1492 merupakan tarikh gelap dalam sejarah Islam Al Andalus. Kota Granada, kota terakhir umat Islam Al Andalus di Sepanyol telah jatuh ke tangan Castille dan Aragon dibawah pimpinan Ratu Isabella.

Beberapa tahun kemudian, agama Islam telah diharamkan di seluruh Sepanyol. Masjid-masjid besar seperti di Granada, Seville, Toledo, Madrid, Jaen, Valencia dan lain-lain bandar dimusnahkan. Di atas runtuhan masjid tersebut, dibina gereja-gereja yang besar dan megah!

Perpustakaan umat Islam pula telah dikosongkan dan buku-buku dalam Bahasa Arab dibakar. Sesiapa yang ditangkap mengamalkan mana-mana ajaran Islam akan dihukum bunuh! Mereka dipaksa untuk mati atau masuk Kristian!

Golongan Umat Islam yang ditindas oleh kerajaan baharu Sepanyol ini digelar sebagai Moriscos:

Benteng yang Terakhir

Ahmad Ibn Abi Jum’ah, seorang ulama yg terkemuka dari kota Fez berasa amat kasihan dengan nasib Umat Islam di Sepanyol. Dahlah Islam dilarang, mereka dipaksa untuk mencaci Nabi Muhammad pula.

Oleh itu, beliau telah mengeluarkan sebuah siri fatwa yang bertajuk Fatwa Oran. Fatwa-fatwa ini kemudiannya disebarkan di kalangan umat Islam di Sepanyol.

Intipati Fatwa Oran:

  1. Membenarkan untuk solat dalam mana-posisi posisi atau menggunakan apa-apa isyarat walaupun dia seorang yang sihat..

  2. Membenarkan untuk meninggalkan solat dan menggantikan semuanya sekaligus pada waktu malam.

  3. Kalau tayammum pun tak mampu, cukup sekadar baca niat tayammum dalam hati dan tunjukkan tangan dekat batu atau tanah.

  4. Dibenarkan untuk menyertai apa-apa upacara Kristian dengan syarat menyesatkannya di dalam hati.

  5. Dibenarkan untuk menyembah Jesus dengan syarat hati kita menyembah Allah.

  6. Dibenarkan mencaci nabi Muhammad dengan syarat hati kita menganggap itu sebagai Muhammad lain.

  7. Dibenarkan minum arak/judi/zina/makan babi dengan syarat menolak perbuatan tersebut di dalam hati.

  8. Dibenarkan perempuan Islam kahwin dengan lelaki kristian dengan syarat hati patuh kepada Allah.

Fatwa ini telah digunakan oleh Umat Islam di Sepanyol selama lebih 100 tahun. Walaupun ditekan dengan pelbagai jenis tekanan, mereka tetap berusaha mengamalkan Islam walaupun dengan menggunakan hati sahaja. Perkara yang sama sedang berlaku terhadap umat Islam Uyghur di Xinjiang sekarang. Ya Allah selamatkanlah saudara seagamaku di sana.

Artikel dikirimkan oleh Dinieland untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.