Dunia bola sepak Malaysia gempar semalam. FIFA menjatuhkan denda RM1.85 juta ke atas FAM serta menggantung 7 pemain warisan selama setahun atas tuduhan “dokumen palsu”. Hukuman ini mencetuskan persoalan besar kerana proses kelulusan pemain telah lama dibuat, disemak, malah diluluskan FIFA sendiri.

TMJ tampil menunjukkan bukti rasmi. Surat dari Jabatan Pendaftaran Negara bertarikh 19 September 2025 jelas menyatakan semua dokumen diperiksa mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan. Proses “cross verification” dilakukan dengan Argentina, Brazil dan Sepanyol bagi mengesahkan keturunan pemain melalui datuk nenek mereka. JPN sahkan rekod kelahiran wujud, walaupun dokumen asal tulisan tangan tidak ditemui kerana usia arkib.

Malah, JPN keluarkan salinan rasmi berdasarkan bukti kukuh bahawa kelahiran berlaku. Proses ini standard dan diamalkan dalam banyak kes kewarganegaraan. Jadi bagaimana boleh muncul tuduhan “dokumen palsu”?

Tuduhan ini bercanggah dengan pengesahan kerajaan Malaysia sendiri.

Lebih pelik, FIFA mengumumkan keputusan ini pantas ke domain awam walaupun proses rayuan belum bermula. Dari segi prosedur, ia tidak normal. Biasanya hukuman tunggu proses rayuan selesai baru diumumkan. Persoalannya, mengapa begitu tergesa-gesa?

TMJ juga bangkitkan soalan sinis: “Who was in New York?”. Isyarat jelas mungkin ada pihak melobi atau menekan ketika sidang PBB baru-baru ini. Malaysia pada masa sama lantang bersuara tentang isu G dan P di pentas antarabangsa. Adakah pendirian ini membuatkan ada kuasa besar tidak senang, lalu mencari ruang menekan kita melalui FIFA?

Kita tahu, FIFA sering ulang slogan “politik jangan campur sukan”. Tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Rusia digantung selepas konflik Ukraine. Afrika Selatan pernah digantung kerana apartheid. Tetapi Isbiol terlepas sehingga sekarang. Hakikatnya, bola sepak sering jadi alat geopolitik. Malaysia kini mungkin mengalami perkara yang sama.

Apa yang berlaku sebenarnya tidak asing. Sejarah bola sepak antarabangsa sering mencerminkan pergelutan kuasa dunia. Keputusan-keputusan FIFA selalunya dipengaruhi oleh blok geopolitik tertentu. Negara yang ada sokongan blok Barat selalunya lebih kebal, manakala negara kecil yang lantang bersuara mudah dijadikan sasaran teknikal.

Kita kena ingat, tahun 2026 Amerika Syarikat adalah tuan rumah Piala Dunia. Pada masa sama, Washington secara terbuka mengumumkan mahu mempertahankan Isbiol daripada sebarang cubaan penggantungan. Jadi tidak hairan jika keputusan-keputusan FIFA yang kelihatan teknikal sebenarnya berbaur geopolitik. Malaysia yang lantang mempertahankan P di pentas antarabangsa mungkin dianggap “out of line”.

Bila letak semua potongan “puzzle” ini, Malaysia, suara lantang tentang P, sidang PBB di New York, tekanan terhadap pasukan bola negara barulah jelas gambaran sebenar. Ia bukan sekadar soal dokumen pemain tetapi mungkin bagaimana kuasa besar menggunakan ruang sukan untuk menghantar mesej politik.

Namun intipati masalah tetap sama. Dokumen sudah sah dari kerajaan Malaysia. FIFA sendiri pernah luluskan. AFC sudah setuju. Jadi mengapa tiba-tiba dipatahkan? Jawapannya mungkin ada pada kuasa luar yang cuba menghalang kebangkitan Malaysia.

Strateginya jelas. Lumpuhkan pasukan melalui isu teknikal, jatuhkan moral pemain dan pecahkan keyakinan penyokong. Inilah cara perang psikologi dalam sukan. Bila Harimau Malaya semakin mara, serigala luar mula berasa terancam.

Dalam konteks lebih luas, keputusan FIFA ini sebenarnya ujian terhadap maruah negara. Jika kita tunduk, mesejnya jelas bahawa kuasa luar boleh tekan kita sesuka hati. Tetapi jika kita lawan dengan bukti dan rayuan, dunia akan nampak Malaysia tidak gentar.

TMJ tegas bahawa FAM mesti rayu segera. Bukti JPN kukuh untuk mempertahankan kes ini. Jika masih gagal, itu bermakna masalah lebih besar daripada dokumen, ia sudah jadi isu politik antarabangsa.

Malaysia tidak boleh senyap dalam isu ini. Kita mesti teruskan perjuangan di padang dan di meja rundingan.

Harimau Malaya mesti kekal bersemangat kerana hukuman ini bukan akhir tetapi ia permulaan kepada cabaran lebih besar.

Inilah realiti bila sukan, politik dan geopolitik bertembung. Dokumen sudah sah tetapi kuasa luar tetap mencari jalan. Semoga rayuan ini berjaya dan Harimau Malaya terus mara dengan semangat berani kerana benar. Apa tugas warganegara Malaysia dalam hal ini?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.