Tau tak Oxford University bukanlah universiti tertua di dunia? Tidak juga Cambridge, tidak jua Al-Azhar. So, apa universiti tertua? Jawabannya ialah Universiti Qarawiyyin dekat Fez, Maghribi. Lebih menarik, ia diasaskan oleh seorang perempuan intelektual bernama Fatimah al-Fihri (800- 880) pada zaman Sultan Idris II. Perempuan mulia ini juga dipanggil Umm al-Banīn yang bermaksud ibunda anak-anak lelaki. Malaysia melalui KPM menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke Maghribi dengan syarat ketat SPM straight A.
Fatimah al-Fihri adalah anak saudagar yang sangat kaya dan meninggalkan banyak harta kemewahan. Semua itu diwakafkan bagi pembangunan ilmu Umat Islam. Selepas berpindah dari Qairawan ke Fez, dia bertemu jodoh dengan suaminya. Namun selang beberapa masa, suami dah ayahandanya meninggal dunia. Justeru, kekayaan yang diwarisi daripada harta faraid tersebut diinfaqkan bagi menyediakan tapak Masjid Qarawiyyin. Selain itu, Fatimah juga ada adik bernama Maryam al-Fihri. Adiknya pula membantu pengasasan Masjid al-Andalus.
Walaupun kompleks al-Qarawiyyin asalnya berupa Masjid, peranannya tidak terbatas kepada solat 5 waktu sahaja. Sebagaimana zaman Rasulullah, Masjid menjadi pusat intelektual, budaya dan kemasyarakatan yang progresif. Di samping dinobatkan sebagai universiti tertua, pusat ilmu ini ikut diiktiraf sebagai perpustakaan tertua dunia. Jadi tidak peliklah kalau mahasiswa dan pengkaji dari seantero dunia bertandang Maghribi bagi membongkah semula manuskrip-manuskrip yang lama tersimpan.
Di sana, mushaf al-Quran lama bertulisan tangan dengan khat Kufi masih tersimpan rapi. Kitab feqh, astronomi dan turath lain abad ke-12 masih terjaga. Jamiah ini melahirkan ramai ulama’ dan filsuf seperti Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun, Ibnu Hazm, Ibnu Tufail, Ibnu Bajjah, Ibnu Khatin dan Al-Biruni. Ulama’ yang dinisbahkan kepada kota Fez pula ialah Abu Imran Al-Fasi. Tidak dilupakan ada alumni daripada latarbelakang Yahudi dan Kristian. Sarjana Yahudi ikut mengambil manfaat seperti Rabbi Moshe Ben Maimon. Leo Africanus, seorang pengelana dan penulis turut mengumpul ilmu di sini.
Fakta menarik, Pope Sylvester II yang menjadi (945-1003) pemimpin Kristian Roman Catholic dari tahun 999 sampai kewafatannya, adalah alumni Universiti Qarawiyyin. Pemimpin agama Kristian ini berjasa mempopularkan nombor arab, matematik dan astronomi kepada Eropah. Alat abacus dan armillary sphere yang pernah lenyap daripada barat berhasil diperkenalkan semula.
Fatimah al-Fihri ialah perempuan bangsawan dan bijaksana yang bisa membungkam mulut orang yang berpersépsi Islam mencicirkan pendidikan kaum wanita sebagaimana propaganda barat. Walhal baginda Rasulullah sendiri berjaya memandaikan orang perempuan dari rumahnya sendiri iaitu isteri tercinta baginda, Aishah. Ummul mukminin itu mengajarkan pula hadis, syair dan perubatan kepada para sahabat dan tabi’in sesudahnya. Tanpa perempuan seperti Aisyah, mungkin banyak hadis baginda tidak sampai kepada kita sekarang. Sekaligus menyangkal fahaman sempit Taliban yang mengharamkan perempuan daripada menjejakkan kaki ke universiti.
Hari ini, kita rakyat Malaysia berbangga dengan Dr Ayman Al-Akiti yang mengaji di Universiti Qarawiyyin dan cemerlang kelas pertama dalam pengajian PhD in Theology and Islamic Ideology. Pakar akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah kelahiran Kuala Lumpur ini terlebih dahulu menyambung pengajian Master Degree dalam bidang Theology and Religion in Islamic West di King Hassan II University di Casablanca, Maghribi. Alhamdulillah, Dr Ayman Al-Akiti sudah pulang ke tanah air dan berbakti dalam membasmi fahaman sesat yang telah diharamkan berkurun lama namun malangnya masih ramai pengikut.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih