Ketika awal era pemerintahan Ferdinand Marcos, Filipina telah bertukar daripada negara kedua termaju di Asia kepada miskin hina hanya dalam masa yang singkat sahaja.
Apa Ferdinand Marcos buat sampai Filipina menjadi pencipta pagpag sehingga ke hari ini?
Semuanya berubah apabila dia telah melaksanakan undang-undang tentera bagi mengekalkan kuasanya sebagai presiden Filipina.
Perkara pertama yang dilakukan Ferdinand Marcos di bawah undang-undang tentera adalah mengambil alih syarikat Meralco. Dia melantik abang ipar sendiri menguruskan syarikat itu. Abang ipar dia gunakan keseluruhan bajet dan kemudahan syarikat untuk kemudahan Imelda Marcos iaitu isteri kepada Ferdinand Marcos. Bayangkan untuk menyambut hari lahir Imelda Marcos sahaja, Meralco terpaksa membelanjakan jutaan peso.
Ferdinand Marcos memilih kroni untuk memonopoli sektor-sektor utama di Filipina. Kroni-kroni tersebut perlu bayar cukai khas kepada Ferdinand Marcos. Dikatakan akan diguna untuk membantu golongan petani, tapi malangnya, kesemua hasil kutipan cukai masuk ke poket Ferdinand Marcos.
Bank Pusat Filipina diisytiharkan muflis kerana dijarah tanpa belas kasihan. Ferdinand Marcos telah memaksa Bank Pusat meluluskan pinjaman untuk kroni-kroni presiden.
Bank Pusat rugi P300 bilion dan kroni-kroni Ferdinand Marcos amat culas untuk membayar semula pinjaman.
Ferdinand Marcos gemar tayang harta secara umum. Ferdinand Marcos belanja $68 juta untuk perkara sia-sia seperti pakaian, lukisan, barangan antik dan bermacam lagi ketika Filipina sedang menghadapi krisis ekonomi. Lantas Ferdinand Marcos telah digulingkan daripada jawatan presiden.
Ferdinand Marcos dan kroni larikan diri ke Hawaii dengan membawa sejumlah harta yang banyak. Bagi mengembalikan harta negara, Cory Aquino tubuhkan Presidential Commission on Good Government (PCGG). Setakat tahun 2017, PCGG berjaya mengembalikan semula P171.4 bilion kepada rakyat Filipina.
Oleh: Azizul Farhan
Luaskan minda korang dengan buku POLITIK UNTUK PEMULA. Buku ni banyak menyentuh berkenaan falsafah-falsafah politik yang mungkin korang belum tahu. Jangan lepaskan peluang sebab sekarang boleh dibeli dengan DISKAUN melalui https://bit.ly/3frB0C5

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply