Ada satu persoalan menarik yang bermain di fikiran setelah menonton kesemua episod Ejen Ali Musim 3 iaitu baik vs baik dan jahat vs jahat. Sebab kita tak tahu pihak yang baik dan jahat dalam Ejen Ali. 

Yelah kebiasaannya dalam series animasi kita akan dihidangkan dengan watak jahat pergi di satu kawasan untuk buat kacau. Tiba-tiba muncul satu superhero yang akan mengalahkan watak jahat. Kita pun buat kesimpulan bahawa watak jahat tu buat kacau sebab dia memang jahat. Superhero pulak membantu sebab dia memang dilahirkan sebagai orang baik.

Tapi dalam Ejen Ali, watak baik dan watak jahat tidak digambarkan sedemikian rupa. Sebab MATA sendiri ditubuhkan untuk bekerja dengan Dato Othman. Malah Cero sering mengatakan MATA sudah terlalu rosak. Cero yang nampak sangat jahat katanya memiliki niat yang murni untuk reset balik MATA dan Cyberaya. MATA pula cuba mempertahankan diri dairpada niat baik Cero.

Watak Kim pada mulanya berpihak kepada Cero dan Numeros. Sebab dia terhutang budi dengan jasa Cinco yang melindungi dirinya ketika berada di rumah anak yatim. Tapi Kim berpaling tadah kepada MATA setelah melihat Cinco melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Pada Kim, tindakan Cinco sudah melampau. 

Untuk watak Rizwan, dia memang tak peduli siapa yang jahat dan siapa yang baik. Sebab dia cuma nak tahu siapa Cero. Buktinya Rizwan pernah berlawan dengan MATA dan Numeros sekaligus.

Ketika babak pertarungan antara Cinco dan Ali, Cinco ada mempersoalkan apa yang Ali dapat sepanjang menjadi hero untuk MATA. Sebab iris telah diambil semula oleh MATA hingga memaksa Ali beraksi guna kudrat sendiri. Nampak macam MATA ni jahat kan. Sebenarnya MATA mahukan Ali berlawanan menggunakan potensi dan kemahiran sendiri. Jadi kita tak bolehlah kata MATA ni jahatkan.

Sekarang ni siapa yang baik dan jahat sebenarnya? Macam semua benda dalam Ejen Ali ni ada motif tersendiri untuk melakukan kejahatan dan kebaikan.

Itulah dinamakan sebagai moral ambivalence. Apa kebenda moral ambivalence ni?

Moral ambivalence adalah keadaan dimana kita perlu menilai sesuatu perkara yang mungkin betul di mata kita tetapi salah dimata orang lain. Bermakna tak semua benda yang korang anggap baik itu sama je untuk orang lain. 

Sebagai contoh di Barat, deme sangat meraikan kebebasan suara sampai anak-anak bebas untuk buat apa-apa sahaja. Di Timur pula, anak-anak dikawal oleh orang lebih tua untuk buat sesuatu perkara. Jika dilihat dalam kaca mata Barat, cara Timur ini sangat kejam. Orang Timur pulak anggap Barat ni jahat sebab biarkan anak-anak tanpa kawalan.

Apabila dilihat kedua-dua cara orang Barat dan Timur, nampak betul je. Apa yang membezakannya budaya dan uruf tempatan. Sebab kita tak boleh memaksa orang lain untuk terima cara kita yang dianggap baik. 

Moral ambivalence juga boleh dilihat dalam animasi-animasi yang lain seperti Ben10: Alien Force. Sepanjang episod, alien Highbreed digambarkan sangat jahat kerana mahu memusnahkan semua benda yang mereka nampak. 

Tapi tak ramai tahu backstory disebalik tindakan Highbreed. Mereka bertindak sedemikian kerana tidak mahu menerima hakikat spesies Highbreed akan musnah di masa hadapan. Sebab highbreed tidak bersemenda dengan alien lain lantas menyebabkan genetik rosak sehingga tidak mampu hasilkan lebih banyak baka.

Highbreed beranggapan jika mereka pupus, alien lain pun kena pupus. Pada pandangan Highbreed ni apa yang mereka buat adalah perkara baik tapi alien lain pulak anggap tindakan itu sangat jahat. 

Berbalik kepada Ejen Ali itu tadi, segala baik dan buruk terserah kepada kita yang menonton ni untuk tentukannya. Sebab ada garis halus yang memisahkan antara kedua-dua baik dan jahat. Kita kena ingat juga orang jadi jahat bukan sebab dia jahat sejak dari dalam perut. Dan orang jadi baik bukan bermakna miliki hati yang tulus.

RUJUKAN

Vicente, A & Arrieta, A. (2016). Moral ambivalence, relativism, and pluralism. Acta Analytica, 31(2), 1-24. Dipetik daripada https://www.researchgate.net/publication/282342198_Moral_Ambivalence_Relativism_and_Pluralism


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply