Berdasarkan pemerhatian kasar, sebenarnya fikrah ekonomi Tun pun berubah-ubah. Boleh merujuk tulisan Jomo (salah seorang ahli Council of the Eminent Persons) berjudul “Mahathir’s Economic Legacy” yang membahagikan ekonomi era Tun kepada 3 fasa iaitu corporatism (1981-1985), neoliberalism (1986-1997) dan Keynesianism (1998-2003).

Di fasa corporatism, Tun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Bukan saja-saja pandang tapi mahu replicate model pembangunan ‘corporatist’ Jepun dan Korea Selatan yang membolehkan mereka membangun sebagai negara industri baru (Newly Industrialized County) dalam masa sekejap. Jadi Tun mencontohi amalan ‘keiretsu’ di Jepun dan ‘chaebol’ di Korea melalui penubuhan sogoshosha dan pembangunan industri berat (heavy industries) melalui HICOM.

Namun, ekoran kemelesetan ekonomi 1984-1986 dan peristiwa Plaza Accord (yang menyebabkan hutang kerajaan Malaysia melonjak dari 72.8% pada tahun 1984 ke 103.4% pada tahun 1986), Tun telah mengubah halatuju dasar ke arah neoliberalism melalui penswastaan, penggalakan pelaburan swasta, pengecilan saiz sektor awam dan perindustrian berorientasikan eksport, seiring dengan tren neoliberalism sedunia yang dicetuskan oleh Margaret Thatcher dan Ronald Reagan pada awal 1980-an.

Fasa neoliberalism ini juga menampakkan usaha kerajaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan, sehingga hutang kerajaan dikurangkan dari all-time high pada tahun 1986 (103.4%) kepada all-time low pada tahun 1996 (35.2%). Bagi Keynesian terutamanya pendukung Modern Monetary Theory (MMT), pengurangan hutang secara drastik ini membuka ruang kepada krisis kewangan pada tahun 1997, dan krisis tersebut sekali lagi menyebabkan peralihan dasar ekonomi Tun iaitu ke Keynesianism.

Kenapa bawa kepada krisis kewangan 1997? Jawapannya ialah kerana hutang kerajaan sebenarnya merupakan aset sektor swasta. Apabila hutang kerajaan kurang, maksudnya cash flow syarikat swasta kurang. Jadi apabila speculator menyerang pasaran Thailand dan Malaysia, pelabur asing bercabut, syarikat yang tak cukup leverage/cash flow akan melingkup. Perlu diketahui bahawa hutang kerajaan dalam bond. Bond itu dibeli oleh sektor swasta sebagai jaminan pendapatan bulanan (interest). Dan sektor swasta juga memperdagangkan bond ini.

Untuk mengatasi krisis, Tun mengambil langkah Keynesian seperti kawalan modal (capital control) untuk mengawal aliran keluar/masuk modal, dan projek mega untuk merangsang ekonomi. Jadi hutang kerajaan pun bertambah jadi 45.7% pada tahun 2003. Tapi pada waktu itu masalah yang paling kritikal ialah kejatuhan permintaan agregat (aggregate demand), soal hutang kerajaan hanyalah soal kedua, or maybe ketiga keempat.

Jadi tak perlu hairan sekiranya Tun dan kabinetnya kini memilih pendekatan neoliberal dan fiscal conservative. Beliau dah pernah laksanakan. Tapi berdasarkan track record, Tun bukanlah seorang yang taqlid kepada satu mazhab ekonomi sahaja. Sebaliknya beliau bersifat pragmatik dan mengambil pendekatan talfiq (eclectic) dalam merangka dasar ekonomi yang terbaik untuk negara.

Dato’ Seri Najib pun, di samping beliau meliberalisasikan ekonomi (memansuhkan subsidi, membuka sektor perkhidmatan kepada pelabur asing), beliau juga mempraktikkan idea-idea Keynesian, antaranya ‘cash transfer’ (BR1M) dan pakej rangsangan ekonomi (stimulus package) untuk meminimakan kesan kemelesetan ekonomi 2008-2009. Jadi itulah sebab hutang negara naik dari 41.2% pada tahun 2008 ke 52.8% pada tahun 2009. Hok 2015-2016 tak nak cerita kang ada yang triggered.

Tanpa kita sedar, kita masing-masing sebenarnya merupakan pengikut mazhab ekonomi tertentu. Tiap kali kita sebut pasal ‘supply and demand’, kita sebenarnya mengiyakan hipotesis Alfred Marshall, ahli ekonomi mazhab Neoclassical. Apabila kita sebut pasal eksploitasi pekerja oleh kapitalis, kita dah hampir dengan mazhab Marxian. Orang yang berpendapat bahawa hutang kerajaan bukan masalah malah sesuatu yang ‘essential’ dalam ekonomi moden, mereka dekat dengan pendukung MMT. Maybe tak sampai berteori-teori, tapi gambaran kasar itu ada.

Itu sebabnya bila kita membincangkan soal polisi, tak boleh argue secara ad hominem. Berbeza pendapat dengan pemimpin A dalam hal ekonomi bukan bermaksud kita anti pemimpin A. Menyokong dasar ekonomi pemimpin B bukan bermaksud kita memuja pemimpin B. It’s about the idea, not the person.

Bukannya kalau orang tak setuju dengan dasar kerajaan, terus kita label sebagai ‘macai BN’, ‘pro kleptokrasi’ atau “kau ni sama hebat macam Tun M atau Prof Jomo ke?” Bukannya kalau orang pertahankan dasar kerajaan, terus cop ‘macai PH’, ‘pentaksub’. We are better than this. 

Jadi buanglah budaya dan tabiat label-melabel dan caci-mencaci. Cuba bincang idea leklok secara civilized. Kalau tak mampu, baik berdiam. Kata Malaysia Baharu, kenalah tinggalkan perangai ‘Malaysia Lama’.

Kalau masih berperangai sama, den pun malas dah nak berkongsi pengetahuan di alam maya. Lebih elok den membawa diri cari jodoh je.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.