DIALAH Fatimah al-Fihri, wanita yang mendirikan universiti pertama di dunia. Tidak hanya sekadar pemberi idea mengenai universiti ini malah penentuan lokasinya juga berasal dari rancangan beliau. Kehadiran universiti pertama di dunia ini mengubah wajah seluruh pendidikan tinggi dunia selamanya.
Tidak perlu menunggu lama, universiti ini membina
pengaruh yang amat besar bagi dunia pendidikan di wilayah Timur Tengah, bahkan
sehingga ke Tamadun Eropah. Ada dikalangan lulusan terbaik dari universiti
membuat revolusi pendidikan dan kesarjanaan di Eropah.
Universiti pertama di dunia ini bernama Universiti
Al-Qarawiyyin.
KENALI BELIAU.
1- Fatimah al-Fihri adalah seorang janda kaya yang bertekad
menggunakan harta warisannya untuk sesuatu yang berbeza. Fatimah berhijrah
dengan keluarganya dari Tunisia ke bandar Fez, Morocco pada awal kurun ke-9.
Fez merupakan bandar yang berpengaruh dalam dunia Islam disebabkan kekayaan
budaya dan menjadi tempat pencambahan ilmu pengetahuan dengan pesat pada ketika
itu.
2- Bapanya Mohammad Bin Abdullah Al-Fihri merupakan seorang
ahli perniagaan yang berjaya selepas mengharungi kesukaran dan bergelut dengan
kesusahan. Sewaktu beliau meninggal, beliau meninggalkan banyak harta dan
diwariskan kepada Fatimah dan adik perempuanya yang bernama Mariam.
SUMBANGAN FATIMAH DAN MARIAM.
1- Hati budi dan sikap dermawan yang ditonjolkan oleh
arwah bapa mereka diwarisi oleh Fatimah dan Mariam jua. Sebuah Masjid didirikan
dan dinamakan Masjid Al-Qarawiyyin dan direkodkan antara masjid terbesar di
Afrika Utara pada waktu itu dan disusuli bersama tercetusnya wawasan Fatimah
untuk mendirikan universiti pertama dunia bermula. Fatimah dan Mariam
kemudianya membina Masjid Andalusian sebagai tempat beribadat yang baru apabila
melihat Masjid Fez tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang bertambah.
2- Pada tahun 859, di kota Fez, Morocco, Fatimah
mendapatkan keizinan dari penguasa tempatan untuk mendirikan sebuah universiti.
Tidak ramai sebenarnya menjangkakan perkara yang dilakukan oleh Fatimah pada
waktu itu adalah suatu perkara yang akan mengubah wajah pendidikan dunia
selamanya.
3- Berdasarkan UNESCO dan BookGuinness World Records, Universiti Al-Qarawiyyin adalah universiti pertama dan juga tertua yang memberikan gelaran bagi para lulusannya. Universiti ini menjadi tempat pengajian ramai sarjana Islam dan Eropah.
PENGAJIAN TERKINI DAN MELAHIRKAN TOKOH.
1- Dipercayai kewujudan universiti ini membolehkan formula Algebra mula dapat diperhalusi, disimpulkan dan dikembangkan berikutan di universiti ini tempat berkumpulnya cerdik pandai yang ada pada era tersebut. Terdapat ramai pelajar yang mendaftar dari pelbagai pelosok dunia. Ini disebabkan universiti ini tidak hanya menawarkan subjek pelajaran berbentuk keislaman sahaja.
2- Universiti Al-Qarawiyyin juga menawarkan bidang kursus dengan subjek pendidikan yang lebih luas. Subjek seperti matematik, astronomi, astrologi, fizik, puisi, dan kesasteraan. Inovasi ini merupakan perkara yang penting bagi universiti untuk dilihat dengan lebih luas bukan sekadar menjadi sekolah keagamaan. Perkara ini juga menjadi titik perkembangan dalam sejarah pendidikan universiti dan menarik sarjana terkenal seperti Leo Africanus dan Ibnu Khaldun. Inovasi ini dijadikan model, supaya dapat diikuti dan merubah struktur pendidikan tinggi di seluruh dunia.
3- Universiti ini amat terkenal bukan sahaja pelajar yang dating dari negara Islam tetapi jua disebabkan pendidikan di Universiti Al-Qarawiyyin tidak mewajibkan pelajar untuk mengambil pelajaran agama, Pelajar bukan Islam berpusu-pusu ingin datang belajar dan mendaftar sebagai salah seorang penuntut disitu. Antara penuntut universiti yang akhirnya terkenal adalah Gerber Auvergne yang kemudianya dimasyurkan sebagai “Pope Sylvester II”. Bukan, beliau tidak berdakwah dan mempelajari ajaran Kristian di universiti ini. Tetapi beliau adalah cerdik pandai yang berjaya mengkaji dan memperkenalkan sistem nombor Arab dan angka sifar ke Eropah.
4- Secara tidak langsung, perpustakaan Al-Qarawiyyin juga
merupakan perpustakaan tertua di dunia yang pernah direkodkan. Menyimpan banyak
naskah asal ilmuan Islam seperti Muwata Imam Malik, Seerah Ibni Ishaq dan
transkrip Muqadimmah karya Ibnu Khaldun selain menempatkan Al-Quran dari kurun ke-9.
DAN akhirnya, apa yang dilakukan oleh Lembaga Pendidikan Universiti terbukti menjadi revolusi bagi pendidikan masyarakat
manusia, berkembang melampaui zamannya, dan tidak terbatas pada penduduk Afrika
Utara saja, tapi menjadi model utama di seluruh dunia.
Terima kasih Fatimah dan Mariam.
SUMBER:
1- Fatima al-Fihri: Founder of World’s Very First University. https://www.whyislam.org/muslim-heritage/fatima-al-fihri-founder-of-worlds-very-first-university/
2- The
oldest library in the world just opened to the public — here’s a look inside. https://www.businessinsider.com/inside-al-qarawiyyin-the-oldest-library-in-the-world-2016-6/?IR=T




No comments yet