Animasi ini aku sudah lama tonton. Setakat ini, aku dapati ramai yang kata Legend of Aang lebih menarik berbanding sekuelnya. Tak apa, penilaian masing-masing. Mahu tahu cerita ini macam mana, tontonlah sendiri. Aku mahu ketengahkan perkara menarik dalam animasi ini.
1. Amon dan Sosialism
Pada siri pertama animasi ini, Korra berhadapan dengan antagonis bernama Amon bersama gerakannya, ‘Anti-Bending Revolution’. Ahli-ahli gerakan ini dikenali sebagai ‘Equalist’ yang memperjuangkan kesama-rataan dalam kerangka sosial.
Dalam dunia Avatar yang moden, dominasi golongan bender menyebabkan berlakunya penindasan ke atas golongan non-bender. Malah, negara Republik pertama di dunia itu diperintah oleh oligarki yang terdiri daripada perwakilan empat orang raja dari empat negara besar.
Misi ‘Anti-Bending Revolution’ adalah untuk menghentikan dominasi golongan Bender, dan cara Amon adalah untuk menjadikan semua Bender menjadi non-Bender dengan mematikan kemahiran bending.
Aku kaitkan ini dengan Karl Max ketika beliau menjadi ahli parti Komunis yang membawa idea sosialism untuk menentang golongan ‘bangsawan’ yang menindas dan memastikan golongan pekerja mendapat hak dalam kerangka sosial. Marx juga turut menentang kapitalism yang menindas golongan pekerja dari sudut ekonomi.
Mungkin agak berbeza dalam dunia Avatar, selalunya golongan bender adalah golongan yang paling mudah mendapat pekerjaan kerana keperluan bending mereka. Jadi, golongan non-bender bukan sahaja tertindas dalam hal pengawalan produksi, malah dalam menghasilkannya juga.
Yang menariknya, selepas kejatuhan Amon, pengaruhnya telah mengubah dasar politik. Sistem oligarki diruntuhkan dan demokrasi dibangunkan. Presiden pertama dilantik, dan presiden itu adalah seorang non-bender.
“The era of bending is over! A new era of equality has begun!” – Amon
2. Unalaq dan Fundamentalism.
Dalam siri kedua animasi ini, Korra berhadapan dengan Unalaq. Sebenarnya, aku tak nampak idea yang dibawa oleh Unalaq melainkan dorongan untuk menyatukan dunia roh dan dunia manusia.
Tak dapat dipastikan apakah agama-agama yang dianuti dalam dunia itu, melainkan sebahagian mereka ‘beriman’ dengan kewujudan spirit. Aku kaitkan idea Unalaq dengan Fundamentalism kerana dia mencemuh Kabilah Air Selatan yang telah meninggalkan amalan tradisi keagamaan mereka yang menyebabkan masyarakatnya diserang oleh hidupan roh yang jahat. Yang menunjukkan dia pemegang suatu tradisi keagamaan yang kuat.
Dia juga merasakan avatar tidak pernah membawa keseimbangan pada dunia kerana memisahkan dunia manusia dan dunia roh, sedangkan keduanya harus bersatu. Setelah kejatuhan Unalaq, ideanya mempengaruhi avatar untuk menyatukan kehidupan manusia dan kehidupan roh.
“You think what Avatar Wan did was good? Driving almost all the spirits from this world? The Avatar hasn’t brought balance, only chaos. You call yourself the bridge between the two worlds, but there shouldn’t be a bridge; we should live together as one.” – Unalaq
3. Zaheer dan Anarchism
Dalam siri ketiga pula, Korra berhadapan dengan Zaheer. Zaheer membawa idea anarkism. Bagi dia ‘chaos bring order’. Dia tidak percaya dengan sistem kenegaraan yang memerintah masyarakat. Bagi Zaheer, diri manusia adalah hak manusia sendiri, tiada undang-undang dan badan politik yang dapat mencegah hal itu. Idea Zaheer selari dengan idea anarki berkenaan politik yang menyatakan bahawa badan politik adalah sebuah penindasan ke atas manusia.
.
Dalam cerita ini, Zaheer telah membunuh permaisuri kerajaan Bumi untuk merealisasikan ideanya, lalu timbulnya huru-hara di kerajaan tersebut. Sebenarnya, kalau semua manusia seperti Zaheer, dunia dapat aman, sesuai dengan pegangannya sendiri, kerana Zaheer pengikut budaya nomad dari Kabilah Udara yang tidak gemar dengan keganasan dan sering duduk bertapa mencari kebijaksanaan.
Mungkin Zaheer sepatutnya mengembangkan budaya itu dulu sebelum disebarkan idea anarkism. Tambahan lagi, kerajaan Bumi mudah dijatuhkan kerana ramai rakyat tidak gemar dengan pemerintahan permaisuri itu. Tekanan daripada pemerintah, membuatkan sebahagian daripada rakyat berpendapat seeloknya pemerintah itu tiada.
Zaheer tergolong dalam salah satu tradisi aliran anarkism, iaitu individualis anarkism yang lebih penentangan terhadap sistem negara yang memerintah manusia.
“The idea of having nations and governments is as foolish as keeping the human and spirit realms separate. You’ve had to deal with a moronic president and a tyrannical queen. Don’t you think the world would be better off if leaders like them were eliminated?” – Zaheer
4. Kuvira dan Fascism
Dalam siri terakhir, Korra berhadapan dengan Kuvira. Pada masa kecilnya Kuvira ditinggalkan oleh ibu bapanya, dan dibesarkan di bawah kasihan keluarga Beifong. Ketika berlakunya huru-hara yang ditimbulkan oleh Zaheer, Kuvira adalah individu yang menenangkan keadaan tersebut dan membuatkan menjadi seorang fascist.
Fascism adalah idea keamanan dapat dicapai melalui penyerahan (submission). Sebenarnya, aku cuba kaitkan Kuvira dengan Superman dari komik Injustice Gods Among Us. Kedua-dua watak ini menjadi pemerintah yang menjadikan ketakutan rakyat sebagai piawaian untuk menjaga keamanan..
Perkembangan watak sebegitu berlaku kerana mereka paranoid terhadap apa yang berlaku pada diri mereka pada masa silam. Kuvira ditinggalkan oleh ibu bapanya dan Superman kematian isteri dan anaknya. Mereka tak mahu hal ini berlaku pada orang lain, sehinggakan sekecil-kecil punca mahu mereka hapuskan sehingga menimbulkan ketakutan pada orang lain.
Cara pemerintahan Kuvira telah disebut dalam karya falsafah politik ‘The Prince’ sendiri yang dikarang oleh Niccolo Machiavelli, iaitu menjadikan ketakutan rakyat untuk menjaga keamanan dan kestabila.
“I was cast aside by my own parents like I meant nothing to them! How could I just stand by and watch the same thing happen to my nation when it needed someone to guide it?” – Kuvira
Aku rasa animasi ini perkembangan watak antagonis adalah lebih baik daripda protagonis. Korra hanya menghadapi konflik pencarian dirinya sendiri. Nothing to brag, maybe?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih