Dalam filem Deadpool 1 & 2, kita boleh dapatkan gambaran yang jelas tentang personaliti karakter anti-hero ini dengan menggunakan sudut falsafah. Penulis menggabungkan kedua-dua filem ini agar lebih senang untuk difahami pendekatan falsafahnya. Penulis mendapati filem Deadpool ini ada sedikit sebanyak kaitan dengan falsafah Soren Kierkegaard, seorang ahli falsafah abad ke 18.

Analisis Deadpool vs Kierkegaard

Ini merupakan analisis yang julung kali dilakukan oleh penulis tentang watak fiksi dan watak falsafah. Lantaran penulis melihat banyak persamaan antara Deadpool dan Soren Kierkegaard.

Deadpool merupakan watak anti-hero yang penuh dengan kontradiksi, beliau becok dalam masa yang sama seorang yang private, spontaneous tetapi dalam masa yang sama terperinci (tengok babak beliau mengira peluru dalam Deadpool 1). Namun beliau menghadapi masalah putus harapan, dilihat dalam babak pertama Deadpool 2 beliau mencemburui Wolverine kerana kematiannya. Kierkegaard beritahu kita bahawa untuk mengubati duka tersebut, kita perlu fahami diri sendiri dan ‘nature’ kendiri tersebut. Untuk ke sana, kita perlu melalui tiga tahap :-

1. Aesthetic pleasure

Deadpool telah diberi satu kuasa ‘invulnerability’ dan ‘regeneration’ i.e. beliau tidak boleh mati dan anggota badannya sentiasa akan tumbuh balik jika dihancurkan. Maka di sini timbul konflik dalam diri deadpool iaitu kebosanan. Dia tidak menemui sebarang cabaran, tidak perlu patuh kepada sebarang peraturan (kerana akibat melanggar peraturan tersebut pun tidak boleh mencederakannya) dan merasai segala nikmat yang ada di dunia ini. Dia tidak perlu wang kerana boleh mendapatkannya dengan mudah bekerja sebagai ‘contract-killer’. jadi dengan keadaan ini dia menjadi bosan dengan kehidupan di dunia. Manusia biasa akan menjadi lebih menghargai kehidupan apabila pernah berdepan dengan kematian, tetapi perkara ini tidak berkesan bagi Deadpool. Beliau tidak akan menghadapi kematian, sehinggalah kematian Vanessa.

Selain itu, dalam karya Kierkegaard The Concept of Anxiety (1844), Kierkegaard menjelaskan jikalau kita bayangkan seorang pemuda cuba bunuh diri dengan terjun bangunan, pemuda itu mengalami 2 jenis ketakutan ; takut jatuh (the fear of falling) dan takut bunuh diri (fear of impulse to throw himself). Ketakutan yang kedua inilah, timbulnya kesedaran bahawa mereka memiliki kebebasan mutlak sama ada untuk terjun atau tidak. Namun bagi Deadpool, beliau tidak memiliki ketakutan yang pertama, maka beliau bebas untuk bertindak. Tetapi, kebebasan itu perlu disertakan dengan ketakutan, kerana kebebasan memilih perlu bersama dengan “terrifying decisions”. Adakah ini bermakna, kalau tidak takut, tidak bebas? Boleh fikirkan.

2. Ethical Pleasure

Hubungan percintaan antara Deadpool dan Vanessa telah bertukar daripada hubungan seksual kepada hubungan ethical. Deadpool dan Vanessa yang dianggap parody hubungan percintaan klishe yakni hanya mementingkan keperluan seksual masing-masing berubah apabila kedua-duanya bersedia untuk membina keluarga sendiri. Jika difikirkan, bagaimana dua insan yang begitu tidak bermoral dari segi kehidupan terfikir untuk melakukan sesuatu yang mulia? Memiliki anak memerlukan komitmen yang tinggi dan jika diperhatikan kerjaya mereka sebagai ‘contract killer’ dan ‘stripper’, mereka lebih baik tidak mempunyai anak. Inilah hubungan ethical, hubungan kekeluargaan yang suci yang dipraktikkan oleh Kristian, Islam dan pelbagai agama lain.

Jikalau dikaitkan dengan falsafah, Deadpool telah menjadi ‘knight of faith’. Mengikut Kierkegaard, knight of faith telah menukarkan kepercayaannya kepada perjalanan, mereka akan fokuskan kehidupan kepada satu projek sahaja, berbanding dengan orang lain yang masih mencari-cari tujuan hidup. Kierkegaard juga memberi contoh melalui percintaan terhadap seorang wanita. Walaupun beliau tahu tujuan itu umpama sia-sia, tetapi impossibility itu yang menyebabkan beliau sanggup berjuang. Deadpool tahu hubungannya dengan Vannessa tidak akan berjaya, kerana kerjaya masing-masing. Tetapi dia sanggup mengambil risiko tersebut untuk mencapai rasa cinta yang lebih besar.

3. Religious Pleasure

Namun semuanya berubah apabila Vanessa ditembak mati oleh penjahat yang cuba membunuh Deadpool. Deadpool yang kehilangan hala tuju cuba membunuh diri, tetapi dihalang oleh Vanessa yang telah menjadi kematian (Death). Dalam siri komik, watak Vanessa dalam filem masih dipertikaikan. Ada yang mengatakan beliau ialah Copycat, kerana nama watak mereka sama. Namun berdasarkan filem ini, beliau telah di’potray’ sebagai Mistress Death.

Dia adalah tujuan utama hidup Deadpool sekarang. Deadpool dianggap tidak berhati mulia maka masih belum layak untuk mati. Di sinilah bermulanya perjalanan seorang insan yang hanya memfokuskan kepada akhirat / kematian semata-mata kerana di situlah perjalanan sebenar bermula. Deadpool seorang anti-hero, beliau tidak pedulikan perkara baik atau buruk. Tapi dalam filem ini, beliau bertekad menyelamatkan Firefist yang bergelumang dengan naluri membunuh. Beliau lakukan demikian bukan untuk Firefist atau untuk sesiapa tetapi dirinya sendiri.

Berdasarkan pemerhatian Kierkegaard, sikap berputus asa sebenarnya adalah act of ego, making oneself seems heroic. Maka, kepercayaan (faith) adalah sesuatu yang jauh lebih tinggi dan lebih mulia, kerana bermakna walaupun selepas berputus asa terhadap diri, kita tidak berputus asa terhadap orang lain.

Deadpool kehilangan tujuan hidupnya, tetapi beliau memberi harapan kepada Cable dan Firefist untuk teruskan hidup. Selain itu, Kierkegaard juga menganggap perjuangan Nabi Ibrahim (sebagai seorang Kristian, beliau sangat obsess dengan cerita Nabi Ibrahim menyembelih anaknya) itu merupakan satu gerakan, kerana Nabi Ibrahim sanggup kehilangan segala-galanya, tetapi akhirnya memperoleh segala-galanya sehingga disanjung sampai sekarang. Keturunannya menjadi penyambung dakwah dan keamanan, selepas baginda beriman kepada Allah bahawa Allah adalah sumber segala-galanya.

Senarai Rujukan

Bowdon, Tom-B. 2013. 50 Philosophy Classics; Thinking, Acting, Being, Seeing. Nicholas Braeley Publishing.

Matlutfi. 2017. Kisah 25 Filsuf Barat. Puteh Press.

Youtube. The Philosophy of Kanye West – Wisecrack Edition. https://www.youtube.com/watch?v=dl-eBz1_MG8&t=669s

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.