa itu.
Peristiwa se.rangan tentera bergajah ini boleh disemak melalui surah yang difirmankan Allah S.W.T. di dalam al-Quran pada Surah Al-Fiil.
“Apakah kamu tidak melihat bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghan.curkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)”. (Surah Al-Fil: ayat 1-5)
Walau bagaimanapun terdapat teori alternatif yang dikemukakan para ilmuan Islam bahawa surah itu tidak membawa maksud ‘burung’ secara terang-terangan tetapi mungkin ianya sebaris ayat metafora yang mahu menceritakan tentang wa.bak yang mungkin disebabkan oleh cacar, atau wa.bak Justinian menjadi faktor yang menyebabkan pencero.bohan Abrahah terhadap Mekah itu gagal.
Maka tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Gajah, lalu memulakan tradisi pengiraan tahun-tahun di Semenanjung Arab. Kiraan tahun ini terus digunakan sebelum diganti dengan sistem kalendar Islam pada zaman Khalifah Umar.
Oleh itu, jika ada para pembaca yang merasa risau sekiranya filem anime The Journey itu mungkin menyelewengkan fakta sejarah ataupun surah al-Quran, sebenarnya apa yang dipaparkan tak ada banyak perubahan pun kecuali beberapa watak fiksyen telah ditambah bagi memberikan aura daya tarikan tambahan.
Oh ya, jika anda peminat Levi Ackerman dari siri anime At.tack on Titan, anda pasti akan mengenali dengan baik suara salah satu watak (fiksyen) di dalam filem ini yang bernama Zurara, kerana suara yang digunakan adalah suara orang yang sama digunakan untuk Levi iaitu Hiroshi Kamiya.
RUJUKAN:
Mateo, Alex (2021-04-09). Saudi Arabia’s Manga Productions, Toei to Open The Journey Film in Japan on June 25. Anime News Network
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih