1. Nama saintifik bagi gorila adalah ‘gorilla’.
2i. Gorila terbahagi kepada dua jenis spesies, iaitu gorila timur (Gorilla beringei) dan gorila barat (Gorilla gorilla).
2ii. Setiap spesies terbahagi kepada dua subspesies. Untuk sebelah timur, adalah gorila tanah pamah timur (Gorilla beringei graueri) dan gorila gunung timur (Gorilla beringei beringei).
2iii. Untuk sebelah barat, gorila cross river (gorilla gorilla diehli) dan gorila tanah pamah barat (Gorilla gorilla gorilla).
3. Gorila membuat bunyi ‘humming’ dan seakan menyanyi ketika sedang memakan makanan yang disukai, sama seperti manusia membuat bunyi ‘mmm’ apabila menikmati makanan lazat.
4. Setiap gorila dibezakan dengan teknik noseprinting, iaitu teknik menggunakan bentuk hidung mereka sebagai tanda perbezaan, sama seperti manusia dengan cap jari. Antara tanda yang digunakan adalah bentuk lubang hidung dan batang hidung gorila.
5i. Nama panggilan ‘gorilla’ pernah direkodkan bermula sekitar 2500 tahun dahulu apabila seorang peneroka dari Kota Carthage Purba bernama Hanno yang berlayar sehingga ke pantai Barat Afrika, telah bertemu dengan sekumpulan primat gasar yang berbulu lebat. Kumpulan primat ini kebanyakannya terdiri daripada primat berjantina betina. Akan tetapi, hal ini tidak diketahui secara tepat apakah jenis spesies yang ditemui sama ada ianya jenis gorila atau primat yang tidak pernah dikaji, akan tetapi menurut penterjemah Hanno, ianya dikenali sebagai ‘gorrilae’. Maka perkataan ‘gorillae / gorilla’ ini digunapakai sehingga kini.
5ii. Panggilan ini juga disandarkan dengan fakta bahawa nama gorila diambil dari perkataan Yunani ‘gorillai’ yang membawa maksud ‘wanita berbulu’.
6. Hanya terdapat satu ekor gorila albino yang telah ditemui, bernama Snowflake yang pernah berada di Zoo Barcelona, Sepanyol. Snowflake mati pada tahun 2003 akibat dari kanser kulit.
7. Gorila adalah haiwan bijak yang bersifat tenang dan lembut, dan kebiasaannya pemalu tidak seperti yang sering dicanang dalam media hiburan Barat. Gorila hanya akan bertindak agresif jika ia merasakan dirinya atau kawanannya terancam. Walaupun begitu, seekor gorila jantan dewasa masih mempunyai kekuatan sehingga 4 hingga 8 kali ganda lebih kuat berbanding seorang manusia lelaki dewasa.
8. Rahang seekor gorila jantan mampu menghasilkan gigitan sekuat 1,000 PSI hingga 1,400 PSI, jauh lebih kuat berbanding harimau belang (1050 PSI) dan singa (650 PSI). Untuk perbandingan, kekuatan gigitan seorang manusia hanya mencecah sekitar 150 PSI hingga 200 PSI.
9. Gorila pernah diberi nama samaran ‘the gentle giants’ berdasarkan sifat pemalu mereka menurut buku autobiografi milik Dian Fossey, seorang pakar primatologi, yang berjudul “Gorillas in the Mist”.
10. Perkataan ‘silverback’ tidaklah merujuk kepada sesuatu spesies tertentu gorila. ‘Silverback’ sebenarnya adalah suatu panggilan untuk semua gorila jantan dewasa setiap spesies terutama sekali yang merupakan dominan sesebuah kawanan gorilla. Ini disebabkan oleh buluan belakang badan gorila bertukar menjadi warna seakan warna perak ketika berumur 12 tahun.
11. Hanya gorila silverback yang dominan sahaja akan mengawan dengan semua gorila betina dalam sesuatu kawanan gorila. Sesebuah kawanan gorila boleh mempunyai lebih dari satu gorila dominan dengan satu ketua utama.
12. Seekor gorila bebas untuk menghentak dadanya jika ia rasa ia mahu. Hentakan dada (chest pounding) bukanlah hanya sekadar menunjukkan agresif dirinya terhadap lawan, malah pernah direkodkan gorila menghentak dada secara suka-suka (saat tiada ancaman) apabila didekati pengkaji atau ketika sedang bermain. Bunyi ‘pop’ seakan bunyi cupping ini dihasilkan melalui tindakan hentakan tangan pada dada yang menyebabkan gema di kaviti (ruang) udara pada kawasan dada gorila tersebut.
13. Terdapat satu majlis pemberian nama kepada gorila baharu di Taman Negara Gunung Berapi Rwanda, dikenali sebagai majlis Kwita Izina yang bermaksud ‘memberi nama’ dalam bahasa tempatan Kinyarwanda. Majlis ini berlangsung dalam tempoh masa dari bulan Oktober hingga November. Pemberian nama diberi kepada bayi gorilla, gorilla betina liar yang tidak hidup dalam kawanan dan juga gorila yang kehilangan kawanan akibat dari kematian silverback terdahulu. Setiap orang awam boleh memberi cadangan nama dan akan dipertimbangkan oleh anggota saintis dan pengkaji di Taman Negara tersebut.
14. Gorila kini diklasifikasi sebagai haiwan terancam bertaraf ‘critically endangered’ (CR) oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) disebabkan oleh kadar reproduksi gorila yang rendah dan mudah terancam akibat dari kehilangan habitat.
15. Seekor gorila bernama Koko (sebelum ini digelar Hanabi-Ko) di Gorilla Foundation, dikenalpasti telah mempelajari sekitar 1000 jenis tanda isyarat Gorilla Sign Language (GSL) dan memahami kira-kira lebih dari 2000 jenis perkataan bahasa Inggeris yang berbeza. Koko si Gorilla juga pernah membela beberapa ekor kucing peliharaan yang digelar sebagai All Ball, Lipstick, Smoky, Miss Black dan Miss Grey, kesemuanya dinamakan sendiri oleh Koko. Saat ketika kematian All Ball akibat dari dilanggar kereta, Koko telah mempamerkan beberapa isyarat tanda kesedihannya kepada para penjaganya, Penny Patterson seperti tanda ‘bad, sad bad’ dan ‘frown, cry, frown, sad’. Menurut Ron Cohn, seorang ahli biologi disana, Koko juga memberi isyarat kepada ‘Sleep, cat’ sambil meletakkan kedua tangan disisi kepalanya.
Rujukan:
1. https://www.livescience.com/27337-gorilla-facts.html
2. https://www.discoverwildlife.com/…/ma…/facts-about-gorillas/
3. https://www.onceinalifetimejourney.com/…/fun-and-interesti…/
4. http://www.pbs.org/…/snowflake-the-white-gorilla-intro…/275/
5. https://www.volcanoesnationalparkrwanda.com
6. http://articles.latimes.com/1985-01-…/…/mn-9038_1_pet-kitten
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih