Ramai dalam kalangan kita semua pasti pernah mendengar nama sebuah planet bernama marikh iaitu antara planet yang paling mudah dilihat walau hanya menggunakan mata kasar.
Selain dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar, terdapat beberapa fakta menarik yang membuatkan jiran kita ini antara yang teristimewa di dalam sistem suria.
Antaranya adalah :
– marikh merupakan planet keempat yang paling hampir dengan matahari
– sehari di marikh mengambil masa selama 24 jam 37 minit
( waktu bumi )
– marikh mengambil masa selama 687 hari
( waktu bumi ) untuk melengkapkan 1 kali kitaran mengorbit matahari.
– marikh mempunyai dua satelit semulajadi ( bulan ) iaitu phobos dan deimos.
– saiz planet marikh hanya sekitar separuh daripada saiz bumi.
– atmosfera marikh mengandungi 96% karbon dioksida dan hanya 0.2% oksigen.
– lembah di marikh yang bernama Valles Marineris merupakan lembah terdalam dan terpanjang di dalam sistem suria .
Panjang : 4200 KM
Dalam : 7 KM
Lebar : 200 KM
Imej menunjukan lembah Valles Marineris yang diambil oleh
kapal angkasa Viking .
Kredit : NASA/GSFC
– Olympus Mons atau gunung olympus merupakan gunung berapi tertinggi dan terbesar di dalam sistem suria dengan ketinggian
27 KM .
– ketinggian Olympus mons sekitar tiga kali lebih tinggi daripada Gunung Everest . luas permukaan nya pula meliputi saiz sebesar arizona di amerika syarikat.
..
– ribut debu di planet marikh merupakan ribut debu terganas dan terbesar di dalam sistem suria .
Ia boleh menyelubungi keseluruhan marikh selama berbulan bulan.
Imej menunjukan ribut debu yang berlaku di marikh pada tahun 2001 .
Di dalam imej jelas menunjukan perbezaan sebelum dan ketika berlakunya ribut debu .
..
Sekian ,
Wallahu A’lam .
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih