Pada tarikh 25 Oktober 1806 yang bertempat di Beirut, lahirnya seorang insan dari keluarga miskin Jerman bernama Johann Kaspar Schmidt atau Max Stirner. Memulakan pengajian sebagai pelajar falsafah di University of Berlin, waktu enam tahun pengajian itulah Stirner bertanggungjawab menjaga ibunya yang telah lama mengalami masalah mental sejak kematian suaminya. Pada tahun 1835, beliau berhenti belajar tanpa menamatkan pengajian dan hidup sebagai pengajar tanpa gaji.

Selama dua tahun Stirner menjalani kesengsaraan hidup, akhirnya menamatkan zaman bujang dengan mengahwini anak gadis tuan tanah bernama Agnes Burtz. Sekali lagi nasib tidak menyebelahi beliau, isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung. Tahun 1839 adalah tahun membahagiakan Stirner kerana beliau mendapat kontrak lima tahun mengajar di Institut Madam Groupius, mengajar para remaja perempuan. Sekaligus dapat menampung hidup sendirian dengan duit hasil mengajar.

Masuk tahun 1841, Max Stirner menyertai organisasi para ahli falsafah bernama Free Ones yang terdiri daripada kumpulan pelajar radikal dan kritis. Karl Marx dan Friedrich Engels juga pernah menyertai organisasi rebel ini. Para ahli organisasi biasanya berkumpul di Kafe Hippel’s yang penuh dengan asap rokok dan pemabuk yang sentiasa menjadi pelanggan setia. Aktiviti organisasi ini hanya mengadakan diskusi semata. Pernah Stirner bertemu dengan Engels banyak kali sehingga mereka dianggap sebagai kawan karib. Namun pertemuan Stirner dengan Marx masih kabur. Mungkin sikap Stirner yang hanya berperanan sebagai pendengar ketika organisasi mula berdiskusi.

Gambar 1: Ilustrasi Max Stirner yang dilukis oleh Friedrich Engels semasa pertemuan Free Ones.

 

Dalam satu peristiwa, Arnold Ruge, salah satu ahli organisasi dan juga komunis pernah mendengar pekikan Stirner yang mengejutkan para pelanggan apabila dia menyerbu masuk kafe: “Transformasi sosial takkan pernah dan mustahil dilangsungkan  oleh seorang pemberontak mabuk!”

Stirner tidak seperti ahli organisasi yang lain, cuma sembang kencang pasal falsafah namun pada masa yang sama selalu melanggan pelacur dan tegar minum bir sehingga mabuk. Selesai diskusi, Stirner pulang ke rumah bagi menyiapkan manuskrip misterinya sepanjang malam. Tahun 1843, beliau mengahwini seorang wanita kaya serta ahli Free Ones bernama Marie Daenhardt yang berumur 28 tahun. Sejak perkahwinan mereka, pada tahun 1845 Stirner berjaya menyiapkan karya pertamanya. Tahun seterusnya, pasangan ini bercerai. Marie kemudian menganut ajaran Kristian Katolik dan meninggal dunia di London pada tahun 1902.

The Ego and Its Own. Sebuah karya penuh revolusi pernah Stirner tulis. Buku itu berisi dengan hentaman para radikal di Berlin seperti kilat menyambar Bumi. Ia berisi tentang siri penentangan tanpa kompromi terhadap para agamawan, ahli politik, dan ahli falsafah tidak kisah mereka beraliran kanan atau kiri, progresif atau konservatif. Buku Stirner ini cepat laku dan menjadi batu loncatan untuk beliau menjadi penulis disegani ramai.

Sepanjang kisah hidup Stirner, beliau memegang sebuah idea falsafah yang membuatkan beliau memberontak dengan penuh keras dalam karyanya iaitu: Aku adalah segala-galanya. Ajaran beliau menjadi teras dalam perkembangan falsafah nilhilism (cintakan diri sendiri), eksistensi, serta kewujudan idea anaki-individualistik.

Dalam ajaran Stirner, perkara yang tidak melibatkan diri adalah bersifat abstrak dan ilusi, sebuah kekeliruan yang bersifat nyata. Individu yang bebas atau egois harus menentang idea-idea mengenai negara, masyarakat, agama, bangsa, moral, tugas, dan kewajiban yang menuntut pengorbanan diri demi kepentingan idea-idea tersebut. Beliau juga menekankan bahawa individu harus mempunyai sifat ego bagi bangkit untuk hidup sendiri dan tidak bergantung kepada sesiapa. “Kesatuan Egois” pernah Stirner bentangkan dalam buku beliau, menyatakan kesatuan ini perlu jika setiap individu mencapai egoistik bagi memperjuangkan kepentingan mereka untuk menentang autoriti.

Ajaran anarki-individualistik atau egois berpengaruh besar dalam dunia falsafah terutamanya pelopor Komunis-Marxism, Karl Marx. Seorang lagi ahli falsafah bernama Edmund Husserl memberi amaran kepada pembaca bahawa karya Stirner itu mempunyai ‘kuasa menggoda’. Beberapa nama ahli falsafah terkemuka pernah terpengaruh dengan tulisan Stirner seperti Albert Camus yang menulis karyanya berjudul The Rebel, dan Emma Goldman, anarkis wanita pertama dunia. Penguasa seperti Benito Mussolini juga terpengaruh dengan ajaran Stirner dan menjadi rujukan penting dalam penyiaran artikel surat khabar.

Selepas The Ego and Its Own, Stirner menulis lagi beberapa buah karya seperti Stirner’s Critics (September 1845), The Philosophical Reactionaries (1847), dan History of Reaction (1851). Stirner meninggal dunia pada tahun 26 Jun 1856 di Berlin kerana jangkitan dari gigitan serangga. Dalam pengebumian mendiang, hanya seorang ahli Free Ones saja hadir iaitu Bruno Bauer. Kini, egoism ajaran Stirner menjadi asas dalam ideologi anarkisme serta pengamalan para anarkis tidak kira mereka dari cabang mana seperti pejuang rakyat dan pekerja atau pejuang alam sekitar.

RUJUKAN:

  1. Bernd A. Laska,Otto Gross zwischen Max Stirner und Wilhelm Reich, In: Raimund Dehmlow and Gottfried Heuer, eds.: 3. Internationaler Otto-Gross-Kongress, Ludwig-Maximilians-Universität, München. Marburg, 2003, pp. 125–162
  2. Leopold, David (2006-08-04).“Max Stirner”. In Zalta, Edward N. Stanford Encyclopedia of Philosophy.
  3. Moggach, Douglas & De Ridder, Widukind. Hegelianism in Restoration Prussia,1841–1848: Freedom, Humanism and ‘Anti-Humanism’ in Young Hegelian Thought. In: ‘Hegel’s Thought in Europe: Currents, Crosscurrents and Undercurrents’, ed. Lisa Herzog (pp. 71–92)
  4. Stirner, Max: Der Einzige und sein Eigentum(1845 [October 1844]). Stuttgart: Reclam-Verlag, 1972ff; engl. trans. The Ego and Its Own (1907), ed. David Leopold, Cambridge/ New York: CUP 1995.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.