Dinasti Mughal ialah satu-satunya dinasti India muslim yang mencapai fasa kgemilangan dengan pembangunan kota yang pesat, terutamanya pembinaan bagunan dan monumen yang menerapkan unsur budaya Arab-Islam. Taj Mahal ialah antara binaan agung yang ‘lahir’ dari kegemilangan dinasti Mughal ini sehingga istana ini menjadi terkenal seantero dunia.
Tapi, tahukah anda yang selain Taj Mahal, ada satu binaan yang tidak kurang juga terkenal dalam kalangan warga India itu sendiri, sehingga binaan ini dianggap sebagai ‘mutiara’ yang tersembunyi. Binna yang saya maksudkan ialah kota kuno bernama Fatehpur Sikri yang lokasinya berada sejauh 37 kilometer dari barat daya kota Agra. Apa yang menariknya kota kuno ini sehingga mampu setanding dengan Taj Mahal?
Sejarah bermula sebelum wujudnya Fatehpur Sikri lagi. Kota tersebut dahulunya ialah sebuah penempatan untuk masyarakat India pada Zaman Gangsa budaya Indo-Aryan, kira-kira tahun 1200 hingga 800 SM. Penempatan ini kemudian dikembangkan menjadi sebuah kota ketika zaman pemerintahan Empayar Shunga pada tahun 185 hingga 73 SM. Masuk abad ke-7 Masihi, Sikri dikuasai oleh subetnik India pahlawan dari utara dan selatan India bernama Sikarwar Rajput.
Sikri kemudian di bawah pemerintahan kerajaan Kesultanan Delhi pada tahun 1206. Ketika dinasti Khilji yang berbangsa Turki-Afghan memegang tampuk pemerintahan Kesultanan Delhi pada tahun 1290 hingga 1320, dinasti ini membina banyak masjid di seluruh penempatan Sikri. Setelah Kesultanan Delhi tumbang oleh pengasas Empayar Mughal bernama Babur, Sikri sekaligus menjadi milik Sultan Babur.
Babur begitu menyukai kota yang subur dan terletak di tebing Sungai Yamuna ini sehingga baginda menamakan kota ini dengan nama ‘Shukri’ yang bermaksud berterima kasih dalam Bahasa Arab. Sejarawan tempatan percaya bahawa nama Sikri sebenarnya sebutan pelat Babur yang menyebut kata Shukri. Baginda dan puteranya bernama Humayun sangat menyukai kota ini kerana suasananya yang tenang berbanding kota-kota lain terutamanya ibu kota Mughal iaitu Agra yang amat pesat dengan keramaian.
Sikri begitu indah dengan banyak taman bunga yang menghiasi penempatan dan masjid-masjid. Taman yang meluas seluas pandangan inilah mengapa sejak dinasti Khilji yang memerintah Kesultanan Delhi sangat memajukan kota ini, kemudian menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang penting.
Masuk fasa pemerintahan Akbar pada tahun 1542, baginda membina tembok dan istana di Sikri, kemudian menamakan kota tersebut dengan nama ‘Fatehpur Sikri’ yang bermaksud kota kemenangan, atas sambutan baginda berjaya menakluk wilayah Gujarat pada tahun 1573. Akbar menjadikan Fatehpur Sikri sebagai pusat pemerintahan Mughal dan banyak meluangkan masa mencantikkan kota ini.
Akbar memastikan Sikri dijadikan sebagai ibu kota yang boleh dinikmati oleh golongan pelbagai kasta, bermula dari kerabat diraja, tentera, rakyat, sehinggalah kelas hamba. Yang uniknya dalam projek mencantikkan Fatehpur Sikri, baginda menggunakan batu pasir merah sebagai bahan asas membina bangunan agar ibu kota ini dipandang sebagai kota serba merah.
Antara binaan-binaan yang berjaya baginda laksanakan ialah pembinaan dewan himpunan iaitu Diwan-e-Khas yang bermaksud dewan khas untuk pertemuan antara sultan dengan para pembesar dan pengutus. Dewan kedua pula ialah Diwan-e-Aam yang bermaksud dewan am untuk perhimpunan antara sultan dengan rakyat.
Terdapat juga binaan lain yang gah seperti Gerbang Agra di mana gerbang ini dibina sebagai jalan masuk ke Diwan-e-Aam dan kedudukan gerbang ini menghadap ke kota Agra. Gerbang Buland Darwaza di selatan Fatehpur Sikri juga adalah binaan Akbar yang masih utuh, gerbang yang memperingati kejayaan baginda menguasai Gujarat.
Selain Buland Darwaza, sebuah tempat rehat bernama khangah dibina sebagai penghormatan kepada tokoh Sufi yang berpengaruh pada waktu Akbar memerintah iaitu Sheikh Salim Chishti. Khangah ialah bagunan dikhaskan untuk para Sufi bertemu. Walaupun khangah dibina dengan fungsi sebegitu, Sheikh Salim sentiasa membenarkan para pengemis dan warga miskin untuk datang berehat sehingga seorang penukang batu sudi membina masjid di sebelah khangah Salim.
14 tahun Fatehpur Sikri menjadi ibu kota Mughal, Fatehpur Sikri diabaikan pada tahun 1585 selepas menjadikan kota Lahore sebagai ibu kota baru. Masuk tahun 1803, kota ini digunakan oleh penjajah British sebagai pusat pentadbiran dan ketenteraan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) sehingga tahun 1850. Akhirnya, kota serba merah ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.
Kalau anda berminat dengan sejarah Islam di India. kami nak cadangkan buku kami, MUGHAL: MUTIARA ISLAM DI INDIA. Boleh beli di Shopee kami di: https://bit.ly/3FcHqQw
RUJUKAN:
Sahir. 11 February 2023. The Majestic Legacy of Fatehpur Sikri: A Masterful Mughal City. Ancient Origins.
Andrew Petersen (11 March 2002). Dictionary of Islamic Architecture. Routlegde. p. 82.
Rezavi, Syed Ali Nadeem (2013). Sikri before Akbar. Oxford University Press.
Keene, Henry George (1899). “Fatehpur Sikri”. A Handbook for Visitors to Agra and Its Neighbourhood (Sixth ed.). Thacker, Spink & Co.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih