Mungkin ramai yang dah lama tak dengar pasal Tarian Zapin. Ramai yang tak tahu tarian ni berasal dari Hadramaut, Yaman.

 

Tapi bila sampai di Kepulauan Melayu, proses asimilasi dan adaptasi dengan budaya Melayu berlaku pada tarian ni.

 

Tarian zapin ada falsafah tersendiri nilai estetika bangsa Melayu. Ia penuh kelembutan dalam perlakuan, kehalusan dalam perlakuan dan juga tertib dalam pergaulan.

 

Bagi penari lelaki, penari yang berzapin mestilah nampak maskulin, megah, tegap dan gagah. Inilah ciri-ciri lelaki yang dituntut oleh tamadun Melayu.

 

Penari lelaki akan mengepung pergerakan tarian penari wanita melambangkan peranan seorang lelaki sebagai melindungi wanita, sesuai daripada segala bahaya.

 

Hal ini berbeza pada penari wanita. Penari wanita tak dibenarkan buka langkah tari terlalu luas. Ini kerana penari wanita haruslah tak terlalu menonjol dan menggambarkan ciri-ciri seorang gadis Melayu yang pemalu dan halus.

 

Liuk dalam tarian zapin membawa falsafah yang orang Melayu harus merendah diri, tak angkuh, sombong dan membangga diri yang keterlaluan.

 

Dalam tak sedar, dalam tarian pun orang Melayu menerapkan falsafah-falsafah yang sangat mendalam untuk kita fahami.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Ada lagi ke falsafah lain yang berkaitan dengan orang Melayu? Mestilah ada! Anda semua boleh selam lagi berkenaan budaya Melayu dalam siri KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan di Shopee kami sekarang!

KTM I: https://shope.ee/7zpBeb0Bt4

KTM II: https://shope.ee/VjAiqEnvb

Kombo KTM I&II: https://shope.ee/7zpA6oaW9Q


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply